Jumaat, 1 Jun 2007

Ubat Tahan Selera Bawa Maut

London, 1 Mac 2007: Agensi pengawal ubat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengeluarkan amaran, pengambilan ubat penahan selera mengandungi bahan anorectics secara berkebihan boleh memberi kesan kesihatan yang serius kepada pengguna; malah boleh menyebabkan kematian!

Berikutan itu, Lembaga Pengawal Narkotik Antarabangsa (INCB) telah meminta pehak berkuasa mengambil langkah tegas untuk mengawal penggunaannya di negara di beberapa negara dan kian menjadi ikutan di seluruh dunia.

Laporan menyatakan, pengambilan ubat pelangsing yang mengandungi bahan dikenali sebagain anorectics ini boleh mendatangkan kesan sampingan tiba-tiba panik, bersikap ganas, suka berkhayal, mengalami masalah pernafasan, sawan, koma dan kematian.

Anorectics adalah ubat terkawal yang hanya boleh diambil dengan pengawasan doktor. Namun akhir-akhir ini ia semakin mudah diperolehi melalui internet.

Secara amnya ia digunakan untuk menahan selera dan rasa lapar dalam merawat kegemukan. Persidangan Psikotropi Ke IV 1971 menyenaraikan 14 bahan anorectics. Lima daripadanya menguasai pasaran ubat penahan selera: phentermine (45 %), (23 %), fenproporex amfepramone (18 %), mazindol (9 %) dan phendimetrazine (4 %).

Brazil, Argentina, Republik Korea, Amerika Syarikat, Singapore dan Hong Kong adalah diantara negara yang pernah mencatatkan penggfunaan tertinggi ubat-ubatan berkaitan.

INCB turut menegaskan, kawalan dan penguatkuasaan oleh kerajaan akan dapat mengawal penggunaan bahan ini seperti yang telah dibuktikan kejayaannya di Chilie, Denmark dan Perancis.

Sumber: INBC

Tiada ulasan: