Jumaat, 28 November 2008

Boroi: Risiko Pendek Umur

Buncit atau boroi sering dianggap sebagai fenomena biasa bagi yang telah  berumahtangga atau selepas melahirkan anak bagi wanita. Namun, hasil kajian terbaru mendapati 'boroi' merupakan petanda buruk buat anda.


Dr. Tobias Pishon dan pasukan penyelidiknya dari German Institute of Human Nutrition di Potsdam, mendapati mereka yang berperut buncit dan banyak lemak di sekeliling pinggang menghadapi risiko mati muda sehingga dua kali ganda! Anda dianggap buncit / boroi jika ukur lilit pinggang melebihi 120 sm (lelaki) dan 100 sm bagi wanita. Hasil kajian beliau General and Abdominal Adiposity and Risk of Death in Europe di terbitkan dalam The New England Jurnal of Medicine, Nov. 13, 2008.


Boroi tetap dianggap petanda buruk walaupun anda memiliki berat badan atau BMI (indek jisim tubuh) ideal. Risiko menghidap kanser kolon meningkat 48% bagi wanita dan 39% bagi lelaki berbaanding rakan mereka yang lebih ramping.


    "... 90% penyakit berpunca daripada usus besar yang toksik"
                                                                    -Dr. John Harvey Kellog


    " Lebih 179 jenis penyakit berpunca daripada usus besar"
                                                        - Persatuan Perubatan Britain


Perut buncit, selain dari pengumpulan lemak, ia sering dikaitkan dengan pengumpulan endapan toksik. Ketika makanan melalui usus, sedikit sisa akan terlekat pada dinding usus. Bahan reputan ini lama-kelamaan akan menjadi plak bendalir degil dan semakin menebal. Selain menghalang kadar penyerapan nutrien, endapan ini akan menjadi tempat pembiakan pelbagai jenis mikro-organisma. Jika tidak ditangani dengan baik, mikro-organisma ini akan menhasilkan toksik dan gas berbahaya dan diserap kedalam sistem penghadaman dan darah.             


Dr. Norman W. Walker, D.Sc., Ph.D. dalam buku beliau Colon Health, the Key to a Vibrant Life menulis:
" Kegagalan untuk menyingkirkan bahan buangan daripada badan menyebabkan fermentasi dan pereputan di dalam usus besar. Pengumpulan bahan buangan yang terbiar boleh menyebabkan penderitaan yang berpanjangan sebelum kematian! Melemahkan badan dan jangkitan penyakit merupakan kesan langsung daripada membiarkan usus kekal dipenuhi dengan bahan buangan".


Pengumpulan bahan buangan berlebihan akan menyebabkan kolon (usus besar) menjadi proleps (melendut) dan menekan organ-organ seperti uterus, pundi kencing, ovari dan sebagainya. Akibatnya, anda mengalami inkontenens (sukar mengawal kencing), kitaran haid abnormal, kemandulan dan barah.


Pengumpulan toksik juga menyebabkan gejala-gejala awal seperti berikut: Mudah letih, sering sakit kepala, masalah tidur, pigmentasi, masalah bebayang mata, mulut dan badan berbau, pembendungan air (sembab), berat badan naik, tak hadam, senak perut, sembelit, angin, sakit bawah belakang badan, lemah daya ingatan, sakit-sakit otot, ekzima, gatal-gatal, jerawat, bisul dan sebagainya.


Anda disarankan mengawal pengambilan makanan berlemak, kerap bersenam, mengamalkan gaya hidup sehat dan melakukan detok untuk membuang endapan toksik dalam usus besar. Amalan detok dapat memulihara organ-organ penting iautu hati, ginjal, kolon, lymphatik dan darah serta meningkatkan daya tahan tubuh anda.



Powered by Qumana