Isnin, 4 Ogos 2014

BreatheEZi Cendawan Susu Rimau Rawat Asma

Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) Berjaya menghasilkan produk BreatheEZi
bahan semula jadi untuk rawatan alternative pesakit asma.

Sepasukan penyelidik dari Pusat Pengajian Sains Pergigian USM menghasilkan produk itumenggunakan umbisi cendawan susu rimau atau nama saintifiknya, 
Lignosus Rhinocerus.

BreatheEZi dirumus untuk mengurangkan penggunaan ubatan steroid yang mempunyai kesan sampingan bagi jangka masa panjang.

Berfungsi mengawal symptom utama penyakit asma, BreatheEZi dapat mengurangkan kebergantungan pesakit kepada alat penyedut (inhaler) serta mengurangkan tahap 
jangkitan penyakit itu.

Selain itu BreatheEZi juga dapat digunakan untuk meningkatkan kadar kesihatan paru-paru. BreatheEZi bukan sahaja dapat dimanfaatkan pesakit asma, malah kepada 
golongan perokok juga.

BreatheEZi bakal dikeluarkan dalam bentuk tablet dan disarankan kepada individu berusia 18 tahun keatas apabila dikomersialkan kelak. Namun ia akan turut dimanfaatkan 
oleh 1.4 juta pesakit asma dan kanak-kanak selepas BreatheEZi melalui proses pengubahsuaian.

Pasukan penyelidikan yang dianggotai oleh Dr Nurul Asma Abdullah itu mengambil masa selama dua tahun sebelum inovasi BreatheEZi dianugerahi  pingat emas Pameran 
Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) ke-25 baru-baru ini.