Rabu, 25 Disember 2013

Stem Cell Dan Kesihatan


Apakah Stem cell dan kaitan dengan kesihatan anda.
 
Sel stem (stem cell) ialah Master Cells kerana dari sel utama inilah terbentuknya pelbagai tisu, organ dan sistem di dalam keseluruhan sistem tubuh kita. Sel stem (stem cell) mempunyai kemampuan untuk berubah menjadi kebanyakan jenis sel atau tisu dalam badan manusia yang lain. Sel stem (stem cell) adalah sel kosong berbanding dengan sel-sel lain yang bersifat tersendiri seperti sel hati, sel lemak, sel saraf dan sel kulit. Ini bermakna sel stem (stem cell) memiliki keupayaan terbahagi dan menghasilkan lebih banyak sel kosong dan merangsang pembentukan sel-sel lain seperti sel darah merah dan sel darah putih. Darah di dalam tali pusat bayi anda adalah sumber sel stem (stem cell) yang sangat bernilai secara genetiknya unik kepada bayi dan keluarga anda sahaja.
 
Stem sel (cell stem) adalah satu-satunya sel yang memiliki keupayaan untuk memperbaharui dirinya. Stem sel kulit mempunyai fungsi khusus untuk memperbaharui dan memperbaiki kulit. Tubuh merangsang sel-sel kulit untuk menghasilkan protien, karbohidrat dan lipid bagi mengurangkan garis-garis halus dan kedutan disamping mengembalikan dan mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit. Pembahagian stem sel (stem cell) kulit juga penting untuk penghasilan sel-sel kulit yang sihat.
 
Terdapat dua punca utama untuk sel stem, iaitu:
1. Sel Stem Dewasa: Sel ini boleh diperolehi daripada janin yang gugur, darah tali pusat, sum-sum tulang, darah dan otak. Sel-sel ini kurang mampu bertukar menjadi sel-sel khas berbanding dengan sel stem embrionik. Bilangannya agak kurang dan kadangkala sukar diperolehi (contohnya, daripada bahagian otak dan retina mata)
2. Sel Stem Embrionik: Sel ini diperoleh daripada tubuh embrio yang terbentuk akibat persenyawaan luar (in-vitro fertilisation), ataupun melalui teknologi pengklonan (pemindahan nuklear sel somatik).
 
Jenis-jenis sel stem pula ialah:
 
1. Sel stem Totipotent boleh menjadi apa sahaja jenis sel dalam tubuh termasuk plasenta.
2. Sel stem Pluripotent yang terhasil dalam tempoh empat hari selepas proses penuburan boleh menjadi apa sahaja jenis sel termasuk sel stem totipotent dan sel plasenta.
3. Sel stem Multipotent warisan daripada sel stem pluripotent dan sel lain dalam tisu.
4. Sel stem Progenitor boleh menghasilkan satu jenis sel.
 
Sel stem dan kecantikan
 
Dalam bidang kecantikan, sel stem yang kita berminat adalah sel stem dewasa. Berbeza dengan sel stem embryonic yang boleh bertukar menjadi apa-apa sahaja sel organ. Sel stem dewasa hanya boleh bertukar menjadi sel-sel tertentu bertujuan merawat sel-sel yang telah rosak atau pupus. Sebagai contoh, apabila sel stem ini disuntik ke bahagian muka, ia boleh memudakan wajah dengan menggantikan sel-sel yang telah tercedera dan rosak. Jika ia disuntik di kulit kepala, ia mampu membuatkan rambut kita lebih lebat dan sihat.
 
Stem sel dewasa terdapat banyak di sel-sel lemak, sum-sum tulang dan darah. Dalam bidang kecantikan, doktor menggunakan darah sebagai sumber untuk mendapatkan sel stem. Ia lebih mudah untuk diproses daripada sumber dari lemak atau sum-sum tulang. Doktor selalunya akan mengambil 10cc ke 30cc darah dan diletakkan di dalam tabung uji khas untuk memisahkan serum dan sel-sel darah merah. Setelah menjalani beberapa tahap pemprosesan, serum yang mengandungi sel stem, platelet, dan hormon dihasilkan. Serum ini akan di suntik kembali ke bahagian kulit muka. Apabila kulit muka menerima serum yang mengandungi sel stem dan pelbagai bahan lain, ia akan mula menyembuh dan memudakan kulit muka secara semula jadi. Kulit akan menjadi lebih gebu, bersinar, bersih dan tegang. Untuk mendapatkan hasil yang berkekalan, proses rawatan perlulah diulang setiap dua ke empat bulan.
 
Ada juga kajian yang menunjukkan sebenarnya sel stem tumbuhan ini mengandungi anti oksida yang tinggi untuk memudakan kulit.




Isnin, 10 Jun 2013

Kehamilan Dan Masalah Kesuburan Wanita

Pada kebiasaannya, pasangan yang baru mendirikan rumahtangga akan teruja untuk cepat hamil. Namun hanya sekitar 85% pasangan muda akan hamil dalam tempoh 12 bulan. Itu pun bagi mereka yang tergolong sebagai aktif melakukan jima' iaitu antara 2 - 3 kali seminggu. Manakala sekitar 15% lagi berjaya hamil selepas 2 tahun mencuba.

Sebahagian besar pasangan yang gagal hamil dalam tempoh 2 tahun ini, biasanya akan menyalahkan takdir. Selainnya pula mengaitkan dengan faktor keturunan. Jarang sekali ada pasangan yang mahu mengaitkan dengan faktor kesuburan.

Seseorang wanita itu dikatakan berkemungkinan menghadapi masalah kesuburan apabila:
- berusia dibawah 35 tahun dan tidak hamil setelah berkahwin 12 bulan
- berusia lebih 35 tahun dan tidak hamil setelah berkahwin 6 bulan
sedangkan beliau tidak mengamal atau menggunakan mana-mana kaedah perancang keluarga atau pencegah kehamilan.

Sebenarnya banyak punca yang boleh dikaitkan dengan kegagalan kehamilan. Masalah kesuburan tidak hanya dialami oleh isteri; malah pakar perubatan memberitahu 30% disebabkan faktor suami, 30% disebabkan faktor isteri, 10% diebabkan faktor bersama. 25% atas faktor-faktor yang kurang jelas dan 5% lagi atas lain-lain faktor.

Namun terdapat satu fakta yang tidak diketahui ramai pasangan; iaitu kelainan fitrah lelaki dan wanita. Lelaki boleh menghasilkan sperma baru sepanjang hayatnya berbanding wanita, iaitu telur mereka sudah sedia terhasil sejak dilahirkan lagi.

Wanita dilahirkan dengan kira-kira 2 juta telur. Sebaik kedatangan haid pertama, jumlah telur  hanya tinggal 200,000 sahaja. Setiap kali haid, 200 akan dikeluarkan; sedangkan badan hanya memilih satu telur untuk disenyawakan.

Wanita berada pada tahap paling subur ketika berusia 20-an dengan kadar 20 hingga 25 peratus dan menurun apabila mencecah usia 30-an dengan kadar kehamilan sekitar 15 peratus. Penurunan kadar kesuburan ini sejajar dengan kemerosotan jumlah telur dimiliki.

Untuk itu, setiap pasangan adalah dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat perubatan jika masih gagal untuk hamil setelah 12 bulan berkahwin; sedangkan kehidupan seksual mereka aktif dan tidak mengamalkan apa-apa kaedah pencegah kehamilan atau perancang keluarga.


Jumaat, 31 Mei 2013

Seks ketika hamil


Berbicara tentang kehidupan berkeluarga, mahu tak mahu pasti akan menyentuh topik seks dan kehamilan. Melakukan seks dan kehamilan adalah dua perkara berbeza, namun berkait antara keduanya. Dan anda akan terfikir tentang hubungan seks ketika hamil.

Persoalan yang mungkin ditanyakam samada boleh atau selamatkah melakukan hubungan intim ketika tempoh mengandung?

Dr. Bona Simanungkalit, Setiausaha Agung Pengurus Kebangsaan Persatuan Seksologi Indonesia (ASI),  menjelaskan bahawa wujud dua pandangan berhubung perkara ini. Pertama, beberapa pakar berpendapat sebaik-baiknya air mani atau sperma tidak dikeluarkan di dalam faraj pada tiga bulan pertama (trimester pertama) dan tiga bulan terakhir (trimester ketiga) kehamilan.

Pendapat kedua pula mengatakan, hubungan seks boleh dilakukan pada bila-bila masa pun asalkan ia diingini oleh kedua-dua pehak, suami dan isteri.

Pendapat pertama bersandarkan kepada fakta bahawa sperma mengandungi prostaglandin yang boleh melebarkan mulut rahim atau serviks. Keadaan ini dikhuatiri akan mengakibatkan keguguran kandungan. Jadi jika si isteri sememangnya mempunyai sejarah kesukaran atau kecenderungan keguguran; sebaiknya pertimbangkan pandangan ini. Kondom mungkin boleh membantu, tetapi tidak semua pasangan berasa cukup bersedia dengan penggunaannya.

Posisi seks ketika kehamilan patut diambil perhatian. Pasangan harus berasa cukup selesa di sepanjang waktu bersama; misalnya tidak menekan perut isteri dan seumpamanya.





Tips Rumahtangga Bahagia

Ahad, 19 Mei 2013

PCOS: Sindrom Ovari Polisistik




Sekiranya anda mengalami kitaran haid tidak menentu, anda mungkin mengalami Sindrom Ovari Polisistik ( PCOS ), iaitu punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur dan seterusnya menghadapi kesukaran untuk hamil.

Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Suriati Akmal Mahari, menjelaskan sindrom ovari polisistik ( PCOS ) adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yang berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.

Sindrom ovari polisistik ( PCOS ) tidak menunjukkan sebarang petanda awal seperti deman atau kesakitan, lantas ia tidak disedari penghidapnya.

Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.

Sindrom ovari polisistik ( PCOS ) boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja, namun kekerapan berlaku lebih kepada wanita berusia 20 hingga 30 tahun. Keturunan turut menjadi penyumbang kepada gejala berkenaan.

Sindro ovari polisistij ( PCOS ) boleh mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari, seterusnya menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan yang lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular.


Simptom sindrom ovari polisistik (PCOS):

  • Kitaran haid tidak menentu.
  • Hirsutism - pertumbuhan bulu roma yang tidak normal (seperti misai atau janggut).
  • Masalah berat badan - berat badan bertambah ataupun bahagian atas badan lebih besar atau gemuk daripada bahagian bawah.
  • Ovari lebih bengkak daripada wanita lain dan mempunyai lebih daripada satu cista.
  • Keguguran rambut.
  • Kurang subur.



Rahsia Jerawat Terbongkar oleh Dr Hasseenah

Isnin, 11 Februari 2013

Tips Kesuburan Lelaki




Google image

Amalan penjagaan kesihatan sangat berkait rapat dengan tahap kesuburan seseorang. Untuk tingkatkan kesuburan, elakkan stress dan jaga pemakanan. Makanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting. Dapatkan makanan segar dan mentah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai sumber vitamin dan antioxidants.

Berhenti merokok, elakkan minum arak dan kurangkan kopi. Pilih minuman jus buah-buahan dan green tea. Supplement vit C, E, asid folik sangat baik untuk penjagaan kesihatan.

Zinc dan selenium adalah unsur logam yang penting dan sering disebut-sebut dalam topik kesuburan lelaki. Secara semulajadi, Oyster, blackcurrent, bijan, biji sawi dan celery menjadi sumber logam zinc. Selenium boleh didapai dari kekacang seperti brazil nuts.

Zinc berfungsi meningkatkan kualiti sperma. Selain itu zinc juga berupaya mengoptimumkan fungsi kelenjar prostat dan mengurangkan potensi menghidap kanser prostart.

Zinc juga penting untuk meningkatkan paras testosteron. Hormon ini sememangnya dikaitkan dengan kecergasan dan kehidupan seksual yang baik.

Kurangkan pengambilan cheese, krim, daging berlemak, coklat dan makanan diproses. Makanan yang mengadungi Omega3 saperti walnuts, flax seeds oil, sayur bayam, asparagus, avacado, kekacang, buah-buahan citrus saperti oren, lada merah, keledek merah perlu sering dimakan. Akhirnya ambillah vit A untuk maturasi sel-sel benih lelaki.

Isnin, 28 Januari 2013

Rahim Jatuh dan Incontinence

Incontinence atau kebocoran kencing dikalangan wanita berpunca daripada keadaan lantai pelvik yang lemah dan tidak berupaya menutup uretra (leher pundi kencing). Sering berlaku ketika batuk, bersin atau melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan tekanan pada ronga pelvik. Lebih membimbangkan ia juga boleh berlaku ketika mengadakan hubungan kelamin, aktiviti riadah atau solat.

Incontinence atau kebocoran kencing bukanlah suatu yang baru. Ia merupakan keadaan biasa bagi mereka yang mengalami gejala otot rahim lemah atau kendur. Bagi masyarakat Melayu,ia biasanya disebut sebagai peranakan jatuh, rahim jatuh atau 'prolaps' (prolapse).

Peranakan jatuh atau prolaps rahim boleh berlaku dalam pelbagai peringkat:
  • Peringkat awal: rahim jatuh sedikit dari kedudukan biasa.
  • Peringkat kedua: pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj
  • Peringkat ketiga: keseluruhan rahim terkeluar dari permukaan dan saluran vagina.
Faktor-faktor penyebab peranakan jatuh atau prolapse yang membawa gejala incontinence / atau kebocoran kencing:
  • Keturunan
  • Obesiti
  • Menopaus
  • Masalah ketumbuhan dalam rahim
  • Proses kehamilan dan kelahiran
Terdapat beberapa kaedah pencegahan yang boleh diambil, bergantung kepada faktor penyebabnya:
  • Kawalan berat badan
  • Mengamalkan senaman Kegel untuk menguatkan otot lantai pelvik
  • Menggunakan alat bantuan Luna Beads Kegel Excercise Ball yang boleh dibeli di pasaran
  • Penggunaan alat stimulasi magnetik Trans Pelvic Magnetic Stimulation (TPMS) di pusat rawatan tertentu.
video
Penggunaan Kegel Excercise Ball: Video courtesy of Lelo.com

Selain faktor keturunan, gejala incontinence / kebocoran kencing boleh dicegah dan dikawal dengan mudah dari awal. Amalkan diet dan gaya hidup sihat dan lakukan senaman kegel secara berkala.