Khamis, 19 April 2012

Rahsia Kesihatan Reproduksi Lelaki






Masalah kesuburan adalah antara isu yang digeruni oleh pasangan suami isteri; apatah lagi bagi yang belum dikurniakan cahayamata.

Faktor usia, gaya hidup, pemakanan dan genetik sering dikaitkan dengan tahap kesihatan reproduktif seseorang.

Jurnal Reproduksi Manusia di Amerika Syarikat telah melaporkan satu hasil kajian yang dijalankan ke atas sekumpulan 99 peserta. Kajian mendapati, lelaki yang gemar mengambil makanan yang tinggi lemak memiliki jumlah sperma 35% lebih rendah dan 38% kurang kepekatan berbanding mereka yang makan kurang lemak.

Seterusnya kajian juga mengesahkan, jumlah dan kualiti sperma boleh ditingkatkan dengan menambah pengambilan omega-3 dalam diet harian. Omega-3 yang banyak ditemui dalam ikan juga bagus untuk kesihatan kardiovaskular.