Jumaat, 24 Disember 2010

Petua kurangkan gula

Kurangkan gula dalam makanan
Semua orang tahu bahana gula kepada kesihatan. Gula yang berlebihan tidak digunakan sebagai tenaga akan disimpan dan ditukar menjadi lemak dalam badan.

Gula bukan sahaja menjadi penyebab utama diabetes type 2, malah 'petualang' kepada masalah kerosakan gigi dan gusi. Gula berlebihan juga dikaitkan dengan penyakit - penyakit yang berkaitan dengan kanser kerana gula menyebabkan kegemukan dan mempengaruhi tahap insulin dalam badan.

Jadi dengan mengawal pengambilan gula dalam diet harian pasti akan banyak membantu mengelakkan risiko kegemukan, diabetes dan tampil lebih menarik dan cergas.

Banyak usaha telah dibuat. Kempen kurangkan gula, 'tambah manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman'  dan produk 'diet' rendah kalori juga dihasilkan. Tapi masih kurang berjaya kerana individu sendiri kurang sedar hakikat penggunaan gula itu sendiri.

Cuba fikirkan dan pertimbangkan petua - petua mudah berikut sebagai panduan harian:
  • Elakkan kopi, teh dan minuman pracampur kerana anda tidak dapat mengawal jumlah gula
  • Sajikan minuman tanpa gula dan sediakan gula diatas meja hidang, jadi setiap individu boleh menambah gula ikut keperluan sendiri ( tetapi mesti berdisiplin).
  • Kurangkan gula dalam menu pencuci mulut, sebaliknya tambahkan buah-buahan sebagai pemanis.
  • Perlukah anda menambah gula kedalam masakan seperti gulai?
  • Anggaplah gula hanya sebagai perasa, bukan keperluan utama.
Ingat, anda buat anda dapat manfaat!



Rabu, 24 November 2010

Mengapa baby anda menangis

Biasanya, setiap kali bila bayi menangis, ibunya akan terus menyusukannya. Sebenarnya, lapar bukanlah satu-satunya sebab bayi menangis. Selain dari lapar, bayi akan menangis bila menghadapi keadaan-keadaan seperti penat, kembung perut, tidak selesa, perlu sendawa dan beberapa sebab lagi.

Seorang ibu mendakwa bahawa beliau boleh berkomunikasi dengan bayinya dan faham apa kehendak-kehendak si comel bila mereka menangis. Pendek kata, beliau boleh faham 'bahasa bayi'.

Dengan meneliti bunyi tangisan bayi, beliau boleh bezakan sama ada bayi tersebut, penat, letih, tidak selesa, perlu sendawa atau sebab-sebab lain.

Jika seseorang ibu itu faham sebab-sebab bayi menangis, tidak akan timbul masalah bayi tersebut menangis berpanjangan kerana apabila kehendak bayi itu dipenuhi, sudah pasti dia akan berhenti menangis.

Menurut ibu tersebut, tangisan bayi bukanlah satu bunyi yang dihasilkan secara rawak, tetapi ia adalah satu bentuk komunikasi oleh bayi bagi menyampaikan keinginan mereka.

Tangisan adalah merupakan 'bahasa universal' bagi bayi. Buktinya, teknik yang digunakan oleh si ibu ini telah diuji oleh lebih dari 1000 bayi dari 30+ bangsa seluruh dunia.

9 daripada 10 ibu-ibu memberikan respons yang positif terhadap teknik ini.

70% ibu-ibu melaporkan bahawa mereka lebih yakin dan selesa setelah berjaya mengenalpasti teknik ini.

Bayi yang kerap menangis akan memberikan tekanan kepada orang-orang di sekelilingnya, termasuklah ibu bapanya sendiri. Dua daripada tiga bapa melaporkan bahawa tekanan emosi yang mereka hadapi berkurangan dan hubungan rumahtangga yang lebih harmoni.

Kegagalan menangani masalah sedemikian boleh mendatangkan kesan sampinagan kepada orang sekeliling; antaranya:
  • Terganggu dengan tangisan bayi yang berterusan
  • Kurang masa rehat
  • Masa untuk bersosial dengan kawan-kawan makin terhad
  • Tidak cukup tidur malam
  • Prestasi kerja terganggu
  • Mengalami tekanan perasaan dengan bayi anda yang kerap menangis
Malah tidak mustahil ia boleh menimbulkan situasi yang lebih serius yang diluar jangkaan.



Atasi tekanan, elakkan gejala yang tak wajar, utamakan kesejahteraan.



Anda tak percaya? Salah seorang dari ibu tersebut telah membuktikan fakta ini dengan menggunakan rakaman video anaknya sendiri.

Nak tengok? Klik ==> Fahami rahsia tangisan bayi anda

Mulai sekarang, pelajari teknik memahami tangisan bayi anda dan penuhi kehendak-kehendak mereka. Bayi anda akan jadi lebih ceria, keluarga lebih sejahtera.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Kembali langsing

Dulu lain, sekarang lain. Dulu slim, sekarang gemuk. Ada yang kata tembun, boroi, debab, 'chubby' dan tah hapa-hapa lagi gelaran yang menggambarkan perubahan fizikal selepas berkahwin.

Tak sampai setahun berkahwin, pakaian terpaksa bertukar saiz. Bagi para isteri pula, selepas menimang anak pertama confirm mula rajin check berat badan. Perut mula berlipat, bahagian peha mula sendat. Hanya segelintir sahaja yang mampu bertahan dengan saiz badan asal... Slim forever!

Ada yang beranggapan kerana faktur pemakanan. Aktiviti fizikal kurang, jarang bersenam dan ada yang kata kerana perubahan hormon?

Bermacan cara dan petua dicuba. Makanan kesihatan, program pelangsingan badan dan macam-macam lagi. Ada yang berjaya, tapi tak kekal lama. Tidak kurang yang langsung tidak melihat perubahan. Jauh sekali kembali langsing bagaikan di waktu remaja! Akhirnya putus asa dan berhenti berusaha.

Masalah perut buncit dan kegemukan akhirnya dianggap remeh dan dilihat sebagai senario biasa selepas berumahtangga. Namun anda patut sedar ia boleh mengundang penyakit yang lebih merbahaya: Dibetis, strok, dan masalah koronari / jantung. Sakit kaki dan lutut adalah masalah fizikal yang biasa bila berat badan mencapai tahap tidak seimbang dengan kemampuan kaki.

Anda seharusnya terus mengamalkan gaya hidup sihat. Rujuk carta piramid pemakanan sihat sebagai panduan asas melainkan anda dinasihatkan doktor atas sebab kesihatan tertentu. Minum air kosong secukupnya dan bersenam selalu.

Namun kesuntukan masa dan hambatan tugas harian kadangkala menyukarkan untuk  beriadah. Makanan segera dan aktiviti makan diluar tidak mungkin kita boleh tentukan kualiti makanan yang diambil. Makan ikut selera  dan gemar makanan ringan menambah 'beban' kepada tubuh badan anda.

Buah-buahan yang kaya dengan pektin seperti apple boleh membantu menyingkirkan kolesterol dan lemak sebelum sempat ia diserap oleh tubuh.
Manakala pengambilan serat dapat menyerap sisa toksik dan lemak yang terkumpul pada kolon. Seterusnya membaiki fungsi usus dan mencegah sembelit .

Mengambil serat secara berterusan dapat mencegah pengumpulan toksin dan lemak pada kolon. Anda boleh mencegah perut buncit dan juga kanser kolon. Serat merupakan ungsur penting jika anda mahu kekal ramping dan sentiasa kelihatan muda bertenaga.



Nn Fiber Plus Flavoured High Fibre Drink



Nn Fibre Plus tidak mengandungi gula, kaya kandungan serat, psyllium, serat orange, serat arabic gum dan maltodextrin. Bancuhkan satu sudu kedalam segelas air  dan minum  habis. Pengambilan satu atau dua kali sehari dapat memelihara kolon anda dan mengelakkan sembelit selain dapat mengawal paras kolesterol dan gula dalam darah.

Minum Nn Fiber Plus diantara waktu makan kerana ia membuat anda rasa kenyang. Ini baik jika anda mahu mengawal berat badan dan sentiasa fit.

The American Dietetic Association mengsyurkan pengambilan sebanyak  5-10g serat setiap hari. Satu skop penuh Nn Fibre Plus mengandungi 5g serat larut atau bersamaan dengan 9 mangkuk emping bran atau 10 biji apple.

Harga: RM15.00 .














Jumaat, 17 September 2010

Personaliti psikopatik

Gangguan psaikopatik: Gambar hiasan
Akhir - akhir ini negara kita sering dikejutkan dengan beberapa kes pembunuhan yang dianggap kejam dan agak luar biasa. Penjenayah dikatakan cuba menghapuskan bukti kes dengan pelbagai cara yang agak 'advance' berbanding kes-kes rompak, samun, rogol dan bunuh yang sering dilaporkan media tempatan. Antaranya, mangsa dibakar dan diletupkan.

Terdapat kes dimana pelaku disahkan tidak siuman atau istilah umum di fahami sebagai gila ketika perbuatan jenayah dilakukan. Pelaku mungkin disahkan sebagai menghidap skizofrenia atau psikosis.

Namun beberapa kes pembunuhan kejam yang disyaki berlaku sekitar April hingga September tahun ini pula mungkin melibatkan suspek yang mempunyai personaliti psikopatik. Ciri-ciri personaliti psikopatik tidak sama dengan penghidap skizofrenia atau psikosis (gila).

Berdasarkan kajian perubatan, satu peratus daripada penduduk dunia menghidap psikopatik. Penghidap psikopatik sedar akan perbuatan yang mereka lakukan dan mereka ditakrifkan sebagai orang gila tanpa gangguan mental.

Menurut pakar perunding kanan psikiatri dan psikoterapi UPM Prof Dr Azhar Zain, penjenayah dari kategori ini melakukan kegiatan mereka dengan motif, dirancang dan perbuatan dilakukan secara berkumpulan. Berbeza dengan penghidap skizofrenia dan psikosis, perlakuan jenayah dilakukan bersendirian kerana gangguan mental seperti mendengar bisikan yang mendesak mereka untuk menyelamatkan diri, masyarakat atau negara.

Seseorang yang mempunyai masalah personaliti selalunya tidak seperti apa yang kelihatan pada luarannya. Mereka lazimnya berpenampilan sempurna, bijak dalam pertuturan, berkarisma, memiliki daya tarikan luar biasa dan menyenangkan. Masyarakat sekeliling seringkali sukar untuk mempercayai kegiatan jenayah yang dilakukan.

Menurut beliau lagi, mereka mungkin individu yang bijak sehingga mampu meloloskan diri dari pehak berkuasa. Sifat sukakan cabaran membuatkan mereka gemar mencabar kebijaksanaan individu dan organisasi lain. Ini dapat dilihat pada kecenderungan mereka untuk terlibat dalam aktiviti yang dianggap arif.



Baca juga:
Dudus, Robinhood Jamaika

Selasa, 14 September 2010

Tips Hadapi Kemalangan Jalanraya

Tak kira dimana dan bila, kemalangan jalanraya tetap akan berlaku. Statistik menunjukkan kadar kemalangan akan meningkat pada musim perayaan seperti sekarang ini.

Tak siapa mahukan ia berlaku; tak kiralah apa pun gaya pemanduan anda... Walau secermat mana pun anda memandu, ia tetap boleh berlaku atas faktor-faktor lain yang mungkin bukan berpunca dari anda sendiri.

Menangani kes kemalangan jalanraya di lokasi tidaklah sesukar mana; terutamanya jika tidak melibatkan sebarang kecederaan dan semua pehak terlibat memberikan kerjasama.

Kekecohan akan timbul bila ada pehak yang cuba mencari salah orang lain atau bertindak agresif kerana gagal mengawal perasaan. Anda akan lebih tertekan bila berhadapan dengan pehak insuran bila mahu membuat tuntutan. Tidak mustahil jika kenderaan anda terpaksa tersadai di bengkal sehingga enam bulan sebelum boleh dipandu keluar.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan bila terlibat dalam kemalangan adalah dapatkan kawalan diri. Anda mesti bertenang dan tidak berasa cemas atau panik. Panduan berikut mungkin boleh membantu anda:

  • Kawal dan tenangkan diri anda dan orang-orang bersama anda.
  • Kenalpasti jika ada mangsa yang cedera dan dapatkan bantuan segera atau hubungi 999.
  • Jika tiada kecederaan, alihkan kenderaan anda, jika boleh, agar tidak mengganggu aliran trafik.
  • Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit.
  • Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat.
  • Catatkan nama-nama dan alamat saksi, sekiranya ada.
  • Buat lakaran kasar tentang kemalangan dan lokasi sejurus sebelum dan selepas kemalangan berlaku.
  • Jika anda memiliki kamera, gambar mengenai kemalangan juga boleh membantu.
  • Jangan berbincang atau berbalah tentang siapa yang bersalah. Ini boleh mengganggu dan menyukarkan anda dalam proses berikutnya.
  • Bertukar maklumat mengenai nama syarikat insuran kenderaan yang terlibat.
  • Jika perlu ditunda, pastikan kenderaan dihantar ke bengkel yang diakui syarikat insuran anda. Sila hubungi talian hotline insuran anda.
  • Laporkan kemalangan ke balai polis berdekatan. Ingat anda diberi tempuh selama 24 jam.
  • Laporkan kemalangan kepada pehak insuran walaupun anda tidak berniat untuk membuat tuntutan. Namun pehak ketiga mungkin akan membuat tuntutan keatas insuran anda dan anda akan kehilangan NCD. Biasanya laporan polis diperlukan.
  • Isikan borang tuntutan dengan lengkap. Dapatkan bantuan nasihat dari pehak insuran jika perlu.
Sebaiknya hubungi pehak insuran untuk mengetahui bengkel yang diperakui sebelum kenderaan anda ditarik. Ingat, anda akan diminta untuk menandatangani suatu borang sebagai kebenaran dan perakuan pehak penunda untuk menarik kenderaan anda. Tanpa borang ini anda mungkin ditipu dan tidak mustahil kenderaan anda boleh ghaib untuk selamanya.

Pehak insuran akan menghantar pelaras kerugian (adjuster) ke bengkal setelah menerima borang laporan yang lengkap dari anda. Nah, disinilah episod kerenah tuntutan antara anda dan pehak insuran akan bermula. DAN disinilah sering berlaku salah faham yang 'menyakitkan' diantara anda, syarikat insuran dan bengkel!

Sentiasa beringat: Pandu cermat jiwa selamat.

Percayalah, kemalangan pasti menyukarkan hidup anda. Biarpun tiada yang cedera, anda tetap 'sakit' bila berurusan dengan insuran dan bengkel nanti!

Ahad, 22 Ogos 2010

Balik Kampung Versi 2010

Musim balik kampung dah nak tiba lagi! Seperti musim-musim yang lalu, versi Raya 2010 kali ini pasti ada cerita menarik. Kita sama-sama tunggu dan saksikan nanti.

ets,eletric train services,KTM ETSSeperti biasa, bila tiba sahaja bulan Ramadhan maka bermulalah cerita ulat tiket, bas tambahan dan paling top KEMALANGAN JALANRAYA. Nampaknya tahun ini pehak media ada sedikit 'advance'. Awal-awal lagi mereka dah siarkan berita-berita tragedi jalanraya setiap hari (bukan lagi HAMPIR setiap hari!); biarpun OPS SIKAP belum dilancarkan.

Tak kiralah apa jenis perayaan pun, asal 'musim balik kampung' saja, jumlah kes kemalangan akan meningkat. Rasanya seperti sudah tiada jaminan keselamatan di jalanraya kita.

Bagi yang memiliki kereta biasanya tidak akan memilih pengangkutan awam. Alasannya tak nak 'patah kaki' bila dah tiba di kampung; mudah untuk bergerak dan beraya. Namun ramai pula yang akan rasa kesal dan mengeluh bila terpaksa meredah kesesakan teruk sepanjang lebuhraya. Keletihan dan mengantuk jangan nak kata. Apa lagi jika rakan atau pasangan anda tidak bertindak sebagai pemandu gantian...

Seimbas lalu, bas ekspres dirasakan agak selamat. Tetapi bila melihat rekod kemalangan di musim perayaan, terasa ngeri pula! Manakan tidak, sekali berlaku kemalangan, berpuluh mangsa cedera dan maut. Maknanya, jika berlaku kemalangan yang naik kereta akan masuk hospital satu family dan kalau naik bas masuk hospital ramai-ramai!

Pelbagai langkah diperkenalkan JPJ, namun hasilnya seperti tiada apa yang berbeza. Malah kajian pehak MIROS mendapati, amalan penggiliran pemandu kedua yang diamalkan sekarang tidak membantu mengurangkan kadar kemalangan. Secara logiknya, bila pemandu kedua turut berada didalam bas, mereka tidak berehat sewajarnya. Walau apa pun, hasil kajian MIROS ini memberi peluang kepada kita untuk mencari kaedah yang lebih baik.

Nampaknya, rekod pengangkuta udara dan keretapi masih agak membanggakan. Cuma kurang mendapat perhatian. Agaknya kerana kos yang agak tinggi untuk tiket kapal terbang dan masa yang lebih panjang jika menaiki keretapi selain terpaksa mengambil teksi dan bas lain selepas tiba di stesen.

Saya sendiri belum pernah menaiki keretapi untuk perjalanan jauh ( selain komuter di Lembah Klang ), namun berfikiran KTM telah mula memecahkan hambatan tempuh perjalanannya dengan memperkenalkan ETS bagi laluan Seremban - Ipoh. Saya fikir anda patut mencubanya jika destinasi anda berada didalam zon ini; apatah lagi dengan tambang pengenalan yang cukup kompetitif.

Isnin, 21 Jun 2010

PERKESO Sumbang Dialisis

MAA-MEDIcare Kidney Charity Fund baru-baru ini telah menerima cek berjumlah RM240,000 dari Pertubuhan Keselamatan Pekerja (PERKESO) untuk menambah 6 lagi unit mesin dialisis baru di pusat-pusat dialisis di Kajang, Kuala Lumpur dan Kota Bharu.

Cek telah diserahkan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan kepada wakil MAA-MEDicare Charity Fund Datuk Iskandar Michael Abdullah di Wisma MAA-MEDIcare disini.

MAA-MEDIcare Kidney Charity Fund adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mengendalikan 12 buah pusat dialisis di seluruh negara. 95% daripada dana pertubuhan ini diperolehi hasil dari sumbangan orang ramai.

Kos bagi setiap sesi rawatan dialisis boleh mencapai RM168. Jika seorang pesakit perlu menjalani rawatan sebanyak 3 kali seminggu dan ini memerlukan perbelanjaan sekitar RM2500 sebulan bagi seorang pesakit.

Khamis, 3 Jun 2010

Kesan Awal T21

T21 (Trisomy 21) adalah istilah yang diberikan kepada keganjilan pada kromosom ke 21 dan dikaitkan dengan gejala Sindrom Down. Secara keseluruhan, kebarangkalian mengalami sindrom ini adalah 1 dalam 800 kelahiran dan risiko adalah lebih tinggi dengan bertambahnya usia ibu.

T21 boleh didiagnos semasa kehamilan dengan melakukan ujian darah, ultrasonografi terperinci atau analisis cecair ketuban. Namun kebanyakan mesin ultra sound hanya boleh mengesan selepas kehamilan mencapai usia 16 minggu.

Ujian pengesahan T21 boleh dilakukan dengan mengambil sample darah dan air ketuban dari fetus yang kemudiannya dihantar ke makmal di Singapura. Ini melibatkan kos antara RM2,300 hingga RM4,600 selain mengambil masa sehingga seminggu. Namun itu semua bakal menjadi sejarah dalam dunia perubatan negara bila penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya membangunkan teknologi baru yang di namakan sebagai Sistem Pengesan Kehamilan Trisomy 21 (T21).

Berbanding dengan mesin sedia ada, mesin T21 UTM ini mampu mengesan masalah genetik pada usia kehamilan lebih awal iaitu 8 minggu. Ini penting kepada wanita untuk mengetahui sebarang masalah keganjilan genetik ; lantas memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan atau menggugurkannya.

Sistem baru ini  mengguna pakai perisian dan perkakasan kos rendah dan boleh disepadukan dengan mesin diagnostik ultra sound sedia ada. Ia dijangka boleh dijual pada harga dibawah RM5,000 seunit. Lantaran itu sistem ini mampu dimanfaatkan oleh lebih 25,000 doktor dan 3,000 klinik dan pusat perubatan negara ini dengan jumlah 600,000 kehamilan setahun.

Selepas menjalani peringkat ujian keatas 1000 wanita mengandung di UTM, Skudai dan HUSM, Kelantan; kita berharap ia dapat dimajukan lagi dan seterusnya boleh diketengahkan ke pasaran antarabangsa.

Jumaat, 2 April 2010

Denggi ke leptospira?

Penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia di Hospital Selayang (HS) di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selepas menghidap demam denggi berdarah sejak Isnin lalu.

- Petikan Berita Harian Online, Jumaat 2, April 2010




Berita kematian Allahyarham dianggap tidak memeranjatkan kerana umum telah mengetahui aruah telah terlantar hampir seminggu di katil hospital. Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong sebelum solah Jumaat pagi ini. Dilaporkan sekitar 2000 orang telah datang menziarahi  di rumah ibu mertua Allahyarham sebelum jenazah di bawa ke Masjid Al-Faizin, Taman Desa Jaya, Kepong untuk di sembahyangkan.

Allahyarham telah disahkan meninggal dunia di  Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang pada jam 12.30 pagi. Beliau telah disahkan menghidap Demam Hemoragik Denggi (DHF) sekali gus menafikan andaian beliau menghidap jangkitan bakteria leptospira yang biasanya disebarkan tikus.

Virus Denggi biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala dalam tempuh 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) selepas gigitan nyamuk aedis. Pesakit biasanya akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus. Dalam tempuh ini, kadangkala pesakit mengalami gejala 'demam - reda' berulang-ulang yang mengelirukan.

Antara tanda-tanda demam denggi yang sering dikenal pasti adalah demam kuat yang mengejut dan berterusan, bintik merah pada kulit, sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala , berdarah pada badan, hidung dan mulut. Selain itu pesakit juga akan hilang selera makan, muntah-muntah, sakit perut  dan rasa pahit pada lidah. Namun pada peringkat ini sebenarnya virus denggi telah merebak keseluruh tubuh pesakit.

Pada kebiasaanya, jika anda mengadu demam lebih dari 4 hari selepas mengambil ubat, doktor akan merujuk kes anda ke hospital bagi menjalani ujian darah untuk mengesan virus denggi. Langkah ini perlu dilakukan serta merta kerana pada saat ini anda mungkin telah masuk minggu ke dua dijangkiti virus denggi. Jika anda berlengah, risiko anda semakin besar dan anda mungkin akan terlambat!

Rabu, 31 Mac 2010

Awas 'Virus Cuaca'

Nampaknya sejak awal minggu ini, cuaca mula kelihatan berubah. Hujan turun lebih kerap dan tidak menentu. Ada kalanya cuaca terik berubah menjadi mendung dan hujan pada lewat tengahari. Perubahan mendadak sedemikian seringkali membawa petanda kurang sehat bagi sesetengah orang. Flu, batuk dan jangkitan kerongkong adalah gejala biasa yang mudah tersebar dalam suasana sedemikian.

Agak merisaukan jika gejala demikian dihidapi anak-anak yang masih kecil. Apatah lagi jika pesakit tidak mampu berinteraksi dengan baik tentang masalah yang dihadapi. Ada kes yang terpaksa dirujuk semula ke klinik. Misalnya; anak yang demam dan batuk dibawa semula berjumpa doktor kerana gejala demam berulang. Kemudiannya pesakit dikesan menghidap jangkitan tonsil.

Flu, batuk ringan dan keresangan kerongkong sering dianggap sebagai penyakit remeh. Namun ia boleh menggugat keselesaan dan tahap kesehatan anda jika tidak diberi perhatian. Ia sangat mudah tersebar menerusi udara kecuali antibodi anda cukup kuat melawan jangkitan virus ini. Cara terbaik untuk melindungi diri dan keluarga anda adalah dengan mengamalkan kaedah pencegahan.

Ada beberapa tips mudah yang boleh diamalkan untuk mengawal penyebaran virus flu dan batuk:

  • Kerap cuci tangan dengan cara yang betul: Virus boleh berjangkit melalui sentuhan. Anda boleh dijangkiti jika menyentuh objek yang tercemar, misalnya telefon yang telah digunakan oleh seorang penghidap.  

  • Tutup mulut dan hidung ketika bersin / batuk: Virus mudah tersebar melalui udara. Gunakan tisu dan segera buang selepas diguna.

  • Elakkan sentuhan manja (?): Virus batuk dan flu masuk kedalam tubuh melalui mata, hidung dan mulut. Elakkan menyentuh muka tersayang / anak anda jika anda sedang menghidap.

  • Minum secukupnya: Elakkan dihydrasi. Sebagai panduan, perhatikan warna urine anda; jika agak kuning gelap, petanda anda perlu minum lebih banyak air.

  • Sayur dan buah: Makan lebih banyak sayur dan buah berwarna hijau, kuning dan merah gelap. Phytochemical banyak terdapat didalam sayuran dan bersifat antioksidan baik untuk kesihatan. 

  • Minum yogurt: Amalan minum yogurt rendah lemak setiap hari mampu menurunkan risiko jangkitan batuk dan flu sehingga 25%. Bakteria baik yogurt dikatakan dapat merangsang sistem imunisasi tubuh.

  • Rehat secukupnya: Patuhi nasihat doktor anda dan rehat secukupnya.
Beringat sebelum kena. Mencegah lebih baik dari mengubati. Amalkan gaya hidup sehat.

Isnin, 8 Mac 2010

Awas, Perubahan Cuaca

Umum dapat merasakan cuaca panas dan kering yang melanda negara kita pada masa ini. Fenomena biasa setiap bulan Mac kerana kita berada dalam fasa akhir monsun timur laut. Media turut melaporkan kejadian sawah kontang di negeri-negeri sebelah utara. Manakala bahagian tengah semenanjung turut merasai bahang panas walaupun masih kedapatan hujan turun pada lewat petang dan malam.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), peningkatan suhu melebihi 5°C dari tahap biasa selama 3 hingga 5 hari berturut-turut dikenali sebagai gelombang panas dan boleh menjejaskan kesihatan. Biasanya badan boleh sejuk melalui proses perpeluhan. Namun faktor kesihatan, persekitaran dan fizikal individu boleh mempengaruhi keadaan menjadi sebaliknya.

Golongan pekerja yang bekerja di luar dan atlet adalah diantara yang berisiko berhadapan dengan penyakit berkaitan kepanasan. Diantara gejala yang boleh dihadapi seperti kekejangan otot abdomen, kaki dan tangan, kelesuan, strok panas (hot stroke) dan ruam panas.

Aktiviti fizikal yang berterusan dan perpeluhan boleh menurunkan kandungan air dan garam dalam badan. Anda mungkin berhadapan dengan gejala kejang otot, keletihan, pening, sakit kepala atau pengsan. Adalah dinasihatkan supaya mengimbagi kehilangan air dengan meminum air kosong, air buah atau air isotonik. Elakkan berpakaian sempit dan fabrik poliester dan nylon kerana boleh menghalang peredaran udara. Sebaliknya fabrik kapas boleh membantu menyejukkan badan.

Garam dalam peluh boleh menyebabkan liang peluh tersumbat dan berpotensi untuk mengundang iritasi kulit dan ruam. Basuh peluh atau mandi dengan sabun yang lembut boleh membantu mengelak dan melegakan gejala ini. Kurangkan aktiviti luar jika boleh dan tukarkan aktiviti sukan ke masa yang lebih melegakan.

Ahad, 3 Januari 2010

Cegah Kemalangan Industri

Kemalangan di tempat kerja atau kemalangan industri sememangnya satu pengalaman yang ngeri. Anda mungkin dilindungi skim Perkeso atau insuran kemalangan, tetapi kesakitan, kecederaan dan kehilangan anggota tiada galang gantinya dengan wang ringgit.



Bagi yang pernah mengalami insiden sedemikian, ianya merupakan sejarah hitam dalam karier. Anda sahaja yang tahu kesakitan yang dialami. Rakan yang lain hanya tumpang ngeri dan melupakan begitu sahaja selepas seketika.


video

Statistik yang dikeluarkan oleh pertubuhan Perkeso bagi tahun 2007 secara keseluruhan menunjukkan sebanyak 56,339 kes kemalangan industri telah dilaporkan. Jumlah ini mungkin lebih tinggi kerana terdapat kemungkinan kes yang tidak dilaporkan atas sebab tertentu.


Kecuaian sering dikaitkan dengan kemalangan. Mengabaikan ciri keselamatan adalah suatu kesilapan. Pematuhan procedur keselamatan ketika menjalankan mesin perlu dititikberatkan. Namun kemalangan tetap boleh berlaku. Adakah ini dianggap sebagai NASIB? Jawapannya: YA dan TIDAK.


Tahap kewaspadaan (alertness) sangat bergantung kepada banyak faktor, antaranya: persekitaran, masa dan fizikal dan mental individu itu sendiri. Pada kebiasaannya, tahap 'alertness' akan menurun selepas sekian jam letih bekerja. Faktor masa bekerja juga penting terutamanya pada waktu 'mengantuk' iaitu diantara tengah malam hingga 4 pagi dan 2 hingga 4 petang.

Penyediaan dan pematuhan memakai peralatan keselamatan bersesuaian amat penting. Namun ciri keselamatan dan teknologi pemesenan sering tidak mendapat perhatian sewajarnya. Agak jarang kita temui majikan yang peka dengan perubahan teknologi dan sanggup melabur semata-mata atas faktor keselamatan pekerja, kecuali selepas kemalangan berlaku.



video