Jumaat, 24 Disember 2010

Petua kurangkan gula

Kurangkan gula dalam makanan
Semua orang tahu bahana gula kepada kesihatan. Gula yang berlebihan tidak digunakan sebagai tenaga akan disimpan dan ditukar menjadi lemak dalam badan.

Gula bukan sahaja menjadi penyebab utama diabetes type 2, malah 'petualang' kepada masalah kerosakan gigi dan gusi. Gula berlebihan juga dikaitkan dengan penyakit - penyakit yang berkaitan dengan kanser kerana gula menyebabkan kegemukan dan mempengaruhi tahap insulin dalam badan.

Jadi dengan mengawal pengambilan gula dalam diet harian pasti akan banyak membantu mengelakkan risiko kegemukan, diabetes dan tampil lebih menarik dan cergas.

Banyak usaha telah dibuat. Kempen kurangkan gula, 'tambah manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman'  dan produk 'diet' rendah kalori juga dihasilkan. Tapi masih kurang berjaya kerana individu sendiri kurang sedar hakikat penggunaan gula itu sendiri.

Cuba fikirkan dan pertimbangkan petua - petua mudah berikut sebagai panduan harian:
  • Elakkan kopi, teh dan minuman pracampur kerana anda tidak dapat mengawal jumlah gula
  • Sajikan minuman tanpa gula dan sediakan gula diatas meja hidang, jadi setiap individu boleh menambah gula ikut keperluan sendiri ( tetapi mesti berdisiplin).
  • Kurangkan gula dalam menu pencuci mulut, sebaliknya tambahkan buah-buahan sebagai pemanis.
  • Perlukah anda menambah gula kedalam masakan seperti gulai?
  • Anggaplah gula hanya sebagai perasa, bukan keperluan utama.
Ingat, anda buat anda dapat manfaat!