Ahad, 19 Oktober 2008

Keresahan Melamine


Sedikit masa dahulu, isu kebersihan dan status halal produk makanan tempatan mendapat perhatian masyarakat. Pertubuhan NGO adalah antara pehak yang banyak memainkan peranan menyedarkan pengguna; selain pehak media cetak dan elektronik dengan skop berita masing-masing. Walaupun isu berkenaan bersifat lokal dan semasa, ia turut dilihat sebagai 'menyokong' wawasan halal hub yang sewajarnya bersifat global.


Tetapi bila isu melamine muncul... the world start to open eyes. Betapa tidak, pada Sept 21, 2008 Associated Press melaporkan sekitar 53,000 kanak-kanak China terjejas kesihatan akibat penggambilan produk tenusu tercemar (sebenarnya sengaja ditambah) melamine! Nampaknya produk kesihatan yang sewajarnya selamat telah menjadi 'racun' dan tidak lagi meyakinkan. Lebih membimbangkan, China turut mengeksport produk keluaran mereka ke seluruh dunia dalam bentuk produk siap mahu pun bahan mentah untuk menghasilkan produk makanan lain.

Persoalannya sekarang: Apakah itu melamine, mengapa anda perlu bimbang dan siapakah yang sewajarnya bertindak dahulu?

Melamine adalah bahan kimia organik yang sering didapati dalam bentuk kristal berwarna putih dan kaya dengan nitrogen. Ia digunakan secara meluas dalam industri pembuatan plastik, bahan pembersih, gam, baja dan racun serangga.

Sebenarnya ia tidak dibenarkan di dalam produk makanan. Namun ia sengaja ditambah kedalam susu dengan tujuan untuk meningkatkan tahap nitrogen bagi memenuhi standard kandungan protin. Amalan sedemikian sebenarnya bertentangan dengan saranan FAO/WHO Codex Alimentarius (food standard commission). Di Malaysia ia tertakluk di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985. Ketiga-tiga peraturan berkenaan adalah untuk melindungi hak, kesihatan dan keselamatan pengguna.

Pada 15 March 2007, US Food and Drug Administration telah mengesan melamine di dalam sample bahan membuat makanan haiwan yang diimport dari China. Siasatan dijalankan berikutan dari laporan beratus ekor kucing yang mati dan menghadapi masalah ginjal di USA.

Pada 16 Julai 2008 seramai 16 bayi di daerah Gansu, China telah disahkan mengidapi masalah ginjal. Kesemuanya turut disahkan mengambil susu formula yang dikeluarkan oleh syarikat Sanlu Group. Penyiasatan yang dilakukan akhirnya menjurus kepada permasalahan yang lebih besar...
"The issue has raised concerns about food safety and political corruption in China, and it has also damaged the reputation of China's food exports; at least 11 countries having stopped all imports of Chinese dairy products."


Sumber
: 2008 chinese milk scandal

Kesan buruk dari melamine boleh mengakibatkan pembentukan batu karang dalam ginjal dan pundi kencing. Bukan sekadar boleh mengakibatkan kegagalan fungsi ginjal malah hasil kajian terhadap haiwan makmal menunjukkan sistem pembiakan turut terjejas.

Malaysia sememangnya tidak mengimport susu terus dari China kerana kita menyedari risiko penyakit kaki dan mulut di negara berkenaan. Namun kita tetap mendapat bekalan hasil tenusu samada secara terus atau tidak langsung setelah diproses dari negara lain.

Kementerian Kesihatan Malaysia menetapkan tahap selamat kandungan melamine dibenarkan didalam makanan bayi adalah 1 ppm dan 2.5 ppm bagi makanan lain. [ ppm = part per million atau bahagian setiap sejuta ( mg/kg) ].

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan turut menjalankan ujian pengesanan. Bahagian ini turut menerbit dan menyebarkan Senarai Produk Yang Tidak Mematuhi, Senarai Produk Yang Tidak Terlibat dan Senarai Produk Yang Disahkan Selamat di laman web kementerian dan media selepas memperolehi keputusan kajian makmal. Anda dinasihatkan supaya sering membuat semakan kerana kemaskini dan Kenyataan Akbar akan dibuat setiap kali hasil kajian terbaru diperolehi.

Apa yang lebih membimbangkan, ada diantara produk kegemaran kanak-kanak mengandungi kadar melamin sehingga lebih 130 ppm! Sedangkan ia tidak pernah dikesan sebelum ini dan mudah didapati dipasaran. Begitu juga dengan produk tempatan (biskut) yang sering dihidangkan setiap pagi dan petang turut gagal melepasi tahap selamat dibenarkan.

China bertindak menarik balik susu keluaran syarikat terbabit dari pasaran.
Nampaknya, akta dan undang-undang semata-mata tidak menjamin pematuhan berterusan. Sudah tiba masanya untuk kita memperkasa penguatkuasaan dan kerjasama pehak NGO, pengusaha dan pengguna sendiri. Para pengusaha sewajarnya membuat ujian sampling di makmal mereka sendiri kerana mereka sewajarnya mempunyai makmal kawalan mutu dalaman. Jangan jadikan pengguna sebagai mangsa dan pembekal bahan mentah sebagai alasan mudah untuk melepaskan tanggungjawab oleh para pengusaha.