Isnin, 28 Januari 2013

Rahim Jatuh dan Incontinence

Incontinence atau kebocoran kencing dikalangan wanita berpunca daripada keadaan lantai pelvik yang lemah dan tidak berupaya menutup uretra (leher pundi kencing). Sering berlaku ketika batuk, bersin atau melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan tekanan pada ronga pelvik. Lebih membimbangkan ia juga boleh berlaku ketika mengadakan hubungan kelamin, aktiviti riadah atau solat.

Incontinence atau kebocoran kencing bukanlah suatu yang baru. Ia merupakan keadaan biasa bagi mereka yang mengalami gejala otot rahim lemah atau kendur. Bagi masyarakat Melayu,ia biasanya disebut sebagai peranakan jatuh, rahim jatuh atau 'prolaps' (prolapse).

Peranakan jatuh atau prolaps rahim boleh berlaku dalam pelbagai peringkat:
  • Peringkat awal: rahim jatuh sedikit dari kedudukan biasa.
  • Peringkat kedua: pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj
  • Peringkat ketiga: keseluruhan rahim terkeluar dari permukaan dan saluran vagina.
Faktor-faktor penyebab peranakan jatuh atau prolapse yang membawa gejala incontinence / atau kebocoran kencing:
  • Keturunan
  • Obesiti
  • Menopaus
  • Masalah ketumbuhan dalam rahim
  • Proses kehamilan dan kelahiran
Terdapat beberapa kaedah pencegahan yang boleh diambil, bergantung kepada faktor penyebabnya:
  • Kawalan berat badan
  • Mengamalkan senaman Kegel untuk menguatkan otot lantai pelvik
  • Menggunakan alat bantuan Luna Beads Kegel Excercise Ball yang boleh dibeli di pasaran
  • Penggunaan alat stimulasi magnetik Trans Pelvic Magnetic Stimulation (TPMS) di pusat rawatan tertentu.
Penggunaan Kegel Excercise Ball: Video courtesy of Lelo.com

Selain faktor keturunan, gejala incontinence / kebocoran kencing boleh dicegah dan dikawal dengan mudah dari awal. Amalkan diet dan gaya hidup sihat dan lakukan senaman kegel secara berkala.