Isnin, 21 Disember 2009

Dilema Si 2 Weelers II

Statistik Ngeri Perkeso


Kuala Lumpur: Statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menunjukkan seramai 15,200 pekerja yang menunggang motorsikal ketika bertugas dilaporkan terkorban dalam kemalangan jalanraya sepanjang sembilan bulan tahun ini.

Perkeso turut menerima 3,800 tuntutan membabitkan kemalangan melibatkan kenderaan lain termasuk kenderaan kereta dan lori.

Menyedari faktor risiko tinggi yang dihadapi oleh pekerja berkaitan, Perkeso merancang untuk meningkatkan kesedaran dikalangan ahlinya melalui siri kempen keselamatan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Jalanraya Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, K Selvarajah, dilaporkan berkata demikian selepas Majlis Perasmian Program Ikhtiar Hidup Penunggang Motorsikal disini.


Sedutan: Harian Metro, 21 Disember, 2009.



Baca:

Jumaat, 11 Disember 2009

Tips Lelaki Sihat



Kesihatan lelaki sinonim dengan sifat 'kelelakian' seseorang lelaki. Dan 'kelelakian' pula sering dikaitkan dengan 'kegagahan' lelaki ( dibaca sebagai kesejahteraan 'berumahtangga'). Bunyinya agak kompleks dan mengelirukan, tetapi hakikatnya mudah untuk dimengertikan.


Dalam banyak hal, tahap kesihatan seseorang sangat berkaitrapat dengan peningkatan usia, aktiviti dan gaya hidup. Jadi, secara umumnya, keperluan untuk mengekalkan tahap kecergasan anda tentunya berbeza dengan orang lain.

Berikut beberapa tips untuk menjaga "kesihatan lelaki' secara umum yang wajar diberi perhatian:
  • Kepanasan membunuh sperma - Sperma amat sensitif terhadap suhu tinggi. Elakkan sering mandi air panas atau sauna, duduk terlalu lama atau berada dalam suasana panas berpanjangan.
  • Elakkan seluar ketat kerana ini akan menyebabkan kerandut testis anda melekap rapat dengan tubuh badan dan meningkatkan suhu.
  • Tabiat merokok diketahui boleh mengakibatkan saluran darah mengecut dan menjejaskan aliran darah ke penis; mengakibatkan gangguan erektile.
  • Amalkan gaya hidup sehat. Lakukan aktiviti riadah seperti bersenam dan berjalan selama 30 minit setiap hari untuk mengeluarkan peluh.
  • Amalkan pemakanan yang sihat. Elakkan makanan berlemak, kurangkan pengambilan garam dan gula.
  • Tomato kaya dengan lycopene; sejenis antioksidan pencegah kanser. Kajian menunjukkan amalan memakan 10 hidang tomato setiap minggu mampu menurunkan risiko kanser prostat sehingga 45%.
  • Suplemen yang mengandung vitamin C, L-carnitine (asid amino) dan tiram membantu meningkatkan kualiti sperma.
  • Tidur malam secukupnya dapat mengekalkan keremajaan dan melambatkan proses penuaan. Proses perembesan hormon somatotropin berlaku ketika anda tidur lena pada waktu malam.

Isnin, 7 Disember 2009

Fenomena Tanah Runtuh

Tanah runtuh dan tanah mendap merupakan fenomena bencana alam yang semakin kerap terjadi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Lebih-lebih lagi ketika musim tengkujuh kerana pergerakan / gelongsoran tanah turut dikaitkan dengan aliran air bawah tanah.

Selain fenomena alam semulajadi, tanah runtuh sering dikaitkan dengan aktiviti manusia; penarahan kawasan bukit, pembalakan dan aktiviti pembangunan lain. Kecacatan ketika proses penambakan tanah dan kecuaian penyelenggaraan adalah faktor utama kejadian di kawasan perumahan. Kegagalan sistem perparitan akan meningkatkan kandungan air dan melemahkan struktur tanah. Lebih teruk lagi jika melibatkan kawasan cerun.

Faktor-faktor yang boleh dianggap berisiko tinggi termasuklah kawasan yang pernah mengalami tanah runtuh, cerun atau saliran air, potongan atau tambakkan dan lereng bukit yang sedang dibangunkan.
Ada beberapa gejala atau petanda yang dapat dikenalpasti sebelum fenomena tanah runtuh berlaku. Tanda-tanda yang perlu diawasi dan diambil perhatian untuk tindakan awal bagi mengelakkan bahaya antaranya:

  • Penjelmaan mata air atau tanah basah yang melampau yang tidak pernah terjadi
  • Kesan bonggolan atau rekahan tanah.
  • Tanah berganjak.
  • Tapak asas atau konkrit retak atau terjongket.
  • Retak atau rekahan pada dinding, tembok atau tiang.
  • Kepecahan dan kebocoran paip air, gas atau pembentung bawah tanah.
  • Tiang telefon, elektrik dan pagar menjadi condong.
  • Jajaran barisan pagar berubah.
  • Jalan mendap.
  • Pintu atau tingkap sukar ditutup.

Langkah-langkah keselamatan yang wajar diberi perhatian jika berlaku kejadian tanah runtuh:

Segera hubungi / laporkan kepada Polis, penguasa tempatan, Bomba, Jabatan Pertahanan Awam.

    Jika terperangkap didalam rumah, berlindung dibawah perabut seperti meja

  • Jika berada diluar rumah, selamatkan diri dari kawasan terbabit.
  • Ikuti perkembangan lanjut menerusi siaran radio
  • Patuhi nasihat dan arahan pehak perkuasa
  • Jika anda sedang memandu, awasi petanda tanah / batu jatuh dari sisi dan atas kenderaan
  • Jauhi tiang dan talian eletrik yang tumbang
  • Berhubung dengan jiran anda dan bantu membantu
  • Waspada terhadap bunyi seperti bunyi deruan dan pokok patah / tumbang


Jumaat, 4 Disember 2009

Minda aktif Vs obesiti?

Anda suka Sudoku atau teka silangkata?

Berita baik bagi penggemar permainan uji minda jika anda ingin mengurangkan berat badan!

Menurut pakar latihan mental, Tim Forrester dalam laman webnya cannyminds.com, otak manusia memerlukan sekitar 0.1 kalori seminit untuk berfungsi. Aktiviti mencabar mental seperti Sudoku dan teka silang kata membakar sehingga 1.5 kalori seminit bersamaan 90 kalori sejam.

Nampaknya, kecenderungan berfikir secara serius baik untuk kecerdasan minda dan menghindar obesiti.

Dominic O'Brian, juara lapan kali Pertandingan Daya Ingatan Dunia, membuktikan manusia berupaya memiliki daya ingatan yang hebat jika dilatih dengan teknik yang betul.

video


Satu ketika, kuat daya ingatan dianggap suatu anugerah dan teknik latihan minda dianggap milik ekslusif. Kini ia boleh diperolehi dan dipelajari untuk manfaat bersama. Namun tidak ramai yang benar-benar bersedia dan berusaha untuk menguasai teknik yang terbukti berkesan ini.


video


Anda patut pelajari dan kuasai teknik terbaik sehebat Dominic O'Brien:
How to awaken full potential of your mind

Learn Memory Improvement Technique