Sabtu, 9 Jun 2007

Tips Kekal Sehat


* Minum air secukupnya ( 8 hingga 10 gelas sehari). Air membantu tubuh dalam proses menyah toksik dalam badan.

* Elakkan snek dan makanan segera kerana mengandungi bahan perasa seperti sodium. Ungsur kimia ini adalah toksin yang boleh menganggu fungsi organ tubuh.

* Lebihkan mengambil protin berasaskan tumbuhan / ogranik seperti kacang soya. Protin haiwan biasanya tinggi kolesterol, tetapi tidak bermakna anda menghindarkannya terus.

* Yogurt rendah lemak adalah baik kerana ia mengandungi bakteria baik yang boleh membantu penyerapan nutrien. Peningkatan usia sering diiringi kehilangan enzim penting yang berfungsi memecahkan gula dalam produk tenusu. Jadi ada baiknya anda mengurangkan pengambilan hasil tenusu dan gantikan dengan yogurt.

*Pastikan bekalan air anda bersih. Dapatkan sistem penapis air yang berkualiti. Ingat, pengambilan air yang bersih dan mencukupi
boleh merangsang awet muda.

*Berhati-hati dengan kafein. Ia terdapat di dalam kopi dan sebagainya. Kafein sebenarnya bersifat toksik kepada badan dan menyebabkan pengoksidanan kulit, menjadikannya cepat berkedut.

*Jika anda impikan berat badan ideal yang langsing menawan, jauhkan makanan berasaskan lemak tepu, berprotin tinggi dan banyak kolesterol dalam diet anda.

*Amalkan diet berasaskan tumbuhan organik dan karbohidrat kompleks. Ia bukan sahaja mengekalkan aras gula dalam darah, malah turut memanjangkan hayat alteri anda.

Tiada ulasan: