Isnin, 21 Disember 2009

Dilema Si 2 Weelers II

Statistik Ngeri Perkeso


Kuala Lumpur: Statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menunjukkan seramai 15,200 pekerja yang menunggang motorsikal ketika bertugas dilaporkan terkorban dalam kemalangan jalanraya sepanjang sembilan bulan tahun ini.

Perkeso turut menerima 3,800 tuntutan membabitkan kemalangan melibatkan kenderaan lain termasuk kenderaan kereta dan lori.

Menyedari faktor risiko tinggi yang dihadapi oleh pekerja berkaitan, Perkeso merancang untuk meningkatkan kesedaran dikalangan ahlinya melalui siri kempen keselamatan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Jalanraya Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, K Selvarajah, dilaporkan berkata demikian selepas Majlis Perasmian Program Ikhtiar Hidup Penunggang Motorsikal disini.


Sedutan: Harian Metro, 21 Disember, 2009.



Baca:

Jumaat, 11 Disember 2009

Tips Lelaki Sihat



Kesihatan lelaki sinonim dengan sifat 'kelelakian' seseorang lelaki. Dan 'kelelakian' pula sering dikaitkan dengan 'kegagahan' lelaki ( dibaca sebagai kesejahteraan 'berumahtangga'). Bunyinya agak kompleks dan mengelirukan, tetapi hakikatnya mudah untuk dimengertikan.


Dalam banyak hal, tahap kesihatan seseorang sangat berkaitrapat dengan peningkatan usia, aktiviti dan gaya hidup. Jadi, secara umumnya, keperluan untuk mengekalkan tahap kecergasan anda tentunya berbeza dengan orang lain.

Berikut beberapa tips untuk menjaga "kesihatan lelaki' secara umum yang wajar diberi perhatian:
  • Kepanasan membunuh sperma - Sperma amat sensitif terhadap suhu tinggi. Elakkan sering mandi air panas atau sauna, duduk terlalu lama atau berada dalam suasana panas berpanjangan.
  • Elakkan seluar ketat kerana ini akan menyebabkan kerandut testis anda melekap rapat dengan tubuh badan dan meningkatkan suhu.
  • Tabiat merokok diketahui boleh mengakibatkan saluran darah mengecut dan menjejaskan aliran darah ke penis; mengakibatkan gangguan erektile.
  • Amalkan gaya hidup sehat. Lakukan aktiviti riadah seperti bersenam dan berjalan selama 30 minit setiap hari untuk mengeluarkan peluh.
  • Amalkan pemakanan yang sihat. Elakkan makanan berlemak, kurangkan pengambilan garam dan gula.
  • Tomato kaya dengan lycopene; sejenis antioksidan pencegah kanser. Kajian menunjukkan amalan memakan 10 hidang tomato setiap minggu mampu menurunkan risiko kanser prostat sehingga 45%.
  • Suplemen yang mengandung vitamin C, L-carnitine (asid amino) dan tiram membantu meningkatkan kualiti sperma.
  • Tidur malam secukupnya dapat mengekalkan keremajaan dan melambatkan proses penuaan. Proses perembesan hormon somatotropin berlaku ketika anda tidur lena pada waktu malam.

Isnin, 7 Disember 2009

Fenomena Tanah Runtuh

Tanah runtuh dan tanah mendap merupakan fenomena bencana alam yang semakin kerap terjadi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Lebih-lebih lagi ketika musim tengkujuh kerana pergerakan / gelongsoran tanah turut dikaitkan dengan aliran air bawah tanah.

Selain fenomena alam semulajadi, tanah runtuh sering dikaitkan dengan aktiviti manusia; penarahan kawasan bukit, pembalakan dan aktiviti pembangunan lain. Kecacatan ketika proses penambakan tanah dan kecuaian penyelenggaraan adalah faktor utama kejadian di kawasan perumahan. Kegagalan sistem perparitan akan meningkatkan kandungan air dan melemahkan struktur tanah. Lebih teruk lagi jika melibatkan kawasan cerun.

Faktor-faktor yang boleh dianggap berisiko tinggi termasuklah kawasan yang pernah mengalami tanah runtuh, cerun atau saliran air, potongan atau tambakkan dan lereng bukit yang sedang dibangunkan.
Ada beberapa gejala atau petanda yang dapat dikenalpasti sebelum fenomena tanah runtuh berlaku. Tanda-tanda yang perlu diawasi dan diambil perhatian untuk tindakan awal bagi mengelakkan bahaya antaranya:

  • Penjelmaan mata air atau tanah basah yang melampau yang tidak pernah terjadi
  • Kesan bonggolan atau rekahan tanah.
  • Tanah berganjak.
  • Tapak asas atau konkrit retak atau terjongket.
  • Retak atau rekahan pada dinding, tembok atau tiang.
  • Kepecahan dan kebocoran paip air, gas atau pembentung bawah tanah.
  • Tiang telefon, elektrik dan pagar menjadi condong.
  • Jajaran barisan pagar berubah.
  • Jalan mendap.
  • Pintu atau tingkap sukar ditutup.

Langkah-langkah keselamatan yang wajar diberi perhatian jika berlaku kejadian tanah runtuh:

Segera hubungi / laporkan kepada Polis, penguasa tempatan, Bomba, Jabatan Pertahanan Awam.

    Jika terperangkap didalam rumah, berlindung dibawah perabut seperti meja

  • Jika berada diluar rumah, selamatkan diri dari kawasan terbabit.
  • Ikuti perkembangan lanjut menerusi siaran radio
  • Patuhi nasihat dan arahan pehak perkuasa
  • Jika anda sedang memandu, awasi petanda tanah / batu jatuh dari sisi dan atas kenderaan
  • Jauhi tiang dan talian eletrik yang tumbang
  • Berhubung dengan jiran anda dan bantu membantu
  • Waspada terhadap bunyi seperti bunyi deruan dan pokok patah / tumbang


Jumaat, 4 Disember 2009

Minda aktif Vs obesiti?

Anda suka Sudoku atau teka silangkata?

Berita baik bagi penggemar permainan uji minda jika anda ingin mengurangkan berat badan!

Menurut pakar latihan mental, Tim Forrester dalam laman webnya cannyminds.com, otak manusia memerlukan sekitar 0.1 kalori seminit untuk berfungsi. Aktiviti mencabar mental seperti Sudoku dan teka silang kata membakar sehingga 1.5 kalori seminit bersamaan 90 kalori sejam.

Nampaknya, kecenderungan berfikir secara serius baik untuk kecerdasan minda dan menghindar obesiti.

Dominic O'Brian, juara lapan kali Pertandingan Daya Ingatan Dunia, membuktikan manusia berupaya memiliki daya ingatan yang hebat jika dilatih dengan teknik yang betul.

video


Satu ketika, kuat daya ingatan dianggap suatu anugerah dan teknik latihan minda dianggap milik ekslusif. Kini ia boleh diperolehi dan dipelajari untuk manfaat bersama. Namun tidak ramai yang benar-benar bersedia dan berusaha untuk menguasai teknik yang terbukti berkesan ini.


video


Anda patut pelajari dan kuasai teknik terbaik sehebat Dominic O'Brien:
How to awaken full potential of your mind

Learn Memory Improvement Technique

Selasa, 10 November 2009

Harapan Baru: Tak Perlu Viagra Dah...





Satu harapan baru untuk kaum lelaki yang menghadapi gejala lemah tenaga batin. Kajian menunjukkan sekitar 35% penderita gejala erectile dysfunction tidak dapat memanfaatkan rawatan drug seperti Viagra, Cialis and Levitra. Kebanyakannya kerana faktor kesihatan penderita misalnya dibetis, kolesterol dan tekanan darah tinggi.

Penemuan terkini mampu memberi harapan baru kepada anda. Kajian dijalankan di Institute for Regenerative Medicine, Wake Forest University Baptist Medical Center menggunakan teknik kultur tisu berjaya memulihkan fungsi seksual keatas arnab yang menghadapi masalah berkaitan. Ini memberi petunjuk kaedah implan tisu boleh dimajukan untuk manfaat golongan lelaki bermasalah.


Proses erektile berlaku bila darah dipam masuk ke dalam pembuluh menyebabkan senjata lelaki akan mengembang dan dilihat sebagai menegang. Seterusnya saluran ini akan bertindak menyekat darah dari mengalir keluar semula. Kegagalan fungsi biologi tersebut di kenali sebagai 'erectile dysfunction'. Dr. Andrew McCullough, pengarah kesihatan, kesuburan dan mikrosurgery seksual lelaki NYU Langone Medical Center berkeyakinan penemuan teknik implan tisu dapat mengatasi gejala tersebut.

Ahad, 12 Julai 2009

Alahan: Rasa Loya

Rasa mual, loya atau muntah-muntah antara alahan biasa yang dialami wanita di peringkat awal mengandung. Lazimnya gejala ini akan berkurangan dan lenyap selepas kandungan mencapai 3 bulan.

Namun ada juga kes dimana gejala berpanjangan. Lebih meresahkan bagi bakal ibu-ibu muda anak sulung. Pasti meresah dan meletihkan. Berikut antara petua yang elok diamalkan dalam menghadapi gejala berkaitan:

  • Elakkan perut kosong kerana ini akan menggalakkan rasa mual.
  • Amalkan penggunaan halia dalam menu harian
  • Banyakkan minum air kosong
  • Pastikan perut anda tidak kosong bila mengambil suplimen / vitamin
  • Ketika gejala loya berkurangan, gunakan kesempatan ini untuk makan
  • Sentiasa bersedia dengan makanan ringan berupa biskut / cracker
  • Elakkan makanan pedas, berlemak dan berminyak / bergoreng
  • Makanan kaya vitamin B adalah elok kerana mampu mengurangkan rasa loya

Aktiviti fizikal dan senaman ringan amat digalakkan untuk memastikan anda sentiasa cergas dan sehat. Dapatkan nasihat doktor jika gejala dialami berterusan dan berlebihan. Elakkan makan jeruk buah kerana ia mengandungi bahan awet dan boleh membahayakan kandungan. Buah-buah segar adalah pilihan terbaik sebagai ganti.

Isnin, 15 Jun 2009

Sekali Klik MAKNA, DiGi RM5.00

MAKNA atau Majlis Kanser Kebangsaan adalah satu pertubuhan berdaftar dan ditubuhkan pada 10hb November 1994 dan dirasmikan pada 30hb March 1995. MAKNA banyak membantu penghidap kanser melalui aktiviti sokongan berkaitan penyakit kanser.

Dalam usaha mengumpulkan dana, MAKNA banyak mengadakan aktiviti termasuk kutipan derma. Sehubungan dengan ini, MAKNA telah bergabung dengan DiGi dalam kempen terbarunya.

Anda dijemput menjayakan kempen ini HANYA dengan klik banner dibawah, diikuti dengan klik 'Save Now', klik pilih MAKNA dan DiGi akan mendermakan RM5.00. Setiap orang hanya perlu untuk mendaftarkan diri .


Kempen ini akan berjalan selama sebulan bermula dari1 June, 2009 dan hanya sah di Malaysia sahaja.

Pastikan anda KLIK kerana anda mampu membawa kegembiraan kepada penghidap kanser!


Terima kasih!



Ahad, 31 Mei 2009

Dilema Si 2 Wheeler I

Sabtu, Mei 30:
Sekitar jam 9:00 malam. Saya sedikit tersentak ketika memandu di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang. Menghampiri stesyen Petronas yang terletak berhampiran Seksyen 16 Shah Alam, lebuhraya kelihatan sesak sepanjang hampir 2 km. Rupa-rupanya ada kemalangan maut betul-betul dihadapan stesyen Petronas itu.

Kelihatan anggota Polis mengawal lalulintas. Melintasi tempat kemalangan, kelihatan mangsa telah ditutup plastik hitam, sebuah motorsikal dan topi keledar berwarna merah tercampak 2 meter dari mangsa. Darah tergenang sekitar mangsa. Namun tidak dapat dipastikan jumlah mangsa yang terbabit. Melihat situasi ini saya yakin kemalangan telah berlaku lebih dari 30 minit.


Motor mangsa tergolek terlalu hampir dengan laluan kereta. Namun saya tidak dapat pastikan samada mangsa terbabas ke laluan kereta atau mangsa tidak menggunakan laluan khas yang disediakan.
Satu persoalan muncul secara spontan. Mengapa kemalangan motorsikal berlaku di laluan atau berhampiran laluan kereta? Mengapa mereka tetap 'berdegil' tidak menggunakan laluan motor terutamanya pada waktu malam!?


Sekitar akhir tahun 80an ketika lebuhraya ini baru dinaiktaraf (bertol) hinggalah pertengahan tahun 90an (lebuhraya KESAS pula diibena), saya sering menunggang motorsikal di kedua-dua laluan ini samada menuju ke KL atau Shah Alam. Sehingga kini saya tidak nampak peningkatan ketara pada ciri keselamatan di laluan sikal di kedua-dua lebuhraya ini.


Seakan suatu standard, laluan motorsikal dimana-mana lebuhraya negara kita kelihatan cantik dan nyaman di tempat-tempat tertentu tetapi menyeramkan pada waktu malam. Sedangkan di tempat lain pula kita akan dikejutkan dengan kewujudan 'kolam ajaib' sejurus selepas hujan seperti yang saya pernah alami di sekitar PJ - Subang Jaya.


Di lebuhraya KESAS contohnya, masih ada laluan yang dipagari pokok bunga renek diantara laluan motor dan kereta. Selain lampu jalan tidak memadai, ada juga yang gagal berfungsi pada waktu malam. Lencongan jauh dan terowong diwujudkan bila ada susur masuk / keluar lebuhraya. Ini semua perlukan penelitian dan penyediaan ciri keselamatan sebaiknya untuk menjamin keselamatan penunggang motorsikal.


Kejadian samun di laluan motorsikal pada waktu malam di sekitar Lembah Kelang ini bukan isu terasing (isolated). Kes di Lebuhraya Guthrie, KESAS dan Persekutuan pernah dilaporkan, malah dialami sendiri oleh rakan sekerja. Dua modus operandai popular: mangsa ditahan serta diugut dengan senjata tajam dan mangsa dihalang dengan rentangan tali / dawai sehingga jatuh.


Pada tahun 2004, adik dan adik ipar saya sendiri pernah disamun di lebuhraya KESAS. Maklumat dari pehak Polis sendiri mengakui kes dilapurkan hampir setiap minggu. Dalam kebanyakan kes, mangsa dicederakan agar tidak dapat melawan; walaupun ada kes dimana penyerang ditumpaskan sehingga patah tangan dan kaki. Pastinya ia kes terpencil kerana target mereka dikatakan jurulatih seni beladiri!
Jika diamati, rasanya agak sukar untuk pehak Polis sendiri meronda dan berkawal di sepanjang lebuhraya selama 24jam, sepanjang 365 hari setahun sedangkan kes-kes kemalangan dan jenayah lainnya berlambak-lambak.


Tindakan proaktif yang effektif dan konsisten perlu diambil. Misalnya:
  • Pemandangan terbuka: Penunggang motor boleh dilihat dengan jelas dan mudah disedari oleh orang lain dari semua arah jika berlaku kecemasan.
  • Penglihatan jelas: Pencahayaan secukupnya sepanjang laluan terutama didalam terowong dan waktu malam.
  • Pemantauan penuh: Penggunaan kamera CCTV dibahagian yang jauh terpisah dari laluan kereta dan terowong.
  • Rondaan: Peronda lebuhraya nampaknya jarang / tidak kelihatan meronda laluan percuma ini!
  • Sistem saliran effektif: Laluan terowong yang sering ditenggelami air selepas hujan pasti mengundang padah.
  • Telefon kecemasan: Selain memudahkan mangsa mendapatkan bantuan, penjenayah mungkin dapat dipintas dihujung laluan jika bertindak pantas.

Jabatan Keselamatan Jalan Raya patut menekankan ciri-ciri keselamatan di laluan motorsikal di lebuhraya negara kita; tidak sekadar 'menekan' penunggang. Anda perlu melihat mengapa masih ada yang degil dengan berada di laluan yang tidak dibenarkan.

Akhir sekali, jangan kerana laluan motorsikal itu PERCUMA tidak bertol, maka pengguna terpaksa memperjudikan nasib bila menunggang di waktu malam.







Your Ad Here

Khamis, 14 Mei 2009

Ambulance atau Mini Hospital?

Siapa yang tidak pernah mendengar nama Dubai?
Bandaraya Dubai bukan sahaja gah, malah ia lebih dikenali berbanding nama negaranya sendiri; Emiriah Arab Bersatu! Apakah yang menjadikan nama ini mashur ke serata dunia, agaknya...


Saya pernah transit di lapangan terbang antarabangsa Dubai untuk ke Manchester. Saya fikir ia dua atau tiga atau lebih kali ganda besar saisnya berbanding KLIA. Dubai sememangnya dibangunkan untuk mengatasi kemegahan mana-mana bandaraya di dunia. Samada dari aspek kemajuan, kemewahan maupun kecanggihan teknologi.

Dubai sememangnya melambangkan kemewahan kotaraya dunia arab. Perkhidmatan kesihatan di Dubai turut menerima tempias kemewahan. Baru-baru ini Dubai telah melancarkan perkhidmatan ambulan terbesar dunia.

Tiga buah ambulan Mercedes-Benz Citaro dengan kelengkapan ruang rawatan intensif, termasuk mesin x-ray dengan 4 orang kakitangan pakar kesihatan. Ia boleh digerakkan ke kawasan bencana dengan segera dan memberikan rawatan kecemasan serta merta kepada sehingga 20 orang pesakit. Unit ambulan ini sebenarnya lebih kepada fungsi sebuah klinik mini bergerak dengan kemudahan bilik bedah.

Ambulance ini juga boleh menerima kelengkapan pembedahan caesarian. Malah ia jiga boleh dilengkapkan dengan unit inkubator jika diperlukan. Ini membolehkannya disesuaikan dengan keperluan semasa dalam menghadapi situasi krisis mengikut keadaan.

Kos untuk menyediakan kelengkapan sedemikian bukanlah suatu jumlah yang kecil, tetapi ianya berbaloi dan seimbang dengan kepesatan kemajuan kota Dubai. Ia sememangnya suatu persiapan yang meyakinkan dalam menghadapi segala kemungkinan bencana dunia moden.






Selasa, 14 April 2009

Kereta GM Risiko Terbakar?



Associted Press (AP) melaporkan, General Motor Corp. pengeluar kereta terkemuka Amerika mengumumkan penarikan balik 1.5 juta kereta keluarannya dari pasaran.

GM melaksanakan penarikan ini setelah mengesan risiko kebakaran dan kemungkinan mengakibatkan kecederaan. Walaubagaimanapun, belum ada sebarang kejadian sedemikian dilaporkan setakat ini dan ia dilakukan sebagai langkah keselamatan bagi melindungi pengguna.

Penarikan ini melibatkan kereta keluran mereka yang menggunakan enjin V6 3.8 liter, dimana minyak yang menitik keatas saluran ekszos boleh mengakibatkan kebakaran. Namun, sebahagian dari model yang terlibat sememangnya sudah tidak dikeluarkan lagi.
Ini termasuklah Oldsmobile Intrigue keluaran 1998-1999, Pontiac Grand Prix 1997-2003 , Buick Regal 1997-2003 dan Chevrolet Lumina, Monte Carlo dan Impala 1998-2003 .

Tidak diketahui samada program penarikan ini melibatkan kenderaan yang terdapat di Malaysia dan ketika artikle ini ditulis masih belum ada pengumuman dibuat samada melalui media maupun laman web rasmi
Chevrolet Malaysia.




Suatu ketika dulu, pengeluar kereta nasional Proton juga pernah memanggil balik kereta keluaran mereka untuk ditukar komponen yang dikenalpasti berisiko. Tetapi ia tidak melibatkan jumlah yang terlalu besar jika dibandingkan dengan program penarikan Chevrolet. Namun apa yang agak mencurigakan; kesemua model Chevrolet yang terlibat berusia lebih dari 5 tahun sedangkan ia telah mula berada dipasaran lebih dari 12 tahun!




Apa pun, sebagai pengguna ia dilihat sebagai langkah proaktif dan positif kearah menjamin keselamatan dijalanraya.




Your Ad Here

Rabu, 18 Mac 2009

Hinanya Si Pengotor!

Old Trafford, 14/3/2008:


Tepat jam 09:40 pagi kami tiba di hentian tram Old Trafford, 15 minit perjalanan dari hentian St. Peter Square, Manchester City Center.


Masih terlalu awal. Match Leverpool Vs Manchester United dijadualkan pada jam 12:45 tengahari. Dan tak sampai 10 orang pun yang turun dari tram bersama-sama kami. Memang itu pun yang kami harapkan untuk mengelakkan suasana 'crowded'.
Sebaik melangkah keluar dari hentian tram, kejutan pertama terjadi. Hanya 5 meter dari pintu keluar hentian, kami terpandang satu tong sampah terletak di bawah tiang lampu jalan. Bukan rekabentuk tong yang menjadi tarikan, tapi sticker yang menyentap naluri norma ketimuran.


Nampaknya penguasa tempatan di sana 'terpaksa' menggunakan pendekatan psaikologi untuk mencabar sensiviti awam yang 'liat' dengan ungkapan "WHAT DOES DROPPING LITTER MAKE YOU LOOK LIKE" tertera pada stiker berkenaan. Sikap buruk membuang sampah merata disamakan dengan sifat pengotor kinzir .


Pendekatan serupa pernah digunapakai di negara kita dalam kempen keselamatan jalan raya. Pasti ramai yang masih ingat dengan iklan tv "Jangan Melintas Macam Ayam..." sedikit masa dahulu.


Lalat, tikus dan lipas membiak di persekitaran kotor dan longgokan sampah domestik. Diantara penyakit bawaan yang dikaitkan dengan haiwan berkenaan adalah disentri, tifoid, keracunan makanan, jangkitan cacing, entritis, hawar, tifus dan leptospirosis.


Saya berkeyakinan teknik manipulasi psikologi ada keberkesananya, cuma objek sensitif seperti babi agak keterlaluan untuk masyarakat majmuk Malaysia. Mungkin tikus dan lipas 'calon' terbaik untuk menggantikan ikon yang digunakan di Manchester ini.


Sistem pengurusan sampah disini nampaknya lebih tersusun. Kami pernah melintasi lori sampah yang sedang memunggah tong dan bag-bag sampah. Menariknya, hanya seorang sahaja mengendalikan tugas-tugas pemunggahan dan pengendalian lori. Tidak seperti di Malaysia, 2 hingga 4 pekerja bergayut di belakang lori sedia untuk menghumban bag-bag plastik ke dalam lori.


Lebih menarik, kami boleh menghela nafas panjang walaupun berada bersebelahan lori berkenaan; tiada bau busuk dan tiada cecair yang meleleh dari belakang lori seperti kebiasaan di negara kita.


Selama tiga hari kami berada di Mancheter City - Old Trafford, diada seorang pun yang bertugas menyapu sampah ditemui. Ini tidak bermakna bandar ini bersih, tetapi mereka menggunakan jentera seperti yang kita ihat di lebuhraya Malaysia. Dan hasilnya tidaklah 100% membaggakan, sampah dan serpihan kaca botol minuman keras masih kelihatan di kaki lima.