Ahad, 19 Mei 2013

PCOS: Sindrom Ovari Polisistik




Sekiranya anda mengalami kitaran haid tidak menentu, anda mungkin mengalami Sindrom Ovari Polisistik ( PCOS ), iaitu punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur dan seterusnya menghadapi kesukaran untuk hamil.

Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Suriati Akmal Mahari, menjelaskan sindrom ovari polisistik ( PCOS ) adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yang berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.

Sindrom ovari polisistik ( PCOS ) tidak menunjukkan sebarang petanda awal seperti deman atau kesakitan, lantas ia tidak disedari penghidapnya.

Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.

Sindrom ovari polisistik ( PCOS ) boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja, namun kekerapan berlaku lebih kepada wanita berusia 20 hingga 30 tahun. Keturunan turut menjadi penyumbang kepada gejala berkenaan.

Sindro ovari polisistij ( PCOS ) boleh mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari, seterusnya menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan yang lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular.


Simptom sindrom ovari polisistik (PCOS):

  • Kitaran haid tidak menentu.
  • Hirsutism - pertumbuhan bulu roma yang tidak normal (seperti misai atau janggut).
  • Masalah berat badan - berat badan bertambah ataupun bahagian atas badan lebih besar atau gemuk daripada bahagian bawah.
  • Ovari lebih bengkak daripada wanita lain dan mempunyai lebih daripada satu cista.
  • Keguguran rambut.
  • Kurang subur.



Rahsia Jerawat Terbongkar oleh Dr Hasseenah

Tiada ulasan: