Rabu, 25 Disember 2013

Stem Cell Dan Kesihatan


Apakah Stem cell dan kaitan dengan kesihatan anda.
 
Sel stem (stem cell) ialah Master Cells kerana dari sel utama inilah terbentuknya pelbagai tisu, organ dan sistem di dalam keseluruhan sistem tubuh kita. Sel stem (stem cell) mempunyai kemampuan untuk berubah menjadi kebanyakan jenis sel atau tisu dalam badan manusia yang lain. Sel stem (stem cell) adalah sel kosong berbanding dengan sel-sel lain yang bersifat tersendiri seperti sel hati, sel lemak, sel saraf dan sel kulit. Ini bermakna sel stem (stem cell) memiliki keupayaan terbahagi dan menghasilkan lebih banyak sel kosong dan merangsang pembentukan sel-sel lain seperti sel darah merah dan sel darah putih. Darah di dalam tali pusat bayi anda adalah sumber sel stem (stem cell) yang sangat bernilai secara genetiknya unik kepada bayi dan keluarga anda sahaja.
 
Stem sel (cell stem) adalah satu-satunya sel yang memiliki keupayaan untuk memperbaharui dirinya. Stem sel kulit mempunyai fungsi khusus untuk memperbaharui dan memperbaiki kulit. Tubuh merangsang sel-sel kulit untuk menghasilkan protien, karbohidrat dan lipid bagi mengurangkan garis-garis halus dan kedutan disamping mengembalikan dan mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit. Pembahagian stem sel (stem cell) kulit juga penting untuk penghasilan sel-sel kulit yang sihat.
 
Terdapat dua punca utama untuk sel stem, iaitu:
1. Sel Stem Dewasa: Sel ini boleh diperolehi daripada janin yang gugur, darah tali pusat, sum-sum tulang, darah dan otak. Sel-sel ini kurang mampu bertukar menjadi sel-sel khas berbanding dengan sel stem embrionik. Bilangannya agak kurang dan kadangkala sukar diperolehi (contohnya, daripada bahagian otak dan retina mata)
2. Sel Stem Embrionik: Sel ini diperoleh daripada tubuh embrio yang terbentuk akibat persenyawaan luar (in-vitro fertilisation), ataupun melalui teknologi pengklonan (pemindahan nuklear sel somatik).
 
Jenis-jenis sel stem pula ialah:
 
1. Sel stem Totipotent boleh menjadi apa sahaja jenis sel dalam tubuh termasuk plasenta.
2. Sel stem Pluripotent yang terhasil dalam tempoh empat hari selepas proses penuburan boleh menjadi apa sahaja jenis sel termasuk sel stem totipotent dan sel plasenta.
3. Sel stem Multipotent warisan daripada sel stem pluripotent dan sel lain dalam tisu.
4. Sel stem Progenitor boleh menghasilkan satu jenis sel.
 
Sel stem dan kecantikan
 
Dalam bidang kecantikan, sel stem yang kita berminat adalah sel stem dewasa. Berbeza dengan sel stem embryonic yang boleh bertukar menjadi apa-apa sahaja sel organ. Sel stem dewasa hanya boleh bertukar menjadi sel-sel tertentu bertujuan merawat sel-sel yang telah rosak atau pupus. Sebagai contoh, apabila sel stem ini disuntik ke bahagian muka, ia boleh memudakan wajah dengan menggantikan sel-sel yang telah tercedera dan rosak. Jika ia disuntik di kulit kepala, ia mampu membuatkan rambut kita lebih lebat dan sihat.
 
Stem sel dewasa terdapat banyak di sel-sel lemak, sum-sum tulang dan darah. Dalam bidang kecantikan, doktor menggunakan darah sebagai sumber untuk mendapatkan sel stem. Ia lebih mudah untuk diproses daripada sumber dari lemak atau sum-sum tulang. Doktor selalunya akan mengambil 10cc ke 30cc darah dan diletakkan di dalam tabung uji khas untuk memisahkan serum dan sel-sel darah merah. Setelah menjalani beberapa tahap pemprosesan, serum yang mengandungi sel stem, platelet, dan hormon dihasilkan. Serum ini akan di suntik kembali ke bahagian kulit muka. Apabila kulit muka menerima serum yang mengandungi sel stem dan pelbagai bahan lain, ia akan mula menyembuh dan memudakan kulit muka secara semula jadi. Kulit akan menjadi lebih gebu, bersinar, bersih dan tegang. Untuk mendapatkan hasil yang berkekalan, proses rawatan perlulah diulang setiap dua ke empat bulan.
 
Ada juga kajian yang menunjukkan sebenarnya sel stem tumbuhan ini mengandungi anti oksida yang tinggi untuk memudakan kulit.




Tiada ulasan: