Isnin, 7 Disember 2009

Fenomena Tanah Runtuh

Tanah runtuh dan tanah mendap merupakan fenomena bencana alam yang semakin kerap terjadi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Lebih-lebih lagi ketika musim tengkujuh kerana pergerakan / gelongsoran tanah turut dikaitkan dengan aliran air bawah tanah.

Selain fenomena alam semulajadi, tanah runtuh sering dikaitkan dengan aktiviti manusia; penarahan kawasan bukit, pembalakan dan aktiviti pembangunan lain. Kecacatan ketika proses penambakan tanah dan kecuaian penyelenggaraan adalah faktor utama kejadian di kawasan perumahan. Kegagalan sistem perparitan akan meningkatkan kandungan air dan melemahkan struktur tanah. Lebih teruk lagi jika melibatkan kawasan cerun.

Faktor-faktor yang boleh dianggap berisiko tinggi termasuklah kawasan yang pernah mengalami tanah runtuh, cerun atau saliran air, potongan atau tambakkan dan lereng bukit yang sedang dibangunkan.
Ada beberapa gejala atau petanda yang dapat dikenalpasti sebelum fenomena tanah runtuh berlaku. Tanda-tanda yang perlu diawasi dan diambil perhatian untuk tindakan awal bagi mengelakkan bahaya antaranya:

  • Penjelmaan mata air atau tanah basah yang melampau yang tidak pernah terjadi
  • Kesan bonggolan atau rekahan tanah.
  • Tanah berganjak.
  • Tapak asas atau konkrit retak atau terjongket.
  • Retak atau rekahan pada dinding, tembok atau tiang.
  • Kepecahan dan kebocoran paip air, gas atau pembentung bawah tanah.
  • Tiang telefon, elektrik dan pagar menjadi condong.
  • Jajaran barisan pagar berubah.
  • Jalan mendap.
  • Pintu atau tingkap sukar ditutup.

Langkah-langkah keselamatan yang wajar diberi perhatian jika berlaku kejadian tanah runtuh:

Segera hubungi / laporkan kepada Polis, penguasa tempatan, Bomba, Jabatan Pertahanan Awam.

    Jika terperangkap didalam rumah, berlindung dibawah perabut seperti meja

  • Jika berada diluar rumah, selamatkan diri dari kawasan terbabit.
  • Ikuti perkembangan lanjut menerusi siaran radio
  • Patuhi nasihat dan arahan pehak perkuasa
  • Jika anda sedang memandu, awasi petanda tanah / batu jatuh dari sisi dan atas kenderaan
  • Jauhi tiang dan talian eletrik yang tumbang
  • Berhubung dengan jiran anda dan bantu membantu
  • Waspada terhadap bunyi seperti bunyi deruan dan pokok patah / tumbang


Tiada ulasan: