Isnin, 4 Ogos 2014

BreatheEZi Cendawan Susu Rimau Rawat Asma

Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) Berjaya menghasilkan produk BreatheEZi, 
bahan semula jadi untuk rawatan alternative pesakit asma.

Sepasukan penyelidik dari Pusat Pengajian Sains Pergigian USM menghasilkan produk itumenggunakan umbisi cendawan susu rimau atau nama saintifiknya, 
Lignosus Rhinocerus.

BreatheEZi dirumus untuk mengurangkan penggunaan ubatan steroid yang mempunyai kesan sampingan bagi jangka masa panjang.

Berfungsi mengawal symptom utama penyakit asma, BreatheEZi dapat mengurangkan kebergantungan pesakit kepada alat penyedut (inhaler) serta mengurangkan tahap 
jangkitan penyakit itu.

Selain itu BreatheEZi juga dapat digunakan untuk meningkatkan kadar kesihatan paru-paru. BreatheEZi bukan sahaja dapat dimanfaatkan pesakit asma, malah kepada 
golongan perokok juga.

BreatheEZi bakal dikeluarkan dalam bentuk tablet dan disarankan kepada individu berusia 18 tahun keatas apabila dikomersialkan kelak. Namun ia akan turut dimanfaatkan 
oleh 1.4 juta pesakit asma dan kanak-kanak selepas BreatheEZi melalui proses pengubahsuaian.

Pasukan penyelidikan yang dianggotai oleh Dr Nurul Asma Abdullah itu mengambil masa selama dua tahun sebelum inovasi BreatheEZi dianugerahi  pingat emas Pameran 
Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) ke-25 baru-baru ini.

Khamis, 10 Julai 2014

17 Sebab Untuk Anda Bertindak Bijak Berhenti Merokok


Anda sememangnya bijak dengan keputusan untuk berhenti merokok!

Anda harus tahu bahawa berhenti merokok merupakan pencapaian peribadi yang amat tinggi. Ia merupakan motivasi, keazaman dan daya usaha yang gigih. Anda patut berasa bangga kerana tergolong daripada salah seorang yang telah bertindak bijak untuk berhenti merokok.

Berhenti merokok merupakan suatu keputusan yang agak peribadi dan pengalaman yang berbeza kepada setiap individu. Sebahagian mereka tidak menghadapi sebarang kesukaran, manakala sebahagian lagi berasa amat sukar untuk berhenti dan terus kekal tidak merokok!

Ramai di kalangan perokok menyimpan hasrat untuk berhenti dan terus kekal tidak merokok. Namun mereka tidak tahu bagaimana untuk mula bertindak dan mengharapkan satu ubat ajaib yang boleh melenyapkan rasa ketagihan rokok yang dihadapi.Ketahuilah, pada hakikatnya bahawa 80% daripada perokok tegar yang  berjaya berhenti merokok adalah atas daya usaha mereka sendiri.

Anda mesti mempunya sebab yang kuat untuk berhenti dan kekal tidak merokok. Sebab inilah yang akan menjadi ‘anchor’ dan penguat semangat kepada anda. Berikut disenaraikan 17 sebab untuk anda bertindak bijak berhenti ddan kekal tidak merokok:

1. Hidup lebih lama: 50% daripada perokok menghadapi risiko lebih tinggi untuk mati lebih awal kerana penyakit yang berkaitan dengan merokok. Merokok membunuh hamper 5000 rakyat Malaysia setiap tahun.
2. Menghindari racun: Asap rokok mengandungi hamper 4000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
3. Mencegah penyakit: Terdapat 40 jenis penyakit yang dikatkan dengan merokok. Kanser paru-paru, penyakit jantung, penyakit bronchitis krinik, enfisima, stroke dan ulser perut adalah sebahagian daripada penyakit-penyakit berbahaya yang boleh dicegah jika anda tidak merokok.
4. Lebih sihat: Bukan perokok jarang mengalami batuk-batuk, selsema, jangkitan paru-paru dan penyakit pernafasan yang lain berbanding golongan perokok.
5. Kesuburan meningkat: Kajian menunjukkan kesan daripada amalan merokok boleh menyebabkan kelainan pada sperma daripada segi mobility atau keupayaan bergerak, struktur tidak normal dan juga bilangan yang berkurangan.
6. Kelelakian meningkat: Merokok boleh menyebabkan impoten atau mati pucuk. Ini aalah kesan langsung keatas keupayaan mendapatkan ereksi atau keadaan tegang pada alat kelamin lelaki yang terjejas akibat pembuluh darah pada alat kelamin tersebut menjadi lemah.
7. Melindungi oranng lain: Apabila anda merokok, orang lain yang berada disekeliling anda juga akan turut sama menyedut asap rokok daripada rokok yang anda hisap. Ini dinamakan merokok secara pasif. Ia boleh menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung, penyakit saluran pernafasan dan penyakit lelah dikalangan bukan perokok. 
8. Menjadi teladan yang baik: Sekiranya anda mempunyai anak, anda menjadi ikutan atau role model kepada mereka. Kanak-kanak cenderung untuk mengikut apa yang mereka lihat dan mencontohi ibu bapa dan persekitaran merekai.
9. Anak-anak yang sihat: Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa perokok adalah lebih berisiko menghidap penyakit saluran pernafasan seperti pneumonia, jangkitan telinga dan lain-lain. Mereka juga lebih kerap mengalamin gangguan iritasi pada mata, hidung, tekak dan mudah mendapat gejala pernafasan kronik seperti batuk dan kagak.
10. Meningkatkan kecergasan: Merokok menjejaskan kecergasan dan membuatkan anda cepat letih dan hilang stamina ketiika bersenam, berjoging, berjalan,hubungan seksual dan ketika melakukan pergerakan berat yang lain.
11. Meningkatkan deria rasa dan bau: Apabila anda berhenti merokok, keupayaan deria rassa dan hidu akan meningkat dan kembali pulih seperti sediakala.
12. Kulit yang lebih sihat: Merokok menyebabkan kulit anda tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Oleh itu sel-sel baru tidak dapat membentuk dengan sempurna. Perokok biasanya lebih cepat beruban, hulit tidak berseri dan cepat berkedut terutama di sekelilinng mata dan mulut.
13. Nafas lebih segar: Nafas anda akan lebih segar ddan tiddak berbau busuk selepas berhenti merokok.
14. Gigi lebih putih: Merokok menyebabkan gigi anda kelihatan bewarna kuning berkarat dan menjejaskan senyuman anda.
15. Rambut dan pakaian tidak lagi berbau busuk: Asap rokok meninggalkan kesan bau busuk pada rambut dan pakaian anda. Rasakan perbezaannya setelah anda berhenti merokok.
16. Menjimatkan wang: Perokok yang merokok sekotak (20 batang) sehari boleh menjimatkan hamper RM 3,000 setahun dan ini dijangka meningkat berikutan kenaikan harga berterusan setiap tahun. Saya pasti anda lebih arif tentang ini!
17. Melindungi alam sekitar: Asap rokok mencemarkan udara dan alam sekitar. Walaupun pencemaran asap kenderaan dan industri lebih dominan berbanding rokok; adalah lebih baik untuk tidak turut menyumbang kepada pencemaran.

Jika diamati setiap satu dari 17 sebab diatas, saya pasti anda mempunyai lebih dari satu sebab untuk bertindak bijak berhenti merokok. Pilih satu sebab paling kuat untuk menjadi perangsang dan penguat semangat atau ‘anchor’ kepada tindakan anda. Saya cukup yakin ANDA BOLEH!

Khamis, 12 Jun 2014

Ancaman Kayap

Herpes Zoster atau lebih dikenali sebagai penyakit kayap dikalangan masyarakat Malaysia adalah sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan virus Varicella Zoster (VZV).

Penyakit kayap atau Herpes Zoster lebih berisiko menyerang mereka yang berusia lebih 50 tahun, lemah sistem imun dan pernah dijangkiti penyakit cacar air (chicken pox). Namun, virus varicella zoster tetap berkemungkinan untuk menyerang golongan lebih muda sekiranya virus ini sedia ada dalam tubuh badan mereka dan daya tahan  (imun) yang rendah.

Biasanya, penyakit cacar air atau chicken pox tidak akan berulang pada pesakit yang sama  sepanjang hayatnya. Namun, selepas cacar / chicken pox sembuh virus varicella zoster tidak akan mati; sebaliknya akan terus kekal dalam keadaan hibernasi ( tidak aktif ) di dalam pusat saraf (ganglion) penghidap. Apabila sistem imun penghidap menjadi lemah, virus varicella zoster menjadi aktif semula. Ia akan menyerang urat saraf dan menyebabkan keradangan saraf.

Kayap atau herpes zoster biasanya menyebabkan keradangan satu urat saraf pada satu bahagian badan. Ia lazimnya membabitkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).

Jika kayap / herpes zoster terjadi pada bahagian muka, ia boleh menyebabkan komplikasi pada mata, termasuk menjadi buta dan jika menyerang saraf muka, pesakit boleh mendapat paralisis otot muka (facial palsy).

Varicella zoster juga boleh menyebabkan keradangan organ dalaman, termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) dan usus (enterocolitis).

Simptom awal penyakit ini termasuklah rasa sakit, kebas dan panas pada bahagian urat saraf terbabit. Diikuti demam, keletihan dan sakit kepala. Kesemua tanda-tanda ini dialami sebelum tanda pada kulit muncul. Keadaan ini berterusan untuk jangka masa antara tiga hingga lima hari.

Pada hari berikutnya, tompok kemerahan yang menyakitkan akan muncul pada bahagian saraf terbabit. Selepas  satu atau dua hari, kemerahan ini bertukar menjadi gelembung air kecil berwarna kuning. Jangkitan kuman bakteria yang terjadi pada gelembung air akan menyebabkan pendarahan didalam gelembung itu. Gelembung ini boleh merebak ke kawasan lain. Ini bergantung kepada lemahnya sistem imun pesakit terbabit.

Dalam tempuh dua hari berikutnya, gelembung kuning bertukar menjadi keruh dan akhirnya mengering. Kulit akan menjadi kering dan berkerak dan seterusnya akan gugur sendiri dalam tempuh satu hingga dua minggu.

Selepas sembuh dirawat, bahagian kulit terbabit akan meninggalkan parut. Komplikasi kronik lain lazimnya adalah kesakitan pada urat saraf di bahagian terlibat untuk jangka masa yang panjang (post herpetic neuralgia).

Selain itu, jika melibatkan serangan pada mata; mungkin terjadi keradangan pada mata dan menjadi buta. Komplikasi urat saraf, menyebabkan keradangan urat saraf dan saraf tunjang.

Rawatan menggunakan ubat sapu seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembung air mampu memgurangkan tempuh masa komplikasi penyakit. Rawatan melibatkan penggunaan ubat penahan sakit non steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) dan ubat neuroactive seperti amitryptiline.
Ubat antiviral seperti acyclovir, valacyclovir dan famciclovir biasanya akan diberikan  dalam tempuh beberapa jam selepas gelembung air timbul untuk mengelakkan komplikasi. Untuk pesakit yang mengalami penyakit kayap / herpes zoster teruk dengan sistem imun lemah mungkin memerlukan rawatan di wad dengan ubat antiviral intravena.


Sumber: MyHEALTH Kementerian Kesihatan

Khamis, 15 Mei 2014

Kapsul Sihat 1: Detox Lemon Madu


Menu segar detox lemon madu
Madu adalah satu sumber makanan yang baik untuk kesihatan dan kecantikan. Khasiat madu memang telah diakui sejak sekian lama.

Tahukah anda kombinasi madu dan lemon sapat membantu metabolisme tubuh badan anda pada tahap optimum? 

Caranya cukup mudah, campurkan sedikit madu kedalam segelas air lemon. Amalkan Menu Lemon Madu ini sebagai minuman pagi. 

Menu Lemon Madu dapat meningkatkan metabolisma tubuh dan menjadikan anda kekal aktif sepanjang hari. Minuman Lemon Madu ini jika diamalkan setiap pagi akan membantu proses detox atau penyingkiran toksin dalam badan.

Rabu, 25 Disember 2013

Stem Cell Dan Kesihatan


Apakah Stem cell dan kaitan dengan kesihatan anda.
 
Sel stem (stem cell) ialah Master Cells kerana dari sel utama inilah terbentuknya pelbagai tisu, organ dan sistem di dalam keseluruhan sistem tubuh kita. Sel stem (stem cell) mempunyai kemampuan untuk berubah menjadi kebanyakan jenis sel atau tisu dalam badan manusia yang lain. Sel stem (stem cell) adalah sel kosong berbanding dengan sel-sel lain yang bersifat tersendiri seperti sel hati, sel lemak, sel saraf dan sel kulit. Ini bermakna sel stem (stem cell) memiliki keupayaan terbahagi dan menghasilkan lebih banyak sel kosong dan merangsang pembentukan sel-sel lain seperti sel darah merah dan sel darah putih. Darah di dalam tali pusat bayi anda adalah sumber sel stem (stem cell) yang sangat bernilai secara genetiknya unik kepada bayi dan keluarga anda sahaja.
 
Stem sel (cell stem) adalah satu-satunya sel yang memiliki keupayaan untuk memperbaharui dirinya. Stem sel kulit mempunyai fungsi khusus untuk memperbaharui dan memperbaiki kulit. Tubuh merangsang sel-sel kulit untuk menghasilkan protien, karbohidrat dan lipid bagi mengurangkan garis-garis halus dan kedutan disamping mengembalikan dan mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit. Pembahagian stem sel (stem cell) kulit juga penting untuk penghasilan sel-sel kulit yang sihat.
 
Terdapat dua punca utama untuk sel stem, iaitu:
1. Sel Stem Dewasa: Sel ini boleh diperolehi daripada janin yang gugur, darah tali pusat, sum-sum tulang, darah dan otak. Sel-sel ini kurang mampu bertukar menjadi sel-sel khas berbanding dengan sel stem embrionik. Bilangannya agak kurang dan kadangkala sukar diperolehi (contohnya, daripada bahagian otak dan retina mata)
2. Sel Stem Embrionik: Sel ini diperoleh daripada tubuh embrio yang terbentuk akibat persenyawaan luar (in-vitro fertilisation), ataupun melalui teknologi pengklonan (pemindahan nuklear sel somatik).
 
Jenis-jenis sel stem pula ialah:
 
1. Sel stem Totipotent boleh menjadi apa sahaja jenis sel dalam tubuh termasuk plasenta.
2. Sel stem Pluripotent yang terhasil dalam tempoh empat hari selepas proses penuburan boleh menjadi apa sahaja jenis sel termasuk sel stem totipotent dan sel plasenta.
3. Sel stem Multipotent warisan daripada sel stem pluripotent dan sel lain dalam tisu.
4. Sel stem Progenitor boleh menghasilkan satu jenis sel.
 
Sel stem dan kecantikan
 
Dalam bidang kecantikan, sel stem yang kita berminat adalah sel stem dewasa. Berbeza dengan sel stem embryonic yang boleh bertukar menjadi apa-apa sahaja sel organ. Sel stem dewasa hanya boleh bertukar menjadi sel-sel tertentu bertujuan merawat sel-sel yang telah rosak atau pupus. Sebagai contoh, apabila sel stem ini disuntik ke bahagian muka, ia boleh memudakan wajah dengan menggantikan sel-sel yang telah tercedera dan rosak. Jika ia disuntik di kulit kepala, ia mampu membuatkan rambut kita lebih lebat dan sihat.
 
Stem sel dewasa terdapat banyak di sel-sel lemak, sum-sum tulang dan darah. Dalam bidang kecantikan, doktor menggunakan darah sebagai sumber untuk mendapatkan sel stem. Ia lebih mudah untuk diproses daripada sumber dari lemak atau sum-sum tulang. Doktor selalunya akan mengambil 10cc ke 30cc darah dan diletakkan di dalam tabung uji khas untuk memisahkan serum dan sel-sel darah merah. Setelah menjalani beberapa tahap pemprosesan, serum yang mengandungi sel stem, platelet, dan hormon dihasilkan. Serum ini akan di suntik kembali ke bahagian kulit muka. Apabila kulit muka menerima serum yang mengandungi sel stem dan pelbagai bahan lain, ia akan mula menyembuh dan memudakan kulit muka secara semula jadi. Kulit akan menjadi lebih gebu, bersinar, bersih dan tegang. Untuk mendapatkan hasil yang berkekalan, proses rawatan perlulah diulang setiap dua ke empat bulan.
 
Ada juga kajian yang menunjukkan sebenarnya sel stem tumbuhan ini mengandungi anti oksida yang tinggi untuk memudakan kulit.




Isnin, 10 Jun 2013

Kehamilan Dan Masalah Kesuburan Wanita

Pada kebiasaannya, pasangan yang baru mendirikan rumahtangga akan teruja untuk cepat hamil. Namun hanya sekitar 85% pasangan muda akan hamil dalam tempoh 12 bulan. Itu pun bagi mereka yang tergolong sebagai aktif melakukan jima' iaitu antara 2 - 3 kali seminggu. Manakala sekitar 15% lagi berjaya hamil selepas 2 tahun mencuba.

Sebahagian besar pasangan yang gagal hamil dalam tempoh 2 tahun ini, biasanya akan menyalahkan takdir. Selainnya pula mengaitkan dengan faktor keturunan. Jarang sekali ada pasangan yang mahu mengaitkan dengan faktor kesuburan.

Seseorang wanita itu dikatakan berkemungkinan menghadapi masalah kesuburan apabila:
- berusia dibawah 35 tahun dan tidak hamil setelah berkahwin 12 bulan
- berusia lebih 35 tahun dan tidak hamil setelah berkahwin 6 bulan
sedangkan beliau tidak mengamal atau menggunakan mana-mana kaedah perancang keluarga atau pencegah kehamilan.

Sebenarnya banyak punca yang boleh dikaitkan dengan kegagalan kehamilan. Masalah kesuburan tidak hanya dialami oleh isteri; malah pakar perubatan memberitahu 30% disebabkan faktor suami, 30% disebabkan faktor isteri, 10% diebabkan faktor bersama. 25% atas faktor-faktor yang kurang jelas dan 5% lagi atas lain-lain faktor.

Namun terdapat satu fakta yang tidak diketahui ramai pasangan; iaitu kelainan fitrah lelaki dan wanita. Lelaki boleh menghasilkan sperma baru sepanjang hayatnya berbanding wanita, iaitu telur mereka sudah sedia terhasil sejak dilahirkan lagi.

Wanita dilahirkan dengan kira-kira 2 juta telur. Sebaik kedatangan haid pertama, jumlah telur  hanya tinggal 200,000 sahaja. Setiap kali haid, 200 akan dikeluarkan; sedangkan badan hanya memilih satu telur untuk disenyawakan.

Wanita berada pada tahap paling subur ketika berusia 20-an dengan kadar 20 hingga 25 peratus dan menurun apabila mencecah usia 30-an dengan kadar kehamilan sekitar 15 peratus. Penurunan kadar kesuburan ini sejajar dengan kemerosotan jumlah telur dimiliki.

Untuk itu, setiap pasangan adalah dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat perubatan jika masih gagal untuk hamil setelah 12 bulan berkahwin; sedangkan kehidupan seksual mereka aktif dan tidak mengamalkan apa-apa kaedah pencegah kehamilan atau perancang keluarga.


Jumaat, 31 Mei 2013

Seks ketika hamil


Berbicara tentang kehidupan berkeluarga, mahu tak mahu pasti akan menyentuh topik seks dan kehamilan. Melakukan seks dan kehamilan adalah dua perkara berbeza, namun berkait antara keduanya. Dan anda akan terfikir tentang hubungan seks ketika hamil.

Persoalan yang mungkin ditanyakam samada boleh atau selamatkah melakukan hubungan intim ketika tempoh mengandung?

Dr. Bona Simanungkalit, Setiausaha Agung Pengurus Kebangsaan Persatuan Seksologi Indonesia (ASI),  menjelaskan bahawa wujud dua pandangan berhubung perkara ini. Pertama, beberapa pakar berpendapat sebaik-baiknya air mani atau sperma tidak dikeluarkan di dalam faraj pada tiga bulan pertama (trimester pertama) dan tiga bulan terakhir (trimester ketiga) kehamilan.

Pendapat kedua pula mengatakan, hubungan seks boleh dilakukan pada bila-bila masa pun asalkan ia diingini oleh kedua-dua pehak, suami dan isteri.

Pendapat pertama bersandarkan kepada fakta bahawa sperma mengandungi prostaglandin yang boleh melebarkan mulut rahim atau serviks. Keadaan ini dikhuatiri akan mengakibatkan keguguran kandungan. Jadi jika si isteri sememangnya mempunyai sejarah kesukaran atau kecenderungan keguguran; sebaiknya pertimbangkan pandangan ini. Kondom mungkin boleh membantu, tetapi tidak semua pasangan berasa cukup bersedia dengan penggunaannya.

Posisi seks ketika kehamilan patut diambil perhatian. Pasangan harus berasa cukup selesa di sepanjang waktu bersama; misalnya tidak menekan perut isteri dan seumpamanya.





Tips Rumahtangga Bahagia

Ahad, 19 Mei 2013

PCOS: Sindrom Ovari Polisistik




Sekiranya anda mengalami kitaran haid tidak menentu, anda mungkin mengalami Sindrom Ovari Polisistik ( PCOS ), iaitu punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur dan seterusnya menghadapi kesukaran untuk hamil.

Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Suriati Akmal Mahari, menjelaskan sindrom ovari polisistik ( PCOS ) adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yang berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.

Sindrom ovari polisistik ( PCOS ) tidak menunjukkan sebarang petanda awal seperti deman atau kesakitan, lantas ia tidak disedari penghidapnya.

Kajian menunjukkan 90 peratus wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30 peratus yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.

Sindrom ovari polisistik ( PCOS ) boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja, namun kekerapan berlaku lebih kepada wanita berusia 20 hingga 30 tahun. Keturunan turut menjadi penyumbang kepada gejala berkenaan.

Sindro ovari polisistij ( PCOS ) boleh mengganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari, seterusnya menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitaran haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan yang lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular.


Simptom sindrom ovari polisistik (PCOS):

  • Kitaran haid tidak menentu.
  • Hirsutism - pertumbuhan bulu roma yang tidak normal (seperti misai atau janggut).
  • Masalah berat badan - berat badan bertambah ataupun bahagian atas badan lebih besar atau gemuk daripada bahagian bawah.
  • Ovari lebih bengkak daripada wanita lain dan mempunyai lebih daripada satu cista.
  • Keguguran rambut.
  • Kurang subur.



Rahsia Jerawat Terbongkar oleh Dr Hasseenah

Isnin, 11 Februari 2013

Tips Kesuburan Lelaki




Google image

Amalan penjagaan kesihatan sangat berkait rapat dengan tahap kesuburan seseorang. Untuk tingkatkan kesuburan, elakkan stress dan jaga pemakanan. Makanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting. Dapatkan makanan segar dan mentah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan sebagai sumber vitamin dan antioxidants.

Berhenti merokok, elakkan minum arak dan kurangkan kopi. Pilih minuman jus buah-buahan dan green tea. Supplement vit C, E, asid folik sangat baik untuk penjagaan kesihatan.

Zinc dan selenium adalah unsur logam yang penting dan sering disebut-sebut dalam topik kesuburan lelaki. Secara semulajadi, Oyster, blackcurrent, bijan, biji sawi dan celery menjadi sumber logam zinc. Selenium boleh didapai dari kekacang seperti brazil nuts.

Zinc berfungsi meningkatkan kualiti sperma. Selain itu zinc juga berupaya mengoptimumkan fungsi kelenjar prostat dan mengurangkan potensi menghidap kanser prostart.

Zinc juga penting untuk meningkatkan paras testosteron. Hormon ini sememangnya dikaitkan dengan kecergasan dan kehidupan seksual yang baik.

Kurangkan pengambilan cheese, krim, daging berlemak, coklat dan makanan diproses. Makanan yang mengadungi Omega3 saperti walnuts, flax seeds oil, sayur bayam, asparagus, avacado, kekacang, buah-buahan citrus saperti oren, lada merah, keledek merah perlu sering dimakan. Akhirnya ambillah vit A untuk maturasi sel-sel benih lelaki.

Isnin, 28 Januari 2013

Rahim Jatuh dan Incontinence

Incontinence atau kebocoran kencing dikalangan wanita berpunca daripada keadaan lantai pelvik yang lemah dan tidak berupaya menutup uretra (leher pundi kencing). Sering berlaku ketika batuk, bersin atau melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan tekanan pada ronga pelvik. Lebih membimbangkan ia juga boleh berlaku ketika mengadakan hubungan kelamin, aktiviti riadah atau solat.

Incontinence atau kebocoran kencing bukanlah suatu yang baru. Ia merupakan keadaan biasa bagi mereka yang mengalami gejala otot rahim lemah atau kendur. Bagi masyarakat Melayu,ia biasanya disebut sebagai peranakan jatuh, rahim jatuh atau 'prolaps' (prolapse).

Peranakan jatuh atau prolaps rahim boleh berlaku dalam pelbagai peringkat:
  • Peringkat awal: rahim jatuh sedikit dari kedudukan biasa.
  • Peringkat kedua: pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj
  • Peringkat ketiga: keseluruhan rahim terkeluar dari permukaan dan saluran vagina.
Faktor-faktor penyebab peranakan jatuh atau prolapse yang membawa gejala incontinence / atau kebocoran kencing:
  • Keturunan
  • Obesiti
  • Menopaus
  • Masalah ketumbuhan dalam rahim
  • Proses kehamilan dan kelahiran
Terdapat beberapa kaedah pencegahan yang boleh diambil, bergantung kepada faktor penyebabnya:
  • Kawalan berat badan
  • Mengamalkan senaman Kegel untuk menguatkan otot lantai pelvik
  • Menggunakan alat bantuan Luna Beads Kegel Excercise Ball yang boleh dibeli di pasaran
  • Penggunaan alat stimulasi magnetik Trans Pelvic Magnetic Stimulation (TPMS) di pusat rawatan tertentu.
Penggunaan Kegel Excercise Ball: Video courtesy of Lelo.com

Selain faktor keturunan, gejala incontinence / kebocoran kencing boleh dicegah dan dikawal dengan mudah dari awal. Amalkan diet dan gaya hidup sihat dan lakukan senaman kegel secara berkala.

Rabu, 19 September 2012

Kehebatan Zaitun





Khasiat buah dan minyak zaitun nyata terbukti
Jika pokok kelapa dikenali sebagai pokok seribu guna, zaitun pula terbukti sebagai buah seribu khasiat.


Zaitun banyak ditanam di negara-negara Iran, Syria dan Palestin sehinggalah ke seluruh negara-negara Mediterranian.

Penggunaan minyak zaitun secara meluas dalam diet harian masyarakat Mediterranian telah menarik minat pengkaji kerana ia dikaitkan dengan kurangnya kadar penghidap sakit berkaitan jantung dalam masyarakat mereka.


Satu kajian selama 20 tahun oleh pakar-pakar pemakanan United States Foods and Drugs Association (USFDA) mendapati 1000 dari 10,000 rakyat Amerika menghidap penyakit jantung. Sebaliknya dari 10,000 orang yang tinggal di Mediterranian, hanya 50 orang yang menghadapi masalah jantung.


Minyak zaitun merupakan minyak semulajadi yang kaya dengan vitamin E dan mengandungi 75% lemak asid oleik iaitu sejenis asid lemak mono tak tepu (Mono Unsaturated Fat) yang bertindak menurunkan kadar kolesterol tak baik (Low Density Lipoprotien) dalam badan. Dalam masa yang sama meningkatkan kadar kolesterol baik (High Density Lipoprotien) yang ternyata bagus untuk membersih dan menguatkan pembuluh darah kita. Inilah sebenarnya rahsia  masyarakat Mediterranian kurang berisiko serangan penyakit jantung kerana mereka menggunakan minyak zaitun dalam makanan harian.

Minyak zaitun 'Extra Virgin' (Extra Virgin Olive Oil) merupakan minyak zaitun asli kualiti terbaik. Biasanya diguna ketika membuat salad. Minyak zaitun extra virgin juga boleh diminum begitu saja untuk tujuan penjagaan kesihatan. Manakala minyak zaitun virgin, natural dan pure pula biasanya digunakan sebagai bahan dalam aktiviti masakan.

Khasiat minyak zaitun memang sudah diketahui manusia sejak berzaman, cuma faktor geografi dan harga membuatkan minyak zaitun tidak popular dalam masyarakat Malaysia dan rantau asia tenggara.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Makanlah zaitun ( sebagai lauk bersama roti ) dan berminyaklah dengannya, sesungguhnya ia dari pohon yang diberkati."

Diantara kelebihan dan khasiat minyak zaitun:
  • Mengurangkan risiko kanser, darah tinggi, diabetes
  • Meremajakan kulit (kulit lembap dan gebu)
  • Melambatkan pertumbuhan uban
  • Menyeimbangkan metabolisme tubuh
  • Menyeimbangkan pertumbuhan tulang
  • Membekal vitamin E untuk kecantikan kulit dan rambut
  • Menstabilkan asid lemak
  • Mencegah ulser perut
  • Berkesan untuk bisul, ruam lampin dan gatal-gatal
  • Membantu penyerapan nutrien
  • Melega, melapangkan perut dan mengeluarkan cacing
  • Baik untuk kegunaan urutan terapi
Didalam kitap At-Tib An-Nabawi ( Kitab Perubatan Nabi ) dinyatakan, "Apabila kita minum dua sudu minyak zaitun sehari, maka Allah akan menjauhkan kita dari sebarang penyakit."



Goreng pisang bijan hot<!-- MetaTags - Online Meta Tag http://www.onlinemetatag.com
Iklan Banner
Pasang iklan anda di sini PERCUMA
-->

Sabtu, 25 Ogos 2012

Testosteron: Tips tingkatkan prestasi seksual



Hormon testosteron memainkan peranan penting di sepanjang riwayat manusia . Lelaki menghasilkan sepuluh kali ganda testosteron berbanding wanita. 95% testosteron akan dirembeskan oleh buah zakar (lelaki) dan ovari pada wanita. Selebihnya akan dihasilkan dalam kelenjar adrinal.

Testosteron diperlukan untuk memelihara kesihatan keseluruan, pertumbuhan otot, tulang dan memelihara kesihatan seksual. Daya tahan fizikal, stamina dan kecergasan sangat berkait rapat dengan hormon testosteron.

Sepanjang usia remaja, testosteron mempengaruhi perkembangan dan pembentukan fizikal. Jelas dilihat melalui perubahan bentuk badan, suara, pertumbuhan rerambut dan perubahan pada alat jantina.

Pentingnya testosteron pada usia dewasa  dalam memelihara tahap libido dan kesihatan seksual . Bagi lelaki, testosteron turut mempengarui ketahanan, kekerapan dan tahap ereksi zakar.


Anda patut mengamalkan gaya hidup cergas dan sihat untuk mengekalkan tahap hormon testosteron. Lakukan senaman secara berkala. Aktiviti  mudah seperti angkat berat dan squat sangat berkesan kerana melibatkan pergerakan otot-otot utama dan merangsang perembesan hormon testosteron.




Anda patut berasa bimbang jika memiliki perut boroi dan berat badan berlebihan. Lemak berlebihan akan mempengaruhi paras testosteron. Jadi elakkan obesiti. Pastikan diet anda betul, sasarkan penurunan berat badan sekitar 10% sebulan. Awas! Penurunan yang mendadak dan berlebihan boleh memberikan hasil sebaliknya.

Kajian menunjukkan pengambilan Omega-3 dan lemak monotaktepu (monounsaturated) sangat bermanfaat. Terdapat pada kekacang, bijirin, ikan tuna dan salmon, minyak sayuran, zaitun dan mentega kacang.

Sayur-sayuran kaya dengan serat. Ia sangat baik untuk proses ditoksifikasi. Masukkan juga sayur-sayur jenis kobis dalam senarai diet anda kerana phytonutrient dapat membantu mengawal lemak dalam badan anda.

Cuba elakkan diri anda dari Xenoestrogen dengan mengurangkan penggunaan barangan plastik. Sebaiknya tukarkan barangan penjagaan diri seperti sabun, syampo, pewangi dan sebagainya yang mengandungi paraben kerana ia adalah xenoestrogen.

Anda suka tiram? Jika tidak, anda boleh cuba masakan tiram sekarang. Tiram kaya dengan zat zink yang dikatakan akan menukarkan estrogen kepada testosteron. Zat zink juga meningkatkan penghasilan jumlah dan kualiti sperma. Dikatakan setiap ml sperma yang dikeluarkan mengandungi 0.7mg zink. Jika ia tidak digantikan dan berada pada paras rendah, prestasi seksual mungkin terjejas.

Pastikan anda mendapat rehat dan tidur secukupnya. Orang dewasa memerlukan tidur antara 6~8 jam sehari. Kurang tidur akan meningkatkan tahap stress yang seterusnya menekan perembesan hormon testosteron. Tahap testosteron boleh berkurangan sehingga 40% jika anda kurang tidur. Jika anggota kelamin lelaki tidak ereksi ketika bangun tidur waktu pagi, ia mungkin satu petanda paras testosteron anda rendah.

Khamis, 19 April 2012

Rahsia Kesihatan Reproduksi Lelaki






Masalah kesuburan adalah antara isu yang digeruni oleh pasangan suami isteri; apatah lagi bagi yang belum dikurniakan cahayamata.

Faktor usia, gaya hidup, pemakanan dan genetik sering dikaitkan dengan tahap kesihatan reproduktif seseorang.

Jurnal Reproduksi Manusia di Amerika Syarikat telah melaporkan satu hasil kajian yang dijalankan ke atas sekumpulan 99 peserta. Kajian mendapati, lelaki yang gemar mengambil makanan yang tinggi lemak memiliki jumlah sperma 35% lebih rendah dan 38% kurang kepekatan berbanding mereka yang makan kurang lemak.

Seterusnya kajian juga mengesahkan, jumlah dan kualiti sperma boleh ditingkatkan dengan menambah pengambilan omega-3 dalam diet harian. Omega-3 yang banyak ditemui dalam ikan juga bagus untuk kesihatan kardiovaskular.





Ahad, 5 Februari 2012

Jenis Sayur Anti Lemak


Sayuran jenis kubis kaya dengan phytonutrient

Xenoestrogen adalah sejenis unsur kimia yang boleh dikesan didalam bahan yang dibuat daripada petrokimia. Ini termasuklah racun perosak, barangan plastik, bahan pencuci, bahan penjagaan diri dan solekan, pewangi dan banyak lagi.

Di dalam tubuh manusia, xenoestrogen bertindak seperti hormon estrogen iaitu berfungsi menghasilkan lemak!

Ramai yang sedia maklum kebaikan sayur-sayuran kerana ia kaya dengan serat (fiber). Serat sering digandingkan dengan program diet kerana ia menimbulkan rasa kenyang.

Namun, tahukah anda sayur-sayuran seperti kubis, kubis bunga, brokoli, brussels sprouts, kale dan bak choy mengandungi sejenis phytonutrien unik yang dikenali sebagai indole-3-carbinol (I3C). Indole-3-carbinol bertindak membantu menghalang sebatian 'estrogen' ini.

Ketahui apakah sayur, teh, rempah dan herba lain yang mampu menghalang xenoestrogen dan membakar lemak sekitar perut anda dan bagaimana memanfaatkannya:





Selasa, 24 Januari 2012

Pesta Limau Mandarin

Happy Chinese New Year: Angpau and oranges
Ramai diantara kita masih lagi dalam mood bercuti sempena sambutan tahun baru China. Kepada rakan-rakan Tionghua, suka saya mengucapkan ä¸­åœ‹æ–°å¹´å¿«æ¨‚.

Masih terkenang-kenang dua perkara yang paling menarik bila berkunjung kerumah rakan-rakan Tionghua di zaman persekolahan dulu, apa lagi kalau bukan angpau dan limau mandarin!

Bagaikan satu kewajipan, tetamu pasti disambut mesra. Golongan kanak-kanak dan remaja ceria dengan pemberian 'hadiah' angpau. Manakala limau mandarin dihidang sebagai  juadah selamat datang. 

Apakah rahsia kebaikan limau mandarin ini sehingga dianggap begitu istimewa? 

Dikalangan masyarakat Tionghua, limau mandarin mempunyai makna tersendiri. Kulit berwarna kuning keemasan dianggap sebagai simbol kemewahan, manakala rasa manis isinya sebagai tuah.

Namun sebenarnya limau mandarin memiliki rahsia dan kebaikan semulajadi dari segi penjagaan kesihatan. Sebiji limau mandarin mengandungi sekitar dua gram serat, yang mana 85% kandungannya adalah air. Hanya mengandungi 64 kalori, ia cukup baik untuk dijadikan sebagai pembuka selera. Semestinya  hidangan terbaik untuk mereka yang mahu mengurangkan saiz pinggang.  

Kini tiada lagi perut BOROI yang hodoh...


Terdapat beberapa varian limau mandarin seperti clementine, tangerine, minneola, dancy dan satsuma. Setiap satu memiliki rasa yang sedikit berbeza dari masam, manis dan masam-manis dengan sedikit pahit. 

Jika anda diberi pilihan minuman, ambillah jus orange segar kerana kandungan kalori dan gula yang jauh lebih rendah berbanding minuman ringan atau soft drink dalam botol atau tin.




Jumaat, 20 Januari 2012

Daun Tomato Rawat Jerawat


Penyelidik UIAM menunjukkan ekstrak daun tomato


Siapa tak kenal buah tomato yang sedap tu... Ramai yang menggemari rasanya; samada dimakan begitu sahaja atau ditambah kedalam masakan. "Emm... masak gulai pun sodap".

Tomato memang diketahui kaya dengan khasiat. Vitamin A, C, serat, zat besi, fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam. Tomato juga di ketahui kaya antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Tapi siapa sangka daun tomato yang dianggap tidak berguna selepas tuai punya khasiat tersendiri? Amalan petani yang memusnah atau membakar sahaja daun tomato telah memberi ilham kepada seorang penyelidik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Kajian selama dua tahun oleh sekumpulan lima penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mendapati daun tomato mempunyai nilai perubatan bagi masalah dermatologi.

Ujian makmal mendapati ekstrak daun tomato mempunyai ciri antikanser, meredakan bengkak dan mengurangkan radang kulit. Penghasilan krim daun tomato dijangka dapat membantu ramai pengguna dalam mencegah masalah kulit berjerawat. Selain sebagai alternatif rawatan kulit berjerawat, ia dikatakan lebih baik dan selamat kerana berasaskan bahan semulajadi dan tiada campuran kimia.



Isnin, 16 Januari 2012

Juice Orange Carbendazim?

Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil langkah memantau semua pati juice orange yang diimport dari Brazil. Langkah berjaga-jaga ini diambil selepas agensi berita Associated Press (AP) mendedahkan penemuan racun kulat carbendazim oleh Coca-Cola Co, Atlanta.

Menurut jurucakap Coca-Cola, Dan Schafer, unsur carbendazim dikesan di dalam juice orange yang diimport dari Brazil. Negara berkenaan merupakan sumber kedua bekalan juice orange Amerika Syarikat selepas Florida. Brazil merupakan negara pengeluar juice orange terbesar dunia dengan sekurang-kurangnya 15% dari hasil keluaran juice orange Brazil dieksport ke Amerika.

Dua syarikat gergasi, Coca-Cola dan  PepsiCo Inc. yang mana masing-masing terkenal dengan juice jenama Simply Orange and Minute Maid  serta jenama Tropicana's, turut mengimport bekalan juice orange dari negara Brazil. 

Terdahulu Coca-Cola telah mengesan kehadiran carbendazim sebanyak 35 ppb (part per billion). Kesatuan Eropah membenarkan kandungan racun kulat berkenaan sehingga 200 ppb, sedangkan penggunaan carbendazim tidak dibolehkan di Amerika.

Carbendazim adalah racun kulat jenis sistemik. Peladang Brazil menyembur carbendazim untuk mencegah serangan fungus  pada buah orange. Carbendazim ini didapati berkesan untuk melawan penyakit 'blight' dan lecur buah.