Berbicara tentang kehidupan berkeluarga, mahu tak mahu pasti akan menyentuh topik seks dan kehamilan. Melakukan seks dan kehamilan adalah dua perkara berbeza, namun berkait antara keduanya. Dan anda akan terfikir tentang hubungan seks ketika hamil.
Persoalan yang mungkin ditanyakam samada boleh atau selamatkah melakukan hubungan intim ketika tempoh mengandung?
Dr. Bona Simanungkalit, Setiausaha Agung Pengurus Kebangsaan Persatuan Seksologi Indonesia (ASI), menjelaskan bahawa wujud dua pandangan berhubung perkara ini. Pertama, beberapa pakar berpendapat sebaik-baiknya air mani atau sperma tidak dikeluarkan di dalam faraj pada tiga bulan pertama (trimester pertama) dan tiga bulan terakhir (trimester ketiga) kehamilan.
Pendapat kedua pula mengatakan, hubungan seks boleh dilakukan pada bila-bila masa pun asalkan ia diingini oleh kedua-dua pehak, suami dan isteri.
Pendapat pertama bersandarkan kepada fakta bahawa sperma mengandungi prostaglandin yang boleh melebarkan mulut rahim atau serviks. Keadaan ini dikhuatiri akan mengakibatkan keguguran kandungan. Jadi jika si isteri sememangnya mempunyai sejarah kesukaran atau kecenderungan keguguran; sebaiknya pertimbangkan pandangan ini. Kondom mungkin boleh membantu, tetapi tidak semua pasangan berasa cukup bersedia dengan penggunaannya.
Posisi seks ketika kehamilan patut diambil perhatian. Pasangan harus berasa cukup selesa di sepanjang waktu bersama; misalnya tidak menekan perut isteri dan seumpamanya.
Tips Rumahtangga Bahagia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan