Isnin, 3 Mac 2008

Lemak dan Kesihatan Anda

Kandungan lemak dan minyak dalam makanan sering dikaitkan dengan kesihatan. Diguna secara meluas untuk tujuan menggoreng atau ditambah kedalam resepi kuih dan kek. Lemak haiwan dikatakan mengandungi tahap kolesterol yang tinggi. Oleh itu, masyarakat telah bertukar kepada minyak sayur poli-tidak tepu yang lebih sihat seperti minyak bunga matahari, canola, jagung dan kacang soya.

Namun, kajian terbaru mendapati minyak poli-tidak tepu kurang stabil berbanding minyak mono-tidak tepu seperti minyak zaitun dan sawit. Malangnya minyak poli-tidak tepu dikatakan kurang sesuai untuk negara-negara beriklim sederhana terutama jika disimpan didalam bekas lutsinar. Ia mudah teroksida dan membahayankan kesihatan pengguna.

Cara masyarakat Asia menggunakan minyak juga dikatakan meningkatkan faktor risiko kesihatan. Amalan menggoreng secara 'deep fry' dan menggunakan semula minyak terpakai adalah bahaya kerana minyak boleh menghasilkan kompaun toksik yang dikenali sebagai HNE

Satu lagi musuh utama dikenali sebagai 'pembunuh senyap' iaitu minyak terhidrogen dan asid lemak trans. Boleh ditemui dalam lebih 90% makanan terproses kegemaran ramai dipasaran termasuk margerin, lelemak makanan dan kentang goreng.

Dalam tahun 1998, kaitan antara minyak terhidrogen dan barah payudara telah mendapat perhatian ramai selepas dipaparkan dalam rancangai kegemaran ramai Oprah Winfrey dengan Dr. Bob Arnot.

Kaitan antara minyak terhidrogen dan peningkatan risiko penyakit jantung koronari, diabetes jenis II atau hyperinsulinemia,penyakit auto imun dan barah telah didedahkan melalui lebih 100 laporan kajian. Bahkan, satu kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan sebanyak 40% dalam barah payu dara keatas wanita yang mengambil minyak terhidrogen.

Minyak terhidrogen juga lebih mudah meresap ketika penyediaan bahan makanan dan ini merupakan berita buruk kepada pinggang dan pinggul kerana ini akan meningkatkan kalori yang diambil.

Diet sememangnya merupakan satu permasalahan dalam dunia hari ini, terutamanya bagi anda yang sering mengambil makanan terperoses atau lebih mudah disebut sering makan diluar. Anda mungkin perlu memikirkan suatu cara untuk mengawal atau menyingkirkan minyak dalam makanan yang anda ambil!

yang dikaitkan dengan penyakit berkaitan jantung, Parkinson dan Alzheimer serta masalah hati dan barah.