Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.
Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut :
- menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf
- mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf ( jika berkaitan )
- melakukan proses samak dan
- mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.
Kita patut bersyukur atas kejayaan pengesanan bahan terlarang sebegini. Namun kita juga wajar untuk berasa gusar atas beberapa sebab:
- unsur bahan terlarang dikesan dalam sample diserah untuk tujuan kelulusan sijil halal. Bagaimana jika ketirisan berlaku selepas kelulusan diberi atau dalam tempuh untuk memperbaharui lesen.
- bahan mentah diedarkan kepada syarikat pembuat roti dan kek. Adakah penarikan balik bahan dan produk siap dalam pasaran dilakukan; sebagaimana kes melamini tempohari.
- Tahap kefahaman, pematuhan dan kesedaran pengusaha dalam isu halal/haram. Mereka sewajarnya diberi garis panduan dan wajib faham serta patuh; bukannya akur kerana penguatkuasaan.
Pada 22/04/2011, panel yang sama telah menarik balik sijil halal Syarikat Lucky Food Processing Sdn Bhd. Kita tidak tahu bagaimana ini boleh berlaku, tetapi tidak mustahil jika syarikat mendapatkan bekalan bahan mentak dari sumber lain ketika pengesanan kedua dilakukan. Jika begitu, adalah wajar pengesahan halal dilakukan setiap kali sumber bertukar dan ini pastinya merupakan cabaran utama kepada pihak berwajib untuk melipatgandakan keupayaan proses pengujian dan persijilan.
Pendedahan dan peningkatan kes (jika ada) tidak semestinya menunjukkan keadaan yang semakin memburuk, sebaliknya ia harus dilihat sebagai tahap keberkesanan dan kesedaran yang kian meningkat.
Para pengguna seharusnya semakin kritis terhadap apa yang mereka beli dan berkongsi maklumat sebaiknya untuk kepentingan bersama.
Isu DNA Babi dalam Kluang Rail Coffee
Nota: Sila update status Halal produk berkaitan dari pehak berwajib. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemaskini status mutakhir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan