Anda suka buah? Saya juga suka buah, terutamanya buah-buahan tempatan. Pisang, nenas, tembikai dan mangga; apatah lagi duku, rambutan dan durian!
Tetapi tahukah anda kebanyakan orang Malaysia keliru dengan cara pengambilan buah-buahan yang betul. Dua kebiasaan yang diamalkan:
- Makan buah-buahan sebagai pencuci mulut. Lazimnya kita akan makan buah selepas makan tengahari atau malam.
- Makan buah secara banyak tanpa mengira waktu. Ini sering berlaku bila tiba musim buah tertentu, misalnya rambutan, duku dan durian.
Buah-buahan sebenarnya kaya dengan kandungan serat, mineral, vitamin, gula dan sedikit protin bermutu tinggi yang baik untuk kesihatan. Dengan mengamalkan cara pengambilan yang betul dapat membantu mengekalkan kesihatan, bentuk tubuh dan kulit yang sihat. Malah tidak keterlaluan untuk mengatakan ia merupakan satu bentuk terapi untuk mengawal berat badan.
Makan buah ketika perut kosong atau sebelum mengambil makanan berat (sarapan, tengahari atau malam) adalah amalan yang baik. Buah-buahan adalan sumber makanan rendah kalori. Nutrisi yang terkandung didalam buah akan terus diserap oleh usus dengan mudah. Serat akan bertindak sebagai agen detok dan membantu anda berasa cepat kenyang. Ini adalah kaedah terbaik untuk mengawal selera ketika anda mengambil makanan berat nanti.
Menurut Dr. Herbert Shelton, kandungan asid pada buah-buahan akan ditukar menjadi alkali didalam badan. Ini menjadikan amalan makan buah sebagai pencuci mulut sebagai sia-sia. Makanan yang diambil akan mengambil masa untuk dicerna selain mengalami proses fermentasi dan menghasilkan asid. Sebaik sahaja anda makan buah dan bercampur didalam perut tindakbalas kimia boleh menjejaskan khasiat makanan yang diambil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan