Kesihatan lelaki sinonim dengan sifat 'kelelakian' seseorang lelaki. Dan 'kelelakian' pula sering dikaitkan dengan 'kegagahan' lelaki ( dibaca sebagai kesejahteraan 'berumahtangga'). Bunyinya agak kompleks dan mengelirukan, tetapi hakikatnya mudah untuk dimengertikan.
Dalam banyak hal, tahap kesihatan seseorang sangat berkaitrapat dengan peningkatan usia, aktiviti dan gaya hidup. Jadi, secara umumnya, keperluan untuk mengekalkan tahap kecergasan anda tentunya berbeza dengan orang lain.
Berikut beberapa tips untuk menjaga "kesihatan lelaki' secara umum yang wajar diberi perhatian:
- Kepanasan membunuh sperma - Sperma amat sensitif terhadap suhu tinggi. Elakkan sering mandi air panas atau sauna, duduk terlalu lama atau berada dalam suasana panas berpanjangan.
- Elakkan seluar ketat kerana ini akan menyebabkan kerandut testis anda melekap rapat dengan tubuh badan dan meningkatkan suhu.
- Tabiat merokok diketahui boleh mengakibatkan saluran darah mengecut dan menjejaskan aliran darah ke penis; mengakibatkan gangguan erektile.
- Amalkan gaya hidup sehat. Lakukan aktiviti riadah seperti bersenam dan berjalan selama 30 minit setiap hari untuk mengeluarkan peluh.
- Amalkan pemakanan yang sihat. Elakkan makanan berlemak, kurangkan pengambilan garam dan gula.
- Tomato kaya dengan lycopene; sejenis antioksidan pencegah kanser. Kajian menunjukkan amalan memakan 10 hidang tomato setiap minggu mampu menurunkan risiko kanser prostat sehingga 45%.
- Suplemen yang mengandung vitamin C, L-carnitine (asid amino) dan tiram membantu meningkatkan kualiti sperma.
- Tidur malam secukupnya dapat mengekalkan keremajaan dan melambatkan proses penuaan. Proses perembesan hormon somatotropin berlaku ketika anda tidur lena pada waktu malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan