Isnin, 13 Ogos 2007

Keperluan Probiotik Dalam Diet Anda

Probiotik adalah bakteria baik yang diperlukan oleh tubuh badan dan berada di dinding usus kita. Kita sememangnya memerlukan probiotik di sepanjang hayat bagi membantu untuk terus hidup sehat dan cergas.

Kandungan probiotik dalam makanan boleh membantu mengatasi masalah gangguan usus dan lebih penting ia sangat baik untuk membantu usus menyerap mineral selain dapat menguatkan sistem imun tubuh anda.

Probiotik telah dikenalpasti mempunyai kesan positif terhadap masalah radang usus. Lebih menarik, ia juga dikatakan boleh mengurangkan jangkitan bakteria dan yis pada vagina.

Bifidobacterium dan lactobacillus antara probiotik yang mudah diperolehi dari produk hasil tenusu. Banyak kebaikan dan faedah probiotik terhadap kesihatan manusia, antaranya:
  • Menguatkan sistem imun: Sistem pencernaan adalah organ imun terbesar dalam tubuh badan manusia. Probiotik memang terbukti mempunyai kesan anti koloni terhadap bakteria jahat dimana ia bertindak menghalang pembiakan bakteria jahat ini.
  • Mengurangkan gejala ceret-birit: Terbukti dapat mengurangkan gejala ceret-birit dengan mengekalkan keseimbangan microflora dalam sistem pencernaan.
  • Menghasilkan vitamin tertentu seperti vitamin B dan C.
  • Pemperbaiki sistem pencernaan: Membentuk keseimbangan microflora dalam sistem pencernaan, membantu proses pencernaan dan mencegak kembung selepas makan.
  • Memperbaiki serapan mineral: Menbantu usus menyerap kalsium, magnesium dan fosforus kedalam tubuh.
  • Atasi gejala tidak toleransi laktos: Lactobacillus gasseri menghasilkan enzim lactase secukupnya untuk menukar laktosa tenusu menjadi glukos. Ia sangat baik untuk anda yang tidak tolerate laktosa.

Terdapat banyak produk dan bahan makanan yang boleh merangsang pertumbuhan bakteria baik di dalam sistem pencernaan anda. Probiotik boleh didapati dari rumusan makanan tambahan, minuman, tablet dan kapsul. Yang pasti anda perlu meneliti kandungan nutrien setiap kali anda ke pasaraya.



Link

Tiada ulasan: