Jumaat, 17 Ogos 2007

Mattel: Demi Anak Ku Sayang

Mattel Inc. telah mengejutkan dunia dengan pengumuman menarik balik beberapa produk keluaran mereka dari pasaran. Ia melibatkan lebih 18 juta unit anak patung / permainan yang  dikilang di China. Penarikan melibatkan model-model “Sarge”Barbie, Batman, Doggie Day Care dan Polly Pocket


November 21, 2006: Buat pertama kalinya U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC) dengan kerjasama Mattel Inc. telah mengumumkan penarikan set Mattel's Polly Pocket Magnetic Play. CPSC melaporkan, mereka menerima 170 aduan berkaitan magnet kecil yang dipasang pada permainan ini telah tertanggal. Tiga dari kes ini melibatkan kanak-kanak berusia 2, 7 dan 8 tahun yang dimasukkan ke hospital.


Lanjutan dari itu, Mattel Inc. turut mengesan sejenis bahan logam berat (lead) dalam cat yang digunakan pada permainan yang dikeluarkan di China. Bahan ini dikatakan boleh mengakibatkan keracunan dan gangguan kesihatan jika tertelan.


Ogos 2, 2007: Mattel Inc. menarik balik 967,000 unit permainan di bawah jenama Fisher's Price. Ogos 3, 2007 pengumuman penarikan untuk pasaran Malaysia, Filipina, Singapura, Indonesia dan Jepun.


Ogos 9, 2007: Mattel Inc. mengantung eksport semua permainan yang dikeluarkan oleh Lee Der Industrial Co. dan Hanseng Wood Product berikutan penggunaan bahan cat beracun.


Set Mattel's Polly Pocket Magnetic Play telah berada di pasaran /sejak May 2003, manakala  "Sarge"  May, 2007, Barbie and Tanner™ Magnetic Toys May 2006, Batman™ and One Piece™ Magnetic Action Figure Jun 2006, dan Doggie Day Care™ Magnetic Toys July 2004.


Dalam ucapan pengumuman penarikan produk-produk berkenaan, Pengerusi & CEO Mattel Inc., menekankan keprihatin mereka keatas keselamatan kanak-kanak dan menggesa supaya pengguna bertindak memulangkan semula barangan yang  telah dibeli dengan segera.


Cheung Shu-hung, orang yang dikaitkan dengan Lee Der Industrial Co. diberitakan telah membunuh diri pada Ogos 13, kerana dijangka menanggung kerugian sebanyak US$30 juta berikutan penarikan berkenaan.


Namun apa yang lebih membimbangkan adalah keberkesanan tindakan yang diambil dan kesan sebenar keatas kanak-kanak yang mungkin terjejas. Ini boleh dilihat dari jumlah kes yang sudah dilaporkan.


Powered by Qumana


Isnin, 13 Ogos 2007

Keperluan Probiotik Dalam Diet Anda

Probiotik adalah bakteria baik yang diperlukan oleh tubuh badan dan berada di dinding usus kita. Kita sememangnya memerlukan probiotik di sepanjang hayat bagi membantu untuk terus hidup sehat dan cergas.

Kandungan probiotik dalam makanan boleh membantu mengatasi masalah gangguan usus dan lebih penting ia sangat baik untuk membantu usus menyerap mineral selain dapat menguatkan sistem imun tubuh anda.

Probiotik telah dikenalpasti mempunyai kesan positif terhadap masalah radang usus. Lebih menarik, ia juga dikatakan boleh mengurangkan jangkitan bakteria dan yis pada vagina.

Bifidobacterium dan lactobacillus antara probiotik yang mudah diperolehi dari produk hasil tenusu. Banyak kebaikan dan faedah probiotik terhadap kesihatan manusia, antaranya:
  • Menguatkan sistem imun: Sistem pencernaan adalah organ imun terbesar dalam tubuh badan manusia. Probiotik memang terbukti mempunyai kesan anti koloni terhadap bakteria jahat dimana ia bertindak menghalang pembiakan bakteria jahat ini.
  • Mengurangkan gejala ceret-birit: Terbukti dapat mengurangkan gejala ceret-birit dengan mengekalkan keseimbangan microflora dalam sistem pencernaan.
  • Menghasilkan vitamin tertentu seperti vitamin B dan C.
  • Pemperbaiki sistem pencernaan: Membentuk keseimbangan microflora dalam sistem pencernaan, membantu proses pencernaan dan mencegak kembung selepas makan.
  • Memperbaiki serapan mineral: Menbantu usus menyerap kalsium, magnesium dan fosforus kedalam tubuh.
  • Atasi gejala tidak toleransi laktos: Lactobacillus gasseri menghasilkan enzim lactase secukupnya untuk menukar laktosa tenusu menjadi glukos. Ia sangat baik untuk anda yang tidak tolerate laktosa.

Terdapat banyak produk dan bahan makanan yang boleh merangsang pertumbuhan bakteria baik di dalam sistem pencernaan anda. Probiotik boleh didapati dari rumusan makanan tambahan, minuman, tablet dan kapsul. Yang pasti anda perlu meneliti kandungan nutrien setiap kali anda ke pasaraya.



Link