Isnin, 4 Ogos 2014

BreatheEZi Cendawan Susu Rimau Rawat Asma

Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) Berjaya menghasilkan produk BreatheEZi
bahan semula jadi untuk rawatan alternative pesakit asma.

Sepasukan penyelidik dari Pusat Pengajian Sains Pergigian USM menghasilkan produk itumenggunakan umbisi cendawan susu rimau atau nama saintifiknya, 
Lignosus Rhinocerus.

BreatheEZi dirumus untuk mengurangkan penggunaan ubatan steroid yang mempunyai kesan sampingan bagi jangka masa panjang.

Berfungsi mengawal symptom utama penyakit asma, BreatheEZi dapat mengurangkan kebergantungan pesakit kepada alat penyedut (inhaler) serta mengurangkan tahap 
jangkitan penyakit itu.

Selain itu BreatheEZi juga dapat digunakan untuk meningkatkan kadar kesihatan paru-paru. BreatheEZi bukan sahaja dapat dimanfaatkan pesakit asma, malah kepada 
golongan perokok juga.

BreatheEZi bakal dikeluarkan dalam bentuk tablet dan disarankan kepada individu berusia 18 tahun keatas apabila dikomersialkan kelak. Namun ia akan turut dimanfaatkan 
oleh 1.4 juta pesakit asma dan kanak-kanak selepas BreatheEZi melalui proses pengubahsuaian.

Pasukan penyelidikan yang dianggotai oleh Dr Nurul Asma Abdullah itu mengambil masa selama dua tahun sebelum inovasi BreatheEZi dianugerahi  pingat emas Pameran 
Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) ke-25 baru-baru ini.

Khamis, 10 Julai 2014

17 Sebab Untuk Anda Bertindak Bijak Berhenti Merokok


Anda sememangnya bijak dengan keputusan untuk berhenti merokok!

Anda harus tahu bahawa berhenti merokok merupakan pencapaian peribadi yang amat tinggi. Ia merupakan motivasi, keazaman dan daya usaha yang gigih. Anda patut berasa bangga kerana tergolong daripada salah seorang yang telah bertindak bijak untuk berhenti merokok.

Berhenti merokok merupakan suatu keputusan yang agak peribadi dan pengalaman yang berbeza kepada setiap individu. Sebahagian mereka tidak menghadapi sebarang kesukaran, manakala sebahagian lagi berasa amat sukar untuk berhenti dan terus kekal tidak merokok!

Ramai di kalangan perokok menyimpan hasrat untuk berhenti dan terus kekal tidak merokok. Namun mereka tidak tahu bagaimana untuk mula bertindak dan mengharapkan satu ubat ajaib yang boleh melenyapkan rasa ketagihan rokok yang dihadapi.Ketahuilah, pada hakikatnya bahawa 80% daripada perokok tegar yang  berjaya berhenti merokok adalah atas daya usaha mereka sendiri.

Anda mesti mempunya sebab yang kuat untuk berhenti dan kekal tidak merokok. Sebab inilah yang akan menjadi ‘anchor’ dan penguat semangat kepada anda. Berikut disenaraikan 17 sebab untuk anda bertindak bijak berhenti ddan kekal tidak merokok:

1. Hidup lebih lama: 50% daripada perokok menghadapi risiko lebih tinggi untuk mati lebih awal kerana penyakit yang berkaitan dengan merokok. Merokok membunuh hamper 5000 rakyat Malaysia setiap tahun.
2. Menghindari racun: Asap rokok mengandungi hamper 4000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
3. Mencegah penyakit: Terdapat 40 jenis penyakit yang dikatkan dengan merokok. Kanser paru-paru, penyakit jantung, penyakit bronchitis krinik, enfisima, stroke dan ulser perut adalah sebahagian daripada penyakit-penyakit berbahaya yang boleh dicegah jika anda tidak merokok.
4. Lebih sihat: Bukan perokok jarang mengalami batuk-batuk, selsema, jangkitan paru-paru dan penyakit pernafasan yang lain berbanding golongan perokok.
5. Kesuburan meningkat: Kajian menunjukkan kesan daripada amalan merokok boleh menyebabkan kelainan pada sperma daripada segi mobility atau keupayaan bergerak, struktur tidak normal dan juga bilangan yang berkurangan.
6. Kelelakian meningkat: Merokok boleh menyebabkan impoten atau mati pucuk. Ini aalah kesan langsung keatas keupayaan mendapatkan ereksi atau keadaan tegang pada alat kelamin lelaki yang terjejas akibat pembuluh darah pada alat kelamin tersebut menjadi lemah.
7. Melindungi oranng lain: Apabila anda merokok, orang lain yang berada disekeliling anda juga akan turut sama menyedut asap rokok daripada rokok yang anda hisap. Ini dinamakan merokok secara pasif. Ia boleh menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung, penyakit saluran pernafasan dan penyakit lelah dikalangan bukan perokok. 
8. Menjadi teladan yang baik: Sekiranya anda mempunyai anak, anda menjadi ikutan atau role model kepada mereka. Kanak-kanak cenderung untuk mengikut apa yang mereka lihat dan mencontohi ibu bapa dan persekitaran merekai.
9. Anak-anak yang sihat: Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa perokok adalah lebih berisiko menghidap penyakit saluran pernafasan seperti pneumonia, jangkitan telinga dan lain-lain. Mereka juga lebih kerap mengalamin gangguan iritasi pada mata, hidung, tekak dan mudah mendapat gejala pernafasan kronik seperti batuk dan kagak.
10. Meningkatkan kecergasan: Merokok menjejaskan kecergasan dan membuatkan anda cepat letih dan hilang stamina ketiika bersenam, berjoging, berjalan,hubungan seksual dan ketika melakukan pergerakan berat yang lain.
11. Meningkatkan deria rasa dan bau: Apabila anda berhenti merokok, keupayaan deria rassa dan hidu akan meningkat dan kembali pulih seperti sediakala.
12. Kulit yang lebih sihat: Merokok menyebabkan kulit anda tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Oleh itu sel-sel baru tidak dapat membentuk dengan sempurna. Perokok biasanya lebih cepat beruban, hulit tidak berseri dan cepat berkedut terutama di sekelilinng mata dan mulut.
13. Nafas lebih segar: Nafas anda akan lebih segar ddan tiddak berbau busuk selepas berhenti merokok.
14. Gigi lebih putih: Merokok menyebabkan gigi anda kelihatan bewarna kuning berkarat dan menjejaskan senyuman anda.
15. Rambut dan pakaian tidak lagi berbau busuk: Asap rokok meninggalkan kesan bau busuk pada rambut dan pakaian anda. Rasakan perbezaannya setelah anda berhenti merokok.
16. Menjimatkan wang: Perokok yang merokok sekotak (20 batang) sehari boleh menjimatkan hamper RM 3,000 setahun dan ini dijangka meningkat berikutan kenaikan harga berterusan setiap tahun. Saya pasti anda lebih arif tentang ini!
17. Melindungi alam sekitar: Asap rokok mencemarkan udara dan alam sekitar. Walaupun pencemaran asap kenderaan dan industri lebih dominan berbanding rokok; adalah lebih baik untuk tidak turut menyumbang kepada pencemaran.

Jika diamati setiap satu dari 17 sebab diatas, saya pasti anda mempunyai lebih dari satu sebab untuk bertindak bijak berhenti merokok. Pilih satu sebab paling kuat untuk menjadi perangsang dan penguat semangat atau ‘anchor’ kepada tindakan anda. Saya cukup yakin ANDA BOLEH!

Khamis, 12 Jun 2014

Ancaman Kayap

Herpes Zoster atau lebih dikenali sebagai penyakit kayap dikalangan masyarakat Malaysia adalah sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan virus Varicella Zoster (VZV).

Penyakit kayap atau Herpes Zoster lebih berisiko menyerang mereka yang berusia lebih 50 tahun, lemah sistem imun dan pernah dijangkiti penyakit cacar air (chicken pox). Namun, virus varicella zoster tetap berkemungkinan untuk menyerang golongan lebih muda sekiranya virus ini sedia ada dalam tubuh badan mereka dan daya tahan  (imun) yang rendah.

Biasanya, penyakit cacar air atau chicken pox tidak akan berulang pada pesakit yang sama  sepanjang hayatnya. Namun, selepas cacar / chicken pox sembuh virus varicella zoster tidak akan mati; sebaliknya akan terus kekal dalam keadaan hibernasi ( tidak aktif ) di dalam pusat saraf (ganglion) penghidap. Apabila sistem imun penghidap menjadi lemah, virus varicella zoster menjadi aktif semula. Ia akan menyerang urat saraf dan menyebabkan keradangan saraf.

Kayap atau herpes zoster biasanya menyebabkan keradangan satu urat saraf pada satu bahagian badan. Ia lazimnya membabitkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).

Jika kayap / herpes zoster terjadi pada bahagian muka, ia boleh menyebabkan komplikasi pada mata, termasuk menjadi buta dan jika menyerang saraf muka, pesakit boleh mendapat paralisis otot muka (facial palsy).

Varicella zoster juga boleh menyebabkan keradangan organ dalaman, termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) dan usus (enterocolitis).

Simptom awal penyakit ini termasuklah rasa sakit, kebas dan panas pada bahagian urat saraf terbabit. Diikuti demam, keletihan dan sakit kepala. Kesemua tanda-tanda ini dialami sebelum tanda pada kulit muncul. Keadaan ini berterusan untuk jangka masa antara tiga hingga lima hari.

Pada hari berikutnya, tompok kemerahan yang menyakitkan akan muncul pada bahagian saraf terbabit. Selepas  satu atau dua hari, kemerahan ini bertukar menjadi gelembung air kecil berwarna kuning. Jangkitan kuman bakteria yang terjadi pada gelembung air akan menyebabkan pendarahan didalam gelembung itu. Gelembung ini boleh merebak ke kawasan lain. Ini bergantung kepada lemahnya sistem imun pesakit terbabit.

Dalam tempuh dua hari berikutnya, gelembung kuning bertukar menjadi keruh dan akhirnya mengering. Kulit akan menjadi kering dan berkerak dan seterusnya akan gugur sendiri dalam tempuh satu hingga dua minggu.

Selepas sembuh dirawat, bahagian kulit terbabit akan meninggalkan parut. Komplikasi kronik lain lazimnya adalah kesakitan pada urat saraf di bahagian terlibat untuk jangka masa yang panjang (post herpetic neuralgia).

Selain itu, jika melibatkan serangan pada mata; mungkin terjadi keradangan pada mata dan menjadi buta. Komplikasi urat saraf, menyebabkan keradangan urat saraf dan saraf tunjang.

Rawatan menggunakan ubat sapu seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembung air mampu memgurangkan tempuh masa komplikasi penyakit. Rawatan melibatkan penggunaan ubat penahan sakit non steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) dan ubat neuroactive seperti amitryptiline.
Ubat antiviral seperti acyclovir, valacyclovir dan famciclovir biasanya akan diberikan  dalam tempuh beberapa jam selepas gelembung air timbul untuk mengelakkan komplikasi. Untuk pesakit yang mengalami penyakit kayap / herpes zoster teruk dengan sistem imun lemah mungkin memerlukan rawatan di wad dengan ubat antiviral intravena.


Sumber: MyHEALTH Kementerian Kesihatan

Khamis, 15 Mei 2014

Kapsul Sihat 1: Detox Lemon Madu


Menu segar detox lemon madu
Madu adalah satu sumber makanan yang baik untuk kesihatan dan kecantikan. Khasiat madu memang telah diakui sejak sekian lama.

Tahukah anda kombinasi madu dan lemon sapat membantu metabolisme tubuh badan anda pada tahap optimum? 

Caranya cukup mudah, campurkan sedikit madu kedalam segelas air lemon. Amalkan Menu Lemon Madu ini sebagai minuman pagi. 

Menu Lemon Madu dapat meningkatkan metabolisma tubuh dan menjadikan anda kekal aktif sepanjang hari. Minuman Lemon Madu ini jika diamalkan setiap pagi akan membantu proses detox atau penyingkiran toksin dalam badan.