Dulu lain, sekarang lain. Dulu slim, sekarang gemuk. Ada yang kata tembun, boroi, debab, 'chubby' dan tah hapa-hapa lagi gelaran yang menggambarkan perubahan fizikal selepas berkahwin.
Tak sampai setahun berkahwin, pakaian terpaksa bertukar saiz. Bagi para isteri pula, selepas menimang anak pertama confirm mula rajin check berat badan. Perut mula berlipat, bahagian peha mula sendat. Hanya segelintir sahaja yang mampu bertahan dengan saiz badan asal... Slim forever!
Ada yang beranggapan kerana faktur pemakanan. Aktiviti fizikal kurang, jarang bersenam dan ada yang kata kerana perubahan hormon?
Bermacan cara dan petua dicuba. Makanan kesihatan, program pelangsingan badan dan macam-macam lagi. Ada yang berjaya, tapi tak kekal lama. Tidak kurang yang langsung tidak melihat perubahan. Jauh sekali kembali langsing bagaikan di waktu remaja! Akhirnya putus asa dan berhenti berusaha.
Masalah perut buncit dan kegemukan akhirnya dianggap remeh dan dilihat sebagai senario biasa selepas berumahtangga. Namun anda patut sedar ia boleh mengundang penyakit yang lebih merbahaya: Dibetis, strok, dan masalah koronari / jantung. Sakit kaki dan lutut adalah masalah fizikal yang biasa bila berat badan mencapai tahap tidak seimbang dengan kemampuan kaki.
Anda seharusnya terus mengamalkan gaya hidup sihat. Rujuk carta piramid pemakanan sihat sebagai panduan asas melainkan anda dinasihatkan doktor atas sebab kesihatan tertentu. Minum air kosong secukupnya dan bersenam selalu.
Namun kesuntukan masa dan hambatan tugas harian kadangkala menyukarkan untuk beriadah. Makanan segera dan aktiviti makan diluar tidak mungkin kita boleh tentukan kualiti makanan yang diambil. Makan ikut selera dan gemar makanan ringan menambah 'beban' kepada tubuh badan anda.
Buah-buahan yang kaya dengan pektin seperti apple boleh membantu menyingkirkan kolesterol dan lemak sebelum sempat ia diserap oleh tubuh.
Manakala pengambilan serat dapat menyerap sisa toksik dan lemak yang terkumpul pada kolon. Seterusnya membaiki fungsi usus dan mencegah sembelit .
Mengambil serat secara berterusan dapat mencegah pengumpulan toksin dan lemak pada kolon. Anda boleh mencegah perut buncit dan juga kanser kolon. Serat merupakan ungsur penting jika anda mahu kekal ramping dan sentiasa kelihatan muda bertenaga.
Nn Fiber Plus Flavoured High Fibre Drink
Nn Fibre Plus tidak mengandungi gula, kaya kandungan serat, psyllium, serat orange, serat arabic gum dan maltodextrin. Bancuhkan satu sudu kedalam segelas air dan minum habis. Pengambilan satu atau dua kali sehari dapat memelihara kolon anda dan mengelakkan sembelit selain dapat mengawal paras kolesterol dan gula dalam darah.
Minum Nn Fiber Plus diantara waktu makan kerana ia membuat anda rasa kenyang. Ini baik jika anda mahu mengawal berat badan dan sentiasa fit.
The American Dietetic Association mengsyurkan pengambilan sebanyak 5-10g serat setiap hari. Satu skop penuh Nn Fibre Plus mengandungi 5g serat larut atau bersamaan dengan 9 mangkuk emping bran atau 10 biji apple.
Harga: RM15.00 .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan