Gangguan psaikopatik: Gambar hiasan |
Akhir - akhir ini negara kita sering dikejutkan dengan beberapa kes pembunuhan yang dianggap kejam dan agak luar biasa. Penjenayah dikatakan cuba menghapuskan bukti kes dengan pelbagai cara yang agak 'advance' berbanding kes-kes rompak, samun, rogol dan bunuh yang sering dilaporkan media tempatan. Antaranya, mangsa dibakar dan diletupkan.
Terdapat kes dimana pelaku disahkan tidak siuman atau istilah umum di fahami sebagai gila ketika perbuatan jenayah dilakukan. Pelaku mungkin disahkan sebagai menghidap skizofrenia atau psikosis.
Namun beberapa kes pembunuhan kejam yang disyaki berlaku sekitar April hingga September tahun ini pula mungkin melibatkan suspek yang mempunyai personaliti psikopatik. Ciri-ciri personaliti psikopatik tidak sama dengan penghidap skizofrenia atau psikosis (gila).
Berdasarkan kajian perubatan, satu peratus daripada penduduk dunia menghidap psikopatik. Penghidap psikopatik sedar akan perbuatan yang mereka lakukan dan mereka ditakrifkan sebagai orang gila tanpa gangguan mental.
Menurut pakar perunding kanan psikiatri dan psikoterapi UPM Prof Dr Azhar Zain, penjenayah dari kategori ini melakukan kegiatan mereka dengan motif, dirancang dan perbuatan dilakukan secara berkumpulan. Berbeza dengan penghidap skizofrenia dan psikosis, perlakuan jenayah dilakukan bersendirian kerana gangguan mental seperti mendengar bisikan yang mendesak mereka untuk menyelamatkan diri, masyarakat atau negara.
Seseorang yang mempunyai masalah personaliti selalunya tidak seperti apa yang kelihatan pada luarannya. Mereka lazimnya berpenampilan sempurna, bijak dalam pertuturan, berkarisma, memiliki daya tarikan luar biasa dan menyenangkan. Masyarakat sekeliling seringkali sukar untuk mempercayai kegiatan jenayah yang dilakukan.
Menurut beliau lagi, mereka mungkin individu yang bijak sehingga mampu meloloskan diri dari pehak berkuasa. Sifat sukakan cabaran membuatkan mereka gemar mencabar kebijaksanaan individu dan organisasi lain. Ini dapat dilihat pada kecenderungan mereka untuk terlibat dalam aktiviti yang dianggap arif.
Baca juga:
Dudus, Robinhood Jamaika