Rasa mual, loya atau muntah-muntah antara alahan biasa yang dialami wanita di peringkat awal mengandung. Lazimnya gejala ini akan berkurangan dan lenyap selepas kandungan mencapai 3 bulan.
Namun ada juga kes dimana gejala berpanjangan. Lebih meresahkan bagi bakal ibu-ibu muda anak sulung. Pasti meresah dan meletihkan. Berikut antara petua yang elok diamalkan dalam menghadapi gejala berkaitan:
- Elakkan perut kosong kerana ini akan menggalakkan rasa mual.
- Amalkan penggunaan halia dalam menu harian
- Banyakkan minum air kosong
- Pastikan perut anda tidak kosong bila mengambil suplimen / vitamin
- Ketika gejala loya berkurangan, gunakan kesempatan ini untuk makan
- Sentiasa bersedia dengan makanan ringan berupa biskut / cracker
- Elakkan makanan pedas, berlemak dan berminyak / bergoreng
- Makanan kaya vitamin B adalah elok kerana mampu mengurangkan rasa loya
Aktiviti fizikal dan senaman ringan amat digalakkan untuk memastikan anda sentiasa cergas dan sehat. Dapatkan nasihat doktor jika gejala dialami berterusan dan berlebihan. Elakkan makan jeruk buah kerana ia mengandungi bahan awet dan boleh membahayakan kandungan. Buah-buah segar adalah pilihan terbaik sebagai ganti.
2 ulasan:
salam. bini i pregnant dah 5 month. mula2 tu loya & muntah le tai lbh krg dlm 1 minggu je.pastu ok. tak mabuk2 mcm first pregnant dulu tu.
congradulation.
Salam to you and family.
Catat Ulasan