Siap sedia?
Ya, nampaknya ramai diantara kita yang tidak menyediakan peti kecemasan atau kit pertolongan cemas (first aid kit). Sebenarnya kita patut menyediakan satu; dirumah, dalam kenderaan atau ketika keluar berkelah / camping.

First Aids kit asas: Biarpun kecil, pasti banyak membantu ketika menghadapi saat cemas |
|
Luka dialami tidaklah seberapa, lebih kurang sekitar 1 cm, tapi agak dalam dan banyak darah keluar. Mujurlah kami ada menyimpan peti kecemasan yang kecil / asas. ( Ehem, itu pun sebenarnya milik anak sulung saya yang menganggotai Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah!). Mudahlah untuk memberikan rawatan awal untuk memberhentikan pendarahan dengan menggunakan cecair antisepti dan kapas an balut dengan gaus sebelum dihantar ke klinik.
Kebanyakan kanak-kanak berasa cemas dan takut bila mengalami pendarahan. Jadi, tindakan pantas untuk menghentikan pendarahan sangat perlu bukan sahaja untuk mengelakkan kehilangan banyak darah, malah menghindarkan trauma.
Kit Pertolongan Cemas mudah dibeli di mana-mana farmasi pun. Cuma harga berbeza; biasanya bergantung kepada isi kandungan kit itu sendiri. Kit untuk dibawa camping biasanya lebih lengkap dan mahal berbanding kit asas kegunaan rumah. Tapi kit ini relevan untuk tujuan di rumah juga.
Sebagai panduan asas, berikut disenaraikan barang-barang yang patut ada dalam kit kecemasan anda:

- Buku panduan kecemasan
- Kain pembalut kasa dan kapas yang disteril
- Pita pelekat
- Kain pembalut luka
- Kain pembalut elastik
- Kain pengelap antiseptik
- Krim antibiotik
- Cecair antiseptik
- Paracetamol untuk tahan sakit
- Penyepit kecil
- Gunting
- Pin keselamatan
- Kain lap beralkohol
- Sarung tangan getah
- Thermomete
- Senarai nombor kecemasan
Kit yang lebih lengkap dan mahal biasanya turut tersedia dengan beberapa alatan tambahan termasuk:
- Tablet arang untuk rawatan keracunan makanan
- Pek sejuk buang
- Gaus parafin
- Losyen calamine
- Set selimut
- Lampu suluh dan bateri
- Dan lain-lain
Apa pun yang penting; ANDA PATUT MEMILIKI satu set kit!
Ingat: Sedia sebelum kena. Keselamatan itu UTAMA.
Ingat: Sedia sebelum kena. Keselamatan itu UTAMA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan