Rabu, 4 Julai 2007

Tips Diet Dan Kawal Berat Badan


Mengurangkan dan mengekalkan berat badan ke / pada tahap ideal adalah dua perkara yang sangat saling berkaitan. Kedua-dua isu ini memerlukan anda merancang amalan permakanan (diet)harian secara sehat.

Diet yang baik adalah dengan menambah pengambilan makanan berserat selain mengurangkan pengambilan makanan berlemak. Lakukanlah amalan beriadah dan senaman ringkas secara berterusan.

Cuba amalkan tip-tip berikut:
1. Kurangkan makan daging merah dan lemak secara berlebihan.
2. Makan daging ayam, ikan, bijirin dan kekacang dengan lebih kerap.
3. Lebihkan makan buah-buahan segar dan sayur-sayuran kerana ia mengandungi serat.
4. Elakkan makanan bergoreng. Gantikan dengan menu yang dipanggang atau stim.
5. Gantikan susu penuh krim dengan susu rendah lemah atau yogurt.
6. Pilihlah roti kaya bijirin menggantikan roti putih biasa.
7. Kurangkan gula dalam minuman.
8. Elakkan kuih muih manis.
9. Elakkan minuman bergas dan berperisa kerana kandungan gula yang tinggi.
10.Minum air kosong / mineral secukupnya (antara 6 hingga 8 gelas sehari).
11.Pastikan anda mendapat vitamin dan mineral secukupnya agar anda kekal sehat dan cergas sepanjang hari.

Tiada ulasan: