Isnin, 18 Jun 2007

Kolesterol: Kenali Musuh Kesihatan Anda


Kolesterol merupakan suatu bahan melekit dan lembut yang wujud secara semulajadi di dalam aliran darah dan sel-sel tubuh anda.Tahukah anda,kolesterol sangat penting dan diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel-sel membran, hempedu, sesetengah hormon dan vitamin D. Namun bukan semua kolesterol baik untuk kesihatandan diperlukan oleh tubuh anda.

Organ hati bertanggungjawab menghasilkan sebahagian besar kolesterol yang diperlukan. Kolesterol juga diperolehi dari sumber luaran, terutamanya dari makanan berasaskan haiwan.

Sesetengah makanan yang tidak berasaskan haiwan juga mungkin mengandungi lemak trans yang boleh menyebabkan tubuh anda menghasilkan lebih banyak kolesterol.

Kolesterol dan lemak-lemak lain (yang juga dikenali sebagai lipid) tidak larut di dalam darah. Ia terpaksa dihantar dari satu sel ke satu sel menggunakan pengangkut khas yang dipanggil sebagai lipoprotin.

Lipoprotien berketumpatan rendah (LDL) dikenali sebagai 'kolesterol jahat'. LDL boleh mengenap pada dinding saluran darah, menyebabkan arteri tersumbat dan meningkatkan risiko serangan jantung atau strok.

Lipoprotien berketumpatan tinggi (HDL) turut dikenali sebagai "kolesterol baik'. HDL akan membawa kolesterol ini kembali ke hati dan kemudiannya memperoses serta mengeluarkannya dari tubuh.

Satu lagi jenis kolesterol adalah trigliserida yang dihasilkan sendiri oleh tubuh dan juga dari makanan. Selain menyimpan tenaga, trigliserida juga akan bertukar menjadi LDL dan VLDL (lipoprotien berketumpatan sangat rendah).

Jika anda memiliki paras trigliserida tinggi, kebiasaannya anda akan memiliki paras LDL tinggi dan HDL rendah.

LDL sangat sinonim dan sering dikaitkan dengan penyakit arteri koronari (jantung). Jadi sangat penting untuk anda mengekalkan keseimbangan lipid yang sehat. Kekalkan paras LDL pada tahap rendah (kurang dari 3.3 mmol/L) dan paras HDL tinggi (lebih dari 1.02 mmol/L) bagi lelaki. Manakala wanita pula HDL melebihi 1.3 mmol/L.

Paras kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan plak atau enapan lemak terbentuk pada dinding arteri (saluran darah). Akibatnya saluran arteri ini akan menjadi sempit dan menyekat aliran darah. Jika plak-plak ini pecah, darah-darah beku akan terbentuk dan boleh menyekat aliran darah ke jantung. Akibatnya anda mendapat serangan jantung. Dan jika saluran darah ke otak tersekat, anda boleh mendapat serangan strok.

Diantara faktor risiko yang menyumbang kepada paras kolesterol tinggi adalah diet dan tabiat pemakanan yang tidak baik, kurang bersenam, darah tinggi, berat badan berlebihan dan merokok.


Tips kesihatan untuk anda:
* Elakkan lemak trans. Ia tidak baik untuk kesihatan anda.
Elakkan makanan berpanggang atau bergoreng yang disediakan secara kormesial
seperti kentang goreng, ayam goreng, onion ring, snek dan makanan terproses
seumpamanya sering mengandungi asid lemak trans.

* Kurangkan makanan yang mengandungi lemak tepu dan kolesterol tinggi.
Lemak tepu banyak terdapat pada makanan berasaskan haiwan dan tenusu, antaranya:
susu segar, mentega, susu penuh krim, keju, mayonis,minyak sapi,daging dan lelemak
haiwan.

Organ dalaman haiwan seperti hati, otak, buah pingang dan usus termasuk telur
mengandungi kolesterol lebih tinggi dari daging. Makanan laut termasuk udang,
ketam, tiram dan sotong juga tinggi kolesterol.

Tetapi awas, makanan berasaskan tumbuhan seperti minyak kelapa dan santan juga
tinggi kolesterol.


* Gunakan minyak dari hasil tumbuhan seperti minyak sayuran, minyak kacang, minyak
jagung, minyak zaiton, minyak bunga matahari dan sebagainya. Ia mengandungi lemak
tak tepu yang baik untuk kesihatan.

* Tambah serat dalam diet anda
Serat larut boleh didapati dari oat, barli, legum dan buah-buahan seperti epal.
Serat tak larut terdapat pada buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan bijirin.

Pastikan anda mengambil diet serat secukupnya: 20 ~ 30 gram sehari.

* Kurangkan kolesterol anda dengan serat terlarut
Cubalah tambah lebih banyak serat terlarut dalam diet harian anda. Kajian mendapati ia boleh membantu menurunkan kandungan kolesterol dalam darah dan memerangkap kolesterol makanan di dalam saluran pencernaan anda.

Tiada ulasan: