Rabu, 16 Mei 2007
Mengapa Sistem Imun Lemah...
Hippocrates, Greek physician (460-377BC) pernah berkata " Tiap insan mampu merawat diri sendiri. Pemuliharaan semulajadi dalam diri itu adalah satu kuasa penting untuk jadi sihat. Jadikan makanan itu umpama ubat dan ubat itu umpama makanan."
Beliau mungkin merujuk perkara ini kepada sistem pertahanan badan atau sistem imun. Sistem imun yang sihat dan berfungsi pada tahap optimum mampu menangkis hampir semua masalah kesihatan.
Banyak masalah kesihatan yang berlaku sekarang disebabkan kemerosotan sistem imun. Contoh yang paling mudah adalah demam dan selsema akibat jangkitan bakteria dan virus. Inilah petanda awal menunjukkan daya tahan tubuh kita mula merosot.
Selain faktot umur, kemerosotan sistem imun lebih banyak dipengaruhi oleh faktur luaran:
* Makanan
Penggunaan bahan kimia dalam makanan dipercayai menjadi punca utama kemerosotan sistem imun manusia. Dianggarkan terdapat 75,000 jenis bahan kimia digunakan dalam industri makanan dunia. Bermula dari peringkat ladang ( penggunaan baja dan racun perosak ) hingga ke peringkat penghasilan makanan ( penggunaan bahan additif, pewarna tiruan dan bahan perasa ).
Hasil ternakan juga tidak terkecuali. Hormon tumbesaran disuntik kepada ternakan agar cepat membesar. Kaedah ini tidak 100% selamat kerana sisa hormon tidak dapat disingkirkan sepenuhnya melalui proses kumuhan haiwan tersebut.
* Air
Kualiti air yang tidak menentu, cemar kimia dan penggunaan klorin juga menjejaskan sistem imun dalam jangkamasa panjang. Penggunaan penapis di kediaman boleh membantu, tetapi bukan semua premis berbuat demikian.
* Udara
Pencemaran udara dari kenderaan, aktiviti industri dan sebagainya turut mengancam kesihatan.
* Bahan kimia
Rokok, pengambilan alkohol dan pendedaha kepada bahan kimia ketika bekerja setiap hari mendedahkan anda kepada risiko kesihatan.
* Ubat-ubatan
Amalan terlalu bergantung kepada ubat dan antibiotik sebenarnya boleh mengundang risiko. Secara tidak langsung sesetengah mikro organisma akan menjadi lebih kuat dan berdaya tahan terhadap ubat!
* Radiasi
Setiap hari kita terdedah kepada penggunaan peralatan eletrik yang menghasilkan radiasi; umpamanya radio, TV, mikrowave oven, telifon bimbit dan sebagainya. Kajian mendapati, radiasi sebegini mampu merangsang penghasilan sel tidak normal.
Sel tidak normal sememangnya wujud didalam setiap individu. Secara semulajadi ia akan semakin bertambah dengan peningkatan usia. Itulah sebabnya risiko mendapat kanser menjadi lebih tinggi apabila usia meningkat. Bagaimanapun, peningkatan sel tidak normal ini boleh dihalang dengan meningkatkan tahap imun tubuh anda.
Pakar onkologi Barak kini mula mempraktikkan terapi imun untuk merangsang antibodi yang bertindak sebagai sel pembunuh semulajadi (NKC) terhadap sel tidak normal. Dalam kes rawatan kanser, biasanya doktor akan menggunakan rawata kemo dan radioterapi. Malangnya, kedua-dua terapi ini bukan sahaja membunuh sel tidak normal malah turut membunuh sel-sel normal.
Terapi imun adalah makanan tambahan yang mengandungi faktur pemindah yang dirumus daripada kolostrum susu lembu. Kolostrun susu didapati boleh meningkatkan aktiviti NKC sehingga 200% berbanding sumber lain. Ia bukan sahaja baik untuk membantu proses penyembuhan, malah sebaiknya digunakan sebagai agen menentang penyakit.
Nyatalah, kolostrum merupakan berita baik kepada anda yang sememangnya mahu meningkatkan tahap imun (daya tahan) diri. Tambahan pula ia boleh di ambil bersama ubat-ubatan lain.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan