Isnin, 28 Mei 2007

Nikmat Sehat Dengan Gaya Hidup Organik

Amalan budaya organik adalah suatu amalan kehidupan baru yang semakin mendapat perhatian masyarakat negara ini. Budaya organik adalah amalan pemakanan organik dalam diet seharian anda.

Amalan pemakanan organik bukan sahaja bermanfaat untuk memulihara kesihatan fizikal agar sentiasa sehat, cantik, dan menawan secara zahirnya, tetapi juga kesihatan dalaman merangkumi kesihatan mental dan rohani.

Bapa perubatan, Hippocrates pernah berkata, "Alam semula jadi ialah asas perubatan, sementara doktor hanya sebagai pembantu dalam proses penyembuhan." Beliau turut menjelaskan bahawa "...ubat yang terbaik sebenarnya adalah makanan..."

Namun, makanan terperoses yang dihidangkan pada hari ini sering dicemari oleh bahan-bahan yang boleh menjejaskan kesihatan. Misalnya penggunaan bahan pengawet, pewarna tiruan dan aditif makanan selain dari kandungan gula dan garam berlebihan.

Tahukah anda, makanan organik adalah makanan yang dihasil dan diuruskan secara organik tanpa melibatkan sebarang bahan kimia dan racun perosak. Amalan pertanian organik tidak menggunakan baja sintetik sepertimana lazimnya. Tumbuhan membesar secara semulajadi. Pembajaan pula menggunakan baja dari bahan-bahan organik yang diproses secara organik. Ia turut tidak melibatkan teknik pengubahsuaian genetik

Cabaran utama dalam amalan diet organik adalah kesukaran mendapatkan bekalan hasil pertanian organik secara mudah, murah dan berterusan. Namun kini terdapat satu rumusan Makanan Pendietan Berformula dari sumber organik.

Royal Bio~Organic Shape Up adalah makanan pendietan berformula yang kaya dengan kandungan fiber dan dilengkapi vitamin dan zat galian, prebiotik dan essential amino acid. Royal Bio~Organic adalah suatu rumusan diet yang lengkap dan sesuai untuk semua peringkat usia.

Kini anda mampu mengecapi nikmat kesihatan optimum hanya dengan 2 gelas sehari.
Amalkan gaya hidup organik.

Mulakan sekarang juga!!!

Minuman Ringan Bergas Rosakkan Sel Manusia

London: Satu kajian dilakukan sebuah universiti di Britain terhadap minuman ringan, menemui bukti bahawa ia boleh menyebabkan kerosakan sel yang teruk, selain berupaya mematikan bahagian penting DNA manusia.

Masalah itu yang lebih kerap dikaitkan dengan mereka yang lanjut usia dan penagih arak, juga boleh menyebabkan kerosakan limpa serta penyakit Parkinson.

Penemuan terbaru itu dijangka memberi kesan serius kepada beratus juta orang di seluruh dunia yang gemar minum minuman ringan bergas atau berkarbonat.

Pada masa sama penemuan itu meningkatkan kontroversi mengenai bahan pengawet yang dikaitkan dengan masalah hiperaktif di kalangan kanak-kanak.

Profesor biologi molekul dari Universiti Sheffield, Peter Piper, berkata perkaitan kini tertumpu kepada keselamatan bahan E211 yang juga dikenali sebagai sodium benzoate, bahan pengawet yang sejak berdekat lalu digunakan dalam industeri minuman berkarbonate bernilai RM481 bilion di seluruh dunia.

Beliau berkata ia wujud secara semulajadi di dalam buah beri, tetapi digunakan dalam kuantiti besar untuk mengelak minuman ringan berkulat. Ia juga digunakan di dalam sos dan jeruk.

Beliau yang menjalankan kajian kesan sodium benzoate ke atas kulat hidup di makmalnya mendapati bahan itu memusnahkan bahan penting DNA di dalam sel yang dikenali mitochondria.

"Bahan kimia ini mempunyai keupayaan untuk menyebabkan kerosakan teruk DNA dalam mitochondria hingga ke peringkat ia tidak aktif sama sekali, malah membunuhnya terus. Hasil penemuan ini sangat membimbangkan" katanya.

Prof. Piper berkata, mitochondria menyerap oksigen untuk memberi tenaga kepada manusia dan jika ia musnah, sel tubuh akan mangalami masalah fungsi yang serius.

"Pelbagai penyakit kini dikaitkan dengan DNA, antaranya termasuk penyakit Parkinson dan mempercepatkan proses penuaan manusia," katanya.

Beliau menasihati ibu bapa lebih berwaspada ketika membeli minuman yang mengandungi bahan pengawet dan memastikan kuantiti di dalamnya disahkan selamat. Beliau turut melahirkan kebimbangan kesan buruk yang bakal dialami kanak-kanak yang minum banyak minuman berkarbonat.

Agensi Piawaian Makanan (FSA) menyokong penggunaan sodium benzoate di Britain dan menyatakan penggunaannya diluluskan Kesatuan Eropah (EU). Bagaimanapun semalam, anggota parlimen menggesa siasatan dilakukan segera terhadap bahan itu.

Ahli parlimen Liberal Demokrat, Norman Baker, berkata banyak bahan pengawet adalah baru dan kesan jangka panjangnya tidak dapat dipastikan. Kajian lanjut perlu dilakukan FSA. -Agensi

Berita Harian. 28 Mei, 2007

Jumaat, 25 Mei 2007

RAMAI RAKYAT MALAYSIA DIANCAM MANDUL JIKA OBESITI



KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Semakin ramai rakyat Malaysia khususnya lelaki bakal berhadapan dengan risiko kemandulan setiap tahun berikutan peningkatan kes obesiti dan pengambilan makanan tidak sihat di negara ini.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi Dr K.Thanikasalam berkata tanda-tanda awal kebimbangan itu sudah boleh dilihat sekarang apabila jumlah kiraan sel sperma lelaki yang obesiti sekarang merosot sejak 50 tahun lalu dipercayai berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang.

"Biasanya, obesiti berpunca daripada trend pemakanan masyarakat sekarang yang tidak sihat kerana cenderung untuk mengambil makanan yang mengandungi kandungan lemak tinggi seperti nasi lemak, ayam dan sebagainya sebagai sajian utama.

"Selain pemakanan, stres dan tekanan di tempat kerja juga akan menyebabkan kemerosotan bilangan sperma berlaku kerana proses penghasilannya terganggu," katanya kepada Bernama di sini.

Dr Thanikasalam dari Pusat Pakar Wanita Srivari di sini berkata kanak-kanak juga menghadapi risiko itu berdasarkan statistik sekarang bahawa kira-kira 25 hingga 30 peratus kanak-kanak di Malaysia adalah obes.

"Ini kerana kanak-kanak sekarang amat gemar mengambil makanan segera hampir setiap hari dengan kandungan lemak serta kolesterol yang tinggi hingga menyebabkan obesiti," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyokong cadangan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya iklan makanan segera di televisyen diharamkan supaya pengaruh kepada orang ramai untuk mengambil makanan seumpama itu berkurangan.

Katanya selain itu bahan makanan mentah seperti ayam di pasaran juga "tidak sihat" kerana mengandungi kandungan bahan kimia tinggi kerana ternakan itu disuntik untuk menjadikan ayam itu bersaiz lebih besar daripada biasa.

"Orang ramai harus mengelakkan makan ayam berlebihan dan bertukar kepada menu lain seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan," katanya.

Menurutnya masyarakat Malaysia perlu mengubah tabiat pemakanan bagi memastikan penyakit akibat makanan yang tidak sihat ini berkurangan.

--BERNAMA

Rabu, 16 Mei 2007

Mengapa Sistem Imun Lemah...


Hippocrates, Greek physician (460-377BC) pernah berkata " Tiap insan mampu merawat diri sendiri. Pemuliharaan semulajadi dalam diri itu adalah satu kuasa penting untuk jadi sihat. Jadikan makanan itu umpama ubat dan ubat itu umpama makanan."

Beliau mungkin merujuk perkara ini kepada sistem pertahanan badan atau sistem imun. Sistem imun yang sihat dan berfungsi pada tahap optimum mampu menangkis hampir semua masalah kesihatan.

Banyak masalah kesihatan yang berlaku sekarang disebabkan kemerosotan sistem imun. Contoh yang paling mudah adalah demam dan selsema akibat jangkitan bakteria dan virus. Inilah petanda awal menunjukkan daya tahan tubuh kita mula merosot.

Selain faktot umur, kemerosotan sistem imun lebih banyak dipengaruhi oleh faktur luaran:
* Makanan
Penggunaan bahan kimia dalam makanan dipercayai menjadi punca utama kemerosotan sistem imun manusia. Dianggarkan terdapat 75,000 jenis bahan kimia digunakan dalam industri makanan dunia. Bermula dari peringkat ladang ( penggunaan baja dan racun perosak ) hingga ke peringkat penghasilan makanan ( penggunaan bahan additif, pewarna tiruan dan bahan perasa ).

Hasil ternakan juga tidak terkecuali. Hormon tumbesaran disuntik kepada ternakan agar cepat membesar. Kaedah ini tidak 100% selamat kerana sisa hormon tidak dapat disingkirkan sepenuhnya melalui proses kumuhan haiwan tersebut.

* Air
Kualiti air yang tidak menentu, cemar kimia dan penggunaan klorin juga menjejaskan sistem imun dalam jangkamasa panjang. Penggunaan penapis di kediaman boleh membantu, tetapi bukan semua premis berbuat demikian.

* Udara
Pencemaran udara dari kenderaan, aktiviti industri dan sebagainya turut mengancam kesihatan.

* Bahan kimia
Rokok, pengambilan alkohol dan pendedaha kepada bahan kimia ketika bekerja setiap hari mendedahkan anda kepada risiko kesihatan.

* Ubat-ubatan
Amalan terlalu bergantung kepada ubat dan antibiotik sebenarnya boleh mengundang risiko. Secara tidak langsung sesetengah mikro organisma akan menjadi lebih kuat dan berdaya tahan terhadap ubat!

* Radiasi
Setiap hari kita terdedah kepada penggunaan peralatan eletrik yang menghasilkan radiasi; umpamanya radio, TV, mikrowave oven, telifon bimbit dan sebagainya. Kajian mendapati, radiasi sebegini mampu merangsang penghasilan sel tidak normal.

Sel tidak normal sememangnya wujud didalam setiap individu. Secara semulajadi ia akan semakin bertambah dengan peningkatan usia. Itulah sebabnya risiko mendapat kanser menjadi lebih tinggi apabila usia meningkat. Bagaimanapun, peningkatan sel tidak normal ini boleh dihalang dengan meningkatkan tahap imun tubuh anda.

Pakar onkologi Barak kini mula mempraktikkan terapi imun untuk merangsang antibodi yang bertindak sebagai sel pembunuh semulajadi (NKC) terhadap sel tidak normal. Dalam kes rawatan kanser, biasanya doktor akan menggunakan rawata kemo dan radioterapi. Malangnya, kedua-dua terapi ini bukan sahaja membunuh sel tidak normal malah turut membunuh sel-sel normal.

Terapi imun adalah makanan tambahan yang mengandungi faktur pemindah yang dirumus daripada kolostrum susu lembu. Kolostrun susu didapati boleh meningkatkan aktiviti NKC sehingga 200% berbanding sumber lain. Ia bukan sahaja baik untuk membantu proses penyembuhan, malah sebaiknya digunakan sebagai agen menentang penyakit.

Nyatalah, kolostrum merupakan berita baik kepada anda yang sememangnya mahu meningkatkan tahap imun (daya tahan) diri. Tambahan pula ia boleh di ambil bersama ubat-ubatan lain.

Selasa, 15 Mei 2007

Awasi AGEs Dalam Makanan Kegemaran Anda!

Para penyelidik dari Sekolah Perubatan Mount Sinai, New York mendapati cara penyediaan makanan banyak mempengaruhi kesihatan berbanding bahan makanan itu sendiri.

Daging dan keju yang digoreng atau panggang didapati mengandungi sejenis toksin dikenali sebagai "advanced glycation end products" (AGEs). AGEs adalah hasil rantaian reaksi kimia dan dikaitkan dengan masalah keradangan, insulin, diabetis, buah pinggang, saluran darah dan alzheimer.

Selain memanggang dan menggoreng, AGEs juga terhasil apabila makanan diseteril atau dipasturkan.

Penyelidik turut mendapati, mereka yang sihat boleh mencapai tahap AGEs yang tinggi di dalam darah. Namun, mereka yang berusia memiliki AGEs lebih tinggi dari yang muda.

Ini dibuktikan apabila hasil kajian yang dijalankan terhadap 172 lelaki dan wanita sihat dari kelompok usia antara 18 hingga 45 tahun dan 60 hingga 80 tahun mendapati tahap AGEs adalah 35% lebih tinggi dikalangan kelompok usia 64 tahun keatas berbanding mereka yang berusia 45 tahun!

"Pengambilan terlalu banyak makanan dipanggang dan bergoreng memberikan jumlah AGEs yang tinggi dan ia bersifat toksik. Anda patut berhati-hati, ia sama bahaya seperti mengambil garam, lemak tepu, kolesterol dan merokok" kata Dr. Helen Vlassara, ketua penyelidik, Pengarah Jab. Diabetes & Penuaan Sekolah Perubatan Mount Sinai.

Kesimpulannya, semakin banyak pengambilan makanan mengandungi AGEs, semakin tinggi tahap AGEs didalam darah dan peningkatan risiko terhadap pendedahan untuk mendapat penyakit.

Sumber Berita Minggu, 6/5/2007