Selasa, 14 April 2009

Kereta GM Risiko Terbakar?



Associted Press (AP) melaporkan, General Motor Corp. pengeluar kereta terkemuka Amerika mengumumkan penarikan balik 1.5 juta kereta keluarannya dari pasaran.

GM melaksanakan penarikan ini setelah mengesan risiko kebakaran dan kemungkinan mengakibatkan kecederaan. Walaubagaimanapun, belum ada sebarang kejadian sedemikian dilaporkan setakat ini dan ia dilakukan sebagai langkah keselamatan bagi melindungi pengguna.

Penarikan ini melibatkan kereta keluran mereka yang menggunakan enjin V6 3.8 liter, dimana minyak yang menitik keatas saluran ekszos boleh mengakibatkan kebakaran. Namun, sebahagian dari model yang terlibat sememangnya sudah tidak dikeluarkan lagi.
Ini termasuklah Oldsmobile Intrigue keluaran 1998-1999, Pontiac Grand Prix 1997-2003 , Buick Regal 1997-2003 dan Chevrolet Lumina, Monte Carlo dan Impala 1998-2003 .

Tidak diketahui samada program penarikan ini melibatkan kenderaan yang terdapat di Malaysia dan ketika artikle ini ditulis masih belum ada pengumuman dibuat samada melalui media maupun laman web rasmi
Chevrolet Malaysia.




Suatu ketika dulu, pengeluar kereta nasional Proton juga pernah memanggil balik kereta keluaran mereka untuk ditukar komponen yang dikenalpasti berisiko. Tetapi ia tidak melibatkan jumlah yang terlalu besar jika dibandingkan dengan program penarikan Chevrolet. Namun apa yang agak mencurigakan; kesemua model Chevrolet yang terlibat berusia lebih dari 5 tahun sedangkan ia telah mula berada dipasaran lebih dari 12 tahun!




Apa pun, sebagai pengguna ia dilihat sebagai langkah proaktif dan positif kearah menjamin keselamatan dijalanraya.




Your Ad Here

Rabu, 18 Mac 2009

Hinanya Si Pengotor!

Old Trafford, 14/3/2008:


Tepat jam 09:40 pagi kami tiba di hentian tram Old Trafford, 15 minit perjalanan dari hentian St. Peter Square, Manchester City Center.


Masih terlalu awal. Match Leverpool Vs Manchester United dijadualkan pada jam 12:45 tengahari. Dan tak sampai 10 orang pun yang turun dari tram bersama-sama kami. Memang itu pun yang kami harapkan untuk mengelakkan suasana 'crowded'.
Sebaik melangkah keluar dari hentian tram, kejutan pertama terjadi. Hanya 5 meter dari pintu keluar hentian, kami terpandang satu tong sampah terletak di bawah tiang lampu jalan. Bukan rekabentuk tong yang menjadi tarikan, tapi sticker yang menyentap naluri norma ketimuran.


Nampaknya penguasa tempatan di sana 'terpaksa' menggunakan pendekatan psaikologi untuk mencabar sensiviti awam yang 'liat' dengan ungkapan "WHAT DOES DROPPING LITTER MAKE YOU LOOK LIKE" tertera pada stiker berkenaan. Sikap buruk membuang sampah merata disamakan dengan sifat pengotor kinzir .


Pendekatan serupa pernah digunapakai di negara kita dalam kempen keselamatan jalan raya. Pasti ramai yang masih ingat dengan iklan tv "Jangan Melintas Macam Ayam..." sedikit masa dahulu.


Lalat, tikus dan lipas membiak di persekitaran kotor dan longgokan sampah domestik. Diantara penyakit bawaan yang dikaitkan dengan haiwan berkenaan adalah disentri, tifoid, keracunan makanan, jangkitan cacing, entritis, hawar, tifus dan leptospirosis.


Saya berkeyakinan teknik manipulasi psikologi ada keberkesananya, cuma objek sensitif seperti babi agak keterlaluan untuk masyarakat majmuk Malaysia. Mungkin tikus dan lipas 'calon' terbaik untuk menggantikan ikon yang digunakan di Manchester ini.


Sistem pengurusan sampah disini nampaknya lebih tersusun. Kami pernah melintasi lori sampah yang sedang memunggah tong dan bag-bag sampah. Menariknya, hanya seorang sahaja mengendalikan tugas-tugas pemunggahan dan pengendalian lori. Tidak seperti di Malaysia, 2 hingga 4 pekerja bergayut di belakang lori sedia untuk menghumban bag-bag plastik ke dalam lori.


Lebih menarik, kami boleh menghela nafas panjang walaupun berada bersebelahan lori berkenaan; tiada bau busuk dan tiada cecair yang meleleh dari belakang lori seperti kebiasaan di negara kita.


Selama tiga hari kami berada di Mancheter City - Old Trafford, diada seorang pun yang bertugas menyapu sampah ditemui. Ini tidak bermakna bandar ini bersih, tetapi mereka menggunakan jentera seperti yang kita ihat di lebuhraya Malaysia. Dan hasilnya tidaklah 100% membaggakan, sampah dan serpihan kaca botol minuman keras masih kelihatan di kaki lima.






Jumaat, 28 November 2008

Boroi: Risiko Pendek Umur

Buncit atau boroi sering dianggap sebagai fenomena biasa bagi yang telah  berumahtangga atau selepas melahirkan anak bagi wanita. Namun, hasil kajian terbaru mendapati 'boroi' merupakan petanda buruk buat anda.


Dr. Tobias Pishon dan pasukan penyelidiknya dari German Institute of Human Nutrition di Potsdam, mendapati mereka yang berperut buncit dan banyak lemak di sekeliling pinggang menghadapi risiko mati muda sehingga dua kali ganda! Anda dianggap buncit / boroi jika ukur lilit pinggang melebihi 120 sm (lelaki) dan 100 sm bagi wanita. Hasil kajian beliau General and Abdominal Adiposity and Risk of Death in Europe di terbitkan dalam The New England Jurnal of Medicine, Nov. 13, 2008.


Boroi tetap dianggap petanda buruk walaupun anda memiliki berat badan atau BMI (indek jisim tubuh) ideal. Risiko menghidap kanser kolon meningkat 48% bagi wanita dan 39% bagi lelaki berbaanding rakan mereka yang lebih ramping.


    "... 90% penyakit berpunca daripada usus besar yang toksik"
                                                                    -Dr. John Harvey Kellog


    " Lebih 179 jenis penyakit berpunca daripada usus besar"
                                                        - Persatuan Perubatan Britain


Perut buncit, selain dari pengumpulan lemak, ia sering dikaitkan dengan pengumpulan endapan toksik. Ketika makanan melalui usus, sedikit sisa akan terlekat pada dinding usus. Bahan reputan ini lama-kelamaan akan menjadi plak bendalir degil dan semakin menebal. Selain menghalang kadar penyerapan nutrien, endapan ini akan menjadi tempat pembiakan pelbagai jenis mikro-organisma. Jika tidak ditangani dengan baik, mikro-organisma ini akan menhasilkan toksik dan gas berbahaya dan diserap kedalam sistem penghadaman dan darah.             


Dr. Norman W. Walker, D.Sc., Ph.D. dalam buku beliau Colon Health, the Key to a Vibrant Life menulis:
" Kegagalan untuk menyingkirkan bahan buangan daripada badan menyebabkan fermentasi dan pereputan di dalam usus besar. Pengumpulan bahan buangan yang terbiar boleh menyebabkan penderitaan yang berpanjangan sebelum kematian! Melemahkan badan dan jangkitan penyakit merupakan kesan langsung daripada membiarkan usus kekal dipenuhi dengan bahan buangan".


Pengumpulan bahan buangan berlebihan akan menyebabkan kolon (usus besar) menjadi proleps (melendut) dan menekan organ-organ seperti uterus, pundi kencing, ovari dan sebagainya. Akibatnya, anda mengalami inkontenens (sukar mengawal kencing), kitaran haid abnormal, kemandulan dan barah.


Pengumpulan toksik juga menyebabkan gejala-gejala awal seperti berikut: Mudah letih, sering sakit kepala, masalah tidur, pigmentasi, masalah bebayang mata, mulut dan badan berbau, pembendungan air (sembab), berat badan naik, tak hadam, senak perut, sembelit, angin, sakit bawah belakang badan, lemah daya ingatan, sakit-sakit otot, ekzima, gatal-gatal, jerawat, bisul dan sebagainya.


Anda disarankan mengawal pengambilan makanan berlemak, kerap bersenam, mengamalkan gaya hidup sehat dan melakukan detok untuk membuang endapan toksik dalam usus besar. Amalan detok dapat memulihara organ-organ penting iautu hati, ginjal, kolon, lymphatik dan darah serta meningkatkan daya tahan tubuh anda.



Powered by Qumana


Ahad, 19 Oktober 2008

Keresahan Melamine


Sedikit masa dahulu, isu kebersihan dan status halal produk makanan tempatan mendapat perhatian masyarakat. Pertubuhan NGO adalah antara pehak yang banyak memainkan peranan menyedarkan pengguna; selain pehak media cetak dan elektronik dengan skop berita masing-masing. Walaupun isu berkenaan bersifat lokal dan semasa, ia turut dilihat sebagai 'menyokong' wawasan halal hub yang sewajarnya bersifat global.


Tetapi bila isu melamine muncul... the world start to open eyes. Betapa tidak, pada Sept 21, 2008 Associated Press melaporkan sekitar 53,000 kanak-kanak China terjejas kesihatan akibat penggambilan produk tenusu tercemar (sebenarnya sengaja ditambah) melamine! Nampaknya produk kesihatan yang sewajarnya selamat telah menjadi 'racun' dan tidak lagi meyakinkan. Lebih membimbangkan, China turut mengeksport produk keluaran mereka ke seluruh dunia dalam bentuk produk siap mahu pun bahan mentah untuk menghasilkan produk makanan lain.

Persoalannya sekarang: Apakah itu melamine, mengapa anda perlu bimbang dan siapakah yang sewajarnya bertindak dahulu?

Melamine adalah bahan kimia organik yang sering didapati dalam bentuk kristal berwarna putih dan kaya dengan nitrogen. Ia digunakan secara meluas dalam industri pembuatan plastik, bahan pembersih, gam, baja dan racun serangga.

Sebenarnya ia tidak dibenarkan di dalam produk makanan. Namun ia sengaja ditambah kedalam susu dengan tujuan untuk meningkatkan tahap nitrogen bagi memenuhi standard kandungan protin. Amalan sedemikian sebenarnya bertentangan dengan saranan FAO/WHO Codex Alimentarius (food standard commission). Di Malaysia ia tertakluk di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985. Ketiga-tiga peraturan berkenaan adalah untuk melindungi hak, kesihatan dan keselamatan pengguna.

Pada 15 March 2007, US Food and Drug Administration telah mengesan melamine di dalam sample bahan membuat makanan haiwan yang diimport dari China. Siasatan dijalankan berikutan dari laporan beratus ekor kucing yang mati dan menghadapi masalah ginjal di USA.

Pada 16 Julai 2008 seramai 16 bayi di daerah Gansu, China telah disahkan mengidapi masalah ginjal. Kesemuanya turut disahkan mengambil susu formula yang dikeluarkan oleh syarikat Sanlu Group. Penyiasatan yang dilakukan akhirnya menjurus kepada permasalahan yang lebih besar...
"The issue has raised concerns about food safety and political corruption in China, and it has also damaged the reputation of China's food exports; at least 11 countries having stopped all imports of Chinese dairy products."


Sumber
: 2008 chinese milk scandal

Kesan buruk dari melamine boleh mengakibatkan pembentukan batu karang dalam ginjal dan pundi kencing. Bukan sekadar boleh mengakibatkan kegagalan fungsi ginjal malah hasil kajian terhadap haiwan makmal menunjukkan sistem pembiakan turut terjejas.

Malaysia sememangnya tidak mengimport susu terus dari China kerana kita menyedari risiko penyakit kaki dan mulut di negara berkenaan. Namun kita tetap mendapat bekalan hasil tenusu samada secara terus atau tidak langsung setelah diproses dari negara lain.

Kementerian Kesihatan Malaysia menetapkan tahap selamat kandungan melamine dibenarkan didalam makanan bayi adalah 1 ppm dan 2.5 ppm bagi makanan lain. [ ppm = part per million atau bahagian setiap sejuta ( mg/kg) ].

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan turut menjalankan ujian pengesanan. Bahagian ini turut menerbit dan menyebarkan Senarai Produk Yang Tidak Mematuhi, Senarai Produk Yang Tidak Terlibat dan Senarai Produk Yang Disahkan Selamat di laman web kementerian dan media selepas memperolehi keputusan kajian makmal. Anda dinasihatkan supaya sering membuat semakan kerana kemaskini dan Kenyataan Akbar akan dibuat setiap kali hasil kajian terbaru diperolehi.

Apa yang lebih membimbangkan, ada diantara produk kegemaran kanak-kanak mengandungi kadar melamin sehingga lebih 130 ppm! Sedangkan ia tidak pernah dikesan sebelum ini dan mudah didapati dipasaran. Begitu juga dengan produk tempatan (biskut) yang sering dihidangkan setiap pagi dan petang turut gagal melepasi tahap selamat dibenarkan.

China bertindak menarik balik susu keluaran syarikat terbabit dari pasaran.
Nampaknya, akta dan undang-undang semata-mata tidak menjamin pematuhan berterusan. Sudah tiba masanya untuk kita memperkasa penguatkuasaan dan kerjasama pehak NGO, pengusaha dan pengguna sendiri. Para pengusaha sewajarnya membuat ujian sampling di makmal mereka sendiri kerana mereka sewajarnya mempunyai makmal kawalan mutu dalaman. Jangan jadikan pengguna sebagai mangsa dan pembekal bahan mentah sebagai alasan mudah untuk melepaskan tanggungjawab oleh para pengusaha.