Jumaat, 28 November 2008

Boroi: Risiko Pendek Umur

Buncit atau boroi sering dianggap sebagai fenomena biasa bagi yang telah  berumahtangga atau selepas melahirkan anak bagi wanita. Namun, hasil kajian terbaru mendapati 'boroi' merupakan petanda buruk buat anda.


Dr. Tobias Pishon dan pasukan penyelidiknya dari German Institute of Human Nutrition di Potsdam, mendapati mereka yang berperut buncit dan banyak lemak di sekeliling pinggang menghadapi risiko mati muda sehingga dua kali ganda! Anda dianggap buncit / boroi jika ukur lilit pinggang melebihi 120 sm (lelaki) dan 100 sm bagi wanita. Hasil kajian beliau General and Abdominal Adiposity and Risk of Death in Europe di terbitkan dalam The New England Jurnal of Medicine, Nov. 13, 2008.


Boroi tetap dianggap petanda buruk walaupun anda memiliki berat badan atau BMI (indek jisim tubuh) ideal. Risiko menghidap kanser kolon meningkat 48% bagi wanita dan 39% bagi lelaki berbaanding rakan mereka yang lebih ramping.


    "... 90% penyakit berpunca daripada usus besar yang toksik"
                                                                    -Dr. John Harvey Kellog


    " Lebih 179 jenis penyakit berpunca daripada usus besar"
                                                        - Persatuan Perubatan Britain


Perut buncit, selain dari pengumpulan lemak, ia sering dikaitkan dengan pengumpulan endapan toksik. Ketika makanan melalui usus, sedikit sisa akan terlekat pada dinding usus. Bahan reputan ini lama-kelamaan akan menjadi plak bendalir degil dan semakin menebal. Selain menghalang kadar penyerapan nutrien, endapan ini akan menjadi tempat pembiakan pelbagai jenis mikro-organisma. Jika tidak ditangani dengan baik, mikro-organisma ini akan menhasilkan toksik dan gas berbahaya dan diserap kedalam sistem penghadaman dan darah.             


Dr. Norman W. Walker, D.Sc., Ph.D. dalam buku beliau Colon Health, the Key to a Vibrant Life menulis:
" Kegagalan untuk menyingkirkan bahan buangan daripada badan menyebabkan fermentasi dan pereputan di dalam usus besar. Pengumpulan bahan buangan yang terbiar boleh menyebabkan penderitaan yang berpanjangan sebelum kematian! Melemahkan badan dan jangkitan penyakit merupakan kesan langsung daripada membiarkan usus kekal dipenuhi dengan bahan buangan".


Pengumpulan bahan buangan berlebihan akan menyebabkan kolon (usus besar) menjadi proleps (melendut) dan menekan organ-organ seperti uterus, pundi kencing, ovari dan sebagainya. Akibatnya, anda mengalami inkontenens (sukar mengawal kencing), kitaran haid abnormal, kemandulan dan barah.


Pengumpulan toksik juga menyebabkan gejala-gejala awal seperti berikut: Mudah letih, sering sakit kepala, masalah tidur, pigmentasi, masalah bebayang mata, mulut dan badan berbau, pembendungan air (sembab), berat badan naik, tak hadam, senak perut, sembelit, angin, sakit bawah belakang badan, lemah daya ingatan, sakit-sakit otot, ekzima, gatal-gatal, jerawat, bisul dan sebagainya.


Anda disarankan mengawal pengambilan makanan berlemak, kerap bersenam, mengamalkan gaya hidup sehat dan melakukan detok untuk membuang endapan toksik dalam usus besar. Amalan detok dapat memulihara organ-organ penting iautu hati, ginjal, kolon, lymphatik dan darah serta meningkatkan daya tahan tubuh anda.



Powered by Qumana


Ahad, 19 Oktober 2008

Keresahan Melamine


Sedikit masa dahulu, isu kebersihan dan status halal produk makanan tempatan mendapat perhatian masyarakat. Pertubuhan NGO adalah antara pehak yang banyak memainkan peranan menyedarkan pengguna; selain pehak media cetak dan elektronik dengan skop berita masing-masing. Walaupun isu berkenaan bersifat lokal dan semasa, ia turut dilihat sebagai 'menyokong' wawasan halal hub yang sewajarnya bersifat global.


Tetapi bila isu melamine muncul... the world start to open eyes. Betapa tidak, pada Sept 21, 2008 Associated Press melaporkan sekitar 53,000 kanak-kanak China terjejas kesihatan akibat penggambilan produk tenusu tercemar (sebenarnya sengaja ditambah) melamine! Nampaknya produk kesihatan yang sewajarnya selamat telah menjadi 'racun' dan tidak lagi meyakinkan. Lebih membimbangkan, China turut mengeksport produk keluaran mereka ke seluruh dunia dalam bentuk produk siap mahu pun bahan mentah untuk menghasilkan produk makanan lain.

Persoalannya sekarang: Apakah itu melamine, mengapa anda perlu bimbang dan siapakah yang sewajarnya bertindak dahulu?

Melamine adalah bahan kimia organik yang sering didapati dalam bentuk kristal berwarna putih dan kaya dengan nitrogen. Ia digunakan secara meluas dalam industri pembuatan plastik, bahan pembersih, gam, baja dan racun serangga.

Sebenarnya ia tidak dibenarkan di dalam produk makanan. Namun ia sengaja ditambah kedalam susu dengan tujuan untuk meningkatkan tahap nitrogen bagi memenuhi standard kandungan protin. Amalan sedemikian sebenarnya bertentangan dengan saranan FAO/WHO Codex Alimentarius (food standard commission). Di Malaysia ia tertakluk di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985. Ketiga-tiga peraturan berkenaan adalah untuk melindungi hak, kesihatan dan keselamatan pengguna.

Pada 15 March 2007, US Food and Drug Administration telah mengesan melamine di dalam sample bahan membuat makanan haiwan yang diimport dari China. Siasatan dijalankan berikutan dari laporan beratus ekor kucing yang mati dan menghadapi masalah ginjal di USA.

Pada 16 Julai 2008 seramai 16 bayi di daerah Gansu, China telah disahkan mengidapi masalah ginjal. Kesemuanya turut disahkan mengambil susu formula yang dikeluarkan oleh syarikat Sanlu Group. Penyiasatan yang dilakukan akhirnya menjurus kepada permasalahan yang lebih besar...
"The issue has raised concerns about food safety and political corruption in China, and it has also damaged the reputation of China's food exports; at least 11 countries having stopped all imports of Chinese dairy products."


Sumber
: 2008 chinese milk scandal

Kesan buruk dari melamine boleh mengakibatkan pembentukan batu karang dalam ginjal dan pundi kencing. Bukan sekadar boleh mengakibatkan kegagalan fungsi ginjal malah hasil kajian terhadap haiwan makmal menunjukkan sistem pembiakan turut terjejas.

Malaysia sememangnya tidak mengimport susu terus dari China kerana kita menyedari risiko penyakit kaki dan mulut di negara berkenaan. Namun kita tetap mendapat bekalan hasil tenusu samada secara terus atau tidak langsung setelah diproses dari negara lain.

Kementerian Kesihatan Malaysia menetapkan tahap selamat kandungan melamine dibenarkan didalam makanan bayi adalah 1 ppm dan 2.5 ppm bagi makanan lain. [ ppm = part per million atau bahagian setiap sejuta ( mg/kg) ].

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan turut menjalankan ujian pengesanan. Bahagian ini turut menerbit dan menyebarkan Senarai Produk Yang Tidak Mematuhi, Senarai Produk Yang Tidak Terlibat dan Senarai Produk Yang Disahkan Selamat di laman web kementerian dan media selepas memperolehi keputusan kajian makmal. Anda dinasihatkan supaya sering membuat semakan kerana kemaskini dan Kenyataan Akbar akan dibuat setiap kali hasil kajian terbaru diperolehi.

Apa yang lebih membimbangkan, ada diantara produk kegemaran kanak-kanak mengandungi kadar melamin sehingga lebih 130 ppm! Sedangkan ia tidak pernah dikesan sebelum ini dan mudah didapati dipasaran. Begitu juga dengan produk tempatan (biskut) yang sering dihidangkan setiap pagi dan petang turut gagal melepasi tahap selamat dibenarkan.

China bertindak menarik balik susu keluaran syarikat terbabit dari pasaran.
Nampaknya, akta dan undang-undang semata-mata tidak menjamin pematuhan berterusan. Sudah tiba masanya untuk kita memperkasa penguatkuasaan dan kerjasama pehak NGO, pengusaha dan pengguna sendiri. Para pengusaha sewajarnya membuat ujian sampling di makmal mereka sendiri kerana mereka sewajarnya mempunyai makmal kawalan mutu dalaman. Jangan jadikan pengguna sebagai mangsa dan pembekal bahan mentah sebagai alasan mudah untuk melepaskan tanggungjawab oleh para pengusaha.

Isnin, 29 September 2008

Duit Raya Buat Blogger

Salam Ramadhan dan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri tak berapa hari lagi.

Sudah menjadi tradisi masyarakat Malaysia, bila tiba hari raya, berduyun-duyun warga kota pulang ke kampung. Bukan sahaja umat Islam, masyarakat bukan Islam juga turut mengambil kesempatan cuti panjang.


Apa pun, berhati-hatilah bila memandu, terutamanya bagi anda yang pulang bersama keluarga. Buat persiapan awal. Rancang perjalanan. Rehat dan tidur secukupnya sebelum memulakan perjalanan. Kenderaan anda juga penting, sebaiknya kenderaan telah dihantar ke bengkel dan periksa sekali lagi sebelum bertolak.


Ops! Jangan lupa... duit raya perlu disediakan. Bagi anda yang ramai anak buah, faham-faham saja la...


Itu persiapan untuk menyambut raya. Bagaimana persediaan selepas raya pula? Memandangkan pengalaman tahun-tahun lepas ada diantara kita yang terpaksa mengikat perut beberapa bulan. Nampaknya kali ini plan 'economy recovery' perlu lebih mantap!!! Macamana nak recover balik... terpulanglah pada pertimbangan masing-masing; samada overtime lebih, buat direct selling atau apa saja asalkan halal.


Okey, kali ini saya mahu berkongsi peluang dengan rakan-rakan blogger atau pemilik laman web. Sebenarnya kaedah meletakkan iklan di laman web / blog sudah lama dipraktikan; tak kira samada Google Adsence, Zango Cash, Nuffnang atau ntah hapa-hapa lagi ntah. Tapi yang ini saya baru temui dan terus register.



Matched.co.uk akan bayar anda £5 sebagai sign up bonus dan £3 untuk setiap iklan yang disiarkan setiap bulan. Berapa banyak anda boleh dapat...? Let's see here:


    * Hanya 1 iklan dibenarkan untuk setiap web page


    * Ahli dibenar menyenaraikan sehingga 5 website


    * Bagi satu website anda boleh letak iklan sehingga 5 page


So, the simple calculation goes here: 5 website x 5 pages x £3 = £75. Anda juga boleh sertai program affiliate Matched.co.uk. Setiap ahli baru yang anda berjaya rujukkan, anda dapat £5 lagi. Wah, nampaknya penyakit lepas raya bakal terubat dan poket pun bertambah sihat!


Akhir kata dari saya, Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dan selamat menyertai Matched.co.uk dan selamat berjaya. Let's earm some money while online. Never keep all the rubbish into our mind!

Baca lagi:
Kat sini pun ada...

Mengantuk... Minum dulu baru pandu!




Sabtu, 30 Ogos 2008

Small Change, Big Difference

Sekali lagi Pak Lah membentangkan bajet beliau, kali ini tentunya untuk tahun 2009.

Kita dapati ada empat perkara utama yang menjurus terus kepada manfaat kesihatan rakyat dan imbalan kepada kakitangan perkhidmatan kesihatan:
  • Kenaikan kadar bayaran insentif pakar perubatan kepada 3,800 pegawai.
  • Kenaikan kadar bayaran insentif kepada pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak.
  • Pengecualian cukai bagi perubatan radisional seperti akupuntur dan ayuvedic yang pembiayaannya ditanggung oleh majikan. Ini menandakan suatu pengiktirafan keatas perubatan alternatif.
  • DAN, kenaikan duti eksais ke atas rokok sebanyak 3% sebatang; dari 15 sen kepada 18 sen. Ini bermakna, sekotak 20 batang rokok kini meningkat sebanyak 60 sen.
Sebenarnya, apa yang paling menarik disini adalah kenaikan duti rokok. Rokok sering menjadi 'sasaran' setiap kali bujet dibentangkan! Dan ini pastinya menjadikan rakyat (dibaca sebagai 'perokok') seluruh negara menjadi 'sasaran'.

Ahli Jawatankuasa Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Shaari Ahmad Junid berpandangan bahawa kerajaan sepatutnya mengumumkan kenaikan cukai sehingga 70%. Namun, kita yakin ini tidak akan berlaku kerana langkah sedemikian hanya akan mendatangkan 'padah' kepada kerajaan.

Nampaknya peningkatan cukai ini langsung tidak membimbangkan syarikat-syarikat pengeluar rokok. Malah
Pengarah Perhubungan Korporat Philip Morris (M) Sdn Bhd, Marlene Kaur berkata, pehaknya tidak akan menyerap kenaikan duti eksais berkenaan; sebaliknya ia akan ditanggung oleh pengguna. (Berita Harian, Sabtu 30/08/2008).

Kenyataan beliau nampaknya turut menggambarkan pendirian beberapa syarikat pengeluar rokok lain yang mengesahkan perubahan pada harga rokok dijangka berlaku sekitar minggu hadapan.

Saya tidak pasti samada langkah syarikat rokok ini boleh kita tafsirkan sebagai 'sokongan' terhadap langkah Pak Lah yang ingin mengekang gejala sosial dan menggalakkan gaya hidup sehat; terutamanya di kalangan remaja dan pelajar sekolah.

Namun Shaari menganggap harga rokok masih terlalu murah dan menjangkakan kerajaan terpaksa menanggung kos lebih tinggi bagi merawat pelbagai penyakit akibat tabiat merokok.

Saya teringat hasil kajian yang di jalankan oleh
University of Cambridge dan Medical Research Council. Kajian yang di ketuai oleh Professor Kay-Tee Khaw mengambil masa lebih sedekat ( 1993 ~ 2006 ) dan melibatkan seramai 20,000 orang berusia 45 ~ 79 tahun ini merumuskan amalan cara hidup sehat dapat meningkatkan usia sehingga 14 tahun!

Tidak merokok, mengelak minuman beralkohol, bersenam dan makan 5 hidangan sayur dan buah-buahan setiap hari adalah diantara saranan beliau. Menurut beliau lagi, amalan sehat ini dapat menghindarkan diri dari penyakit perkaitan kardiovaskular (jantung) dan kebanyakan penyakit kronik lain.

Jadi sewajarnya peningkatan cukai rokok ini diterima dengan hati terbuka. Dan inilah peluang terbaik untuk kita mula menghindarkan diri dari tabiat merokok, apatah lagi dengan ketibaan Ramadhan yang mungkin bermula lusa.