Hormon testosteron memainkan peranan penting di sepanjang riwayat manusia . Lelaki menghasilkan sepuluh kali ganda testosteron berbanding wanita. 95% testosteron akan dirembeskan oleh buah zakar (lelaki) dan ovari pada wanita. Selebihnya akan dihasilkan dalam kelenjar adrinal.
Testosteron diperlukan untuk memelihara kesihatan keseluruan, pertumbuhan otot, tulang dan memelihara kesihatan seksual. Daya tahan fizikal, stamina dan kecergasan sangat berkait rapat dengan hormon testosteron.
Sepanjang usia remaja, testosteron mempengaruhi perkembangan dan pembentukan fizikal. Jelas dilihat melalui perubahan bentuk badan, suara, pertumbuhan rerambut dan perubahan pada alat jantina.
Pentingnya testosteron pada usia dewasa dalam memelihara tahap libido dan kesihatan seksual . Bagi lelaki, testosteron turut mempengarui ketahanan, kekerapan dan tahap ereksi zakar.
Anda patut mengamalkan gaya hidup cergas dan sihat untuk mengekalkan tahap hormon testosteron. Lakukan senaman secara berkala. Aktiviti mudah seperti angkat berat dan squat sangat berkesan kerana melibatkan pergerakan otot-otot utama dan merangsang perembesan hormon testosteron.
Anda patut berasa bimbang jika memiliki perut boroi dan berat badan berlebihan. Lemak berlebihan akan mempengaruhi paras testosteron. Jadi elakkan obesiti. Pastikan diet anda betul, sasarkan penurunan berat badan sekitar 10% sebulan. Awas! Penurunan yang mendadak dan berlebihan boleh memberikan hasil sebaliknya.
Kajian menunjukkan pengambilan Omega-3 dan lemak monotaktepu (monounsaturated) sangat bermanfaat. Terdapat pada kekacang, bijirin, ikan tuna dan salmon, minyak sayuran, zaitun dan mentega kacang.
Sayur-sayuran kaya dengan serat. Ia sangat baik untuk proses ditoksifikasi. Masukkan juga sayur-sayur jenis kobis dalam senarai diet anda kerana phytonutrient dapat membantu mengawal lemak dalam badan anda.
Cuba elakkan diri anda dari Xenoestrogen dengan mengurangkan penggunaan barangan plastik. Sebaiknya tukarkan barangan penjagaan diri seperti sabun, syampo, pewangi dan sebagainya yang mengandungi paraben kerana ia adalah xenoestrogen.
Anda suka tiram? Jika tidak, anda boleh cuba masakan tiram sekarang. Tiram kaya dengan zat zink yang dikatakan akan menukarkan estrogen kepada testosteron. Zat zink juga meningkatkan penghasilan jumlah dan kualiti sperma. Dikatakan setiap ml sperma yang dikeluarkan mengandungi 0.7mg zink. Jika ia tidak digantikan dan berada pada paras rendah, prestasi seksual mungkin terjejas.
Pastikan anda mendapat rehat dan tidur secukupnya. Orang dewasa memerlukan tidur antara 6~8 jam sehari. Kurang tidur akan meningkatkan tahap stress yang seterusnya menekan perembesan hormon testosteron. Tahap testosteron boleh berkurangan sehingga 40% jika anda kurang tidur. Jika anggota kelamin lelaki tidak ereksi ketika bangun tidur waktu pagi, ia mungkin satu petanda paras testosteron anda rendah.