Jumaat, 2 April 2010

Denggi ke leptospira?

Penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia di Hospital Selayang (HS) di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selepas menghidap demam denggi berdarah sejak Isnin lalu.

- Petikan Berita Harian Online, Jumaat 2, April 2010




Berita kematian Allahyarham dianggap tidak memeranjatkan kerana umum telah mengetahui aruah telah terlantar hampir seminggu di katil hospital. Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong sebelum solah Jumaat pagi ini. Dilaporkan sekitar 2000 orang telah datang menziarahi  di rumah ibu mertua Allahyarham sebelum jenazah di bawa ke Masjid Al-Faizin, Taman Desa Jaya, Kepong untuk di sembahyangkan.

Allahyarham telah disahkan meninggal dunia di  Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang pada jam 12.30 pagi. Beliau telah disahkan menghidap Demam Hemoragik Denggi (DHF) sekali gus menafikan andaian beliau menghidap jangkitan bakteria leptospira yang biasanya disebarkan tikus.

Virus Denggi biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala dalam tempuh 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) selepas gigitan nyamuk aedis. Pesakit biasanya akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus. Dalam tempuh ini, kadangkala pesakit mengalami gejala 'demam - reda' berulang-ulang yang mengelirukan.

Antara tanda-tanda demam denggi yang sering dikenal pasti adalah demam kuat yang mengejut dan berterusan, bintik merah pada kulit, sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala , berdarah pada badan, hidung dan mulut. Selain itu pesakit juga akan hilang selera makan, muntah-muntah, sakit perut  dan rasa pahit pada lidah. Namun pada peringkat ini sebenarnya virus denggi telah merebak keseluruh tubuh pesakit.

Pada kebiasaanya, jika anda mengadu demam lebih dari 4 hari selepas mengambil ubat, doktor akan merujuk kes anda ke hospital bagi menjalani ujian darah untuk mengesan virus denggi. Langkah ini perlu dilakukan serta merta kerana pada saat ini anda mungkin telah masuk minggu ke dua dijangkiti virus denggi. Jika anda berlengah, risiko anda semakin besar dan anda mungkin akan terlambat!