Associted Press (AP) melaporkan, General Motor Corp. pengeluar kereta terkemuka Amerika mengumumkan penarikan balik 1.5 juta kereta keluarannya dari pasaran.
GM melaksanakan penarikan ini setelah mengesan risiko kebakaran dan kemungkinan mengakibatkan kecederaan. Walaubagaimanapun, belum ada sebarang kejadian sedemikian dilaporkan setakat ini dan ia dilakukan sebagai langkah keselamatan bagi melindungi pengguna.
Penarikan ini melibatkan kereta keluran mereka yang menggunakan enjin V6 3.8 liter, dimana minyak yang menitik keatas saluran ekszos boleh mengakibatkan kebakaran. Namun, sebahagian dari model yang terlibat sememangnya sudah tidak dikeluarkan lagi.
Ini termasuklah Oldsmobile Intrigue keluaran 1998-1999, Pontiac Grand Prix 1997-2003 , Buick Regal 1997-2003 dan Chevrolet Lumina, Monte Carlo dan Impala 1998-2003 .
Tidak diketahui samada program penarikan ini melibatkan kenderaan yang terdapat di Malaysia dan ketika artikle ini ditulis masih belum ada pengumuman dibuat samada melalui media maupun laman web rasmi Chevrolet Malaysia.

Suatu ketika dulu, pengeluar kereta nasional Proton juga pernah memanggil balik kereta keluaran mereka untuk ditukar komponen yang dikenalpasti berisiko. Tetapi ia tidak melibatkan jumlah yang terlalu besar jika dibandingkan dengan program penarikan Chevrolet. Namun apa yang agak mencurigakan; kesemua model Chevrolet yang terlibat berusia lebih dari 5 tahun sedangkan ia telah mula berada dipasaran lebih dari 12 tahun!
Apa pun, sebagai pengguna ia dilihat sebagai langkah proaktif dan positif kearah menjamin keselamatan dijalanraya.